Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Aku Mahu Bagaimana

Ketika tersedar, aku sudah terjebak terlalu jauh mencintaimu. Kita memang saling memungkiri, kerana takdir kita tak ditulis untuk itu. Atau sekurang-kurangnya, itu yang aku fikirkan. Itu yang patut berlaku. Pengertian antara kita tak seharusnya lebih. Bukan di mata engkau atau aku. Mengapa engkau menjarak dari dudukmu yang asal, sampai nafasmu boleh kudengar tiap helanya? Jangan. Pulang, dan setialah di situ. Aku bimbang, hati engkau belum bersedia untuk aku yang keterlaluan dalam segala-galanya. Aku bimbang, masa kita yang sekarang laju, akan berubah perlahan. Aku tak rela membayangkan sesiapapun sesiksa itu menikmati detikku. Aku bimbang, ketawa kita tak lagi semulajadi, malah dibataskan fikir dan terpaksa membahagiakan. Aku mahu engkau selesa. Aku mahu lenamu jatuh begitu dalam di dadaku. Aku mahu engkau terjaga lalu tak peduli tentang bau nafas atau apapun. Tapi ini semua tak mungkin berlaku. Kita sejak mula memang saling memungkiri, kerana takdir kita tak ditulis untuk itu. A

2 tahun sudah, ya?

Minggu lepas, ketika diskopi karya, ada saya baca sebuah puisi tulisan sahabat saya, F. Saya yakin benar saya pernah melihat puisi ini sebelum ni. Tajuk juga begitu familiar. Tapi F bilang, tidak, ini kali pertama saya diberinya baca. Tak. Saya yakin saya pernah baca. Malas bergaduh, F beritahu yang sebenarnya puisi ini ditulis untuk saya. 2 tahun lalu. Pada waktu-waktu beginilah. Kerana ada sesuatu yang saya tempuhi ketika itu. Saya fikir, apa yang saya tempuhi? Hujung tahun 2015? “Pilihanraya kah?” Kata S saya bertanding pada 2016. Tapi tidak. 2016 saya dah pegang TFTN.Kemudian saya teringat yang sekarang musim pilihanraya kampus, maknanya setiap tahun, waktu-waktu begini adalah pilihanraya kampus. Hujung tahun 2015. Pilihanraya MPMMJ. Rasa sudah lama benar angka tu. Angka sama dengan HIMPUN 15, perkumpulan penulis-penulis Malaysia di Jordan berkongsi wacana. Rupanya baru 2 tahun. Baru 2 tahun. Saya selak blog, mencari catatan. Pasti saya tulis tentangnya. Ini pengalaman berh

Ketakutan dan Alegori Impian

Imej
Saya biasanya hanya menulis pementasan-pementasan teater di Jordan, dan kami terikat dengan budaya semasa, bahawasanya lebih manis kalau semua pelakon di pentas adalah lelaki. Iyalah, Jordan kan? Kalau lelaki, tak pernah dikekang untuk bergerak bebas dan melantun suara. Semuanya sudah difikirkan. Tapi permintaan pelakon kurang disambut, kru yang tak ramai mana ni terpaksa saling menawarkan diri. Disebabkan peperiksaan, dan jadual yang sibuk, sukar orang mahu turun ke lapangan membagi masa melainkan ini memang satu perkara yang dicintai. Jadi, Alegori Impian adalah sebagai simbolik dilema kepada cita-cita yang perlu difikirkan. Geresah, idealis, tenang, ataupun jenis manusia yang kejar segalanya sampai makan diri - kita dihadapkan dengan diri kita sendiri, sebuah pergelutan dari dalam untuk menentukan peribadi bagaimana yang mahu kita pilih dalam mendepani impian. Malam-malam itu, saya menjadi resah dan kalut kerana tidak yakin. Itulah watak saya. Ketakutan untuk sesuatu yang

Blurgh

I am never close with anyone. It's always been like that. Not my friends, not my family. But I talk a lot. Maybe that's why people see me as friendly. Sometimes I talk my heart to random people too. Maybe that's why people see me as vulnerable. Maybe that's also the reason any words deep from my heart has lost its meaning. People got to hear it too often. People either take me too serious, or they didn't take me seriously at all. People. People keep leaving, that makes me want to leave them first. People keep hurting me, as much as I hurt them too. Blaming myself is too hard, it always been hard. Maybe we should just distance ourselves from everything, everyone, so I can cry my heart without feeling sad for having no one to listen? I don't have time for this. My life have already been so busy without this.

MUNGKIN ORANG-ORANG TAK MESTI DIPERSETANKAN

Sejenak beberapa malam lalu, perbualan kami mengganggu bunyi angin yang senyap. Suhu malam 15 darjah Celcius, langit menghitung musim. Tergantung antara musim panas dan sejuk, musim bunga atau musim luruh, mungkin kedua-duanya.  Betapa cantiknya pohon-pohon yang kering dan terbiar, andai dia tak peduli.  Semuanya istimewa. Langit malam itu yang gelap tanpa bintang. Jalan-jalan yang tak begitu bersih. Suara-suara yang bising dan belum reti diam. Tapi tak semua orang mahu fikir begitu. Kenapa mahu? Kerana kita terlalu berhak ke atas apa yang kita percaya. Tak ada paksaan untuk kita berfikir apa-apa. Malah sekiranya kotak fikir ini bertelanjang sekarang, tak ada topeng yang sempat membendung dari mana-mana. Sayang, bukan? Kebebasan fikir yang begitu mutlak, tapi selalu kita memilih terbelenggu. Malah keputusan-keputusan jatuh kerana hendak dirantai persepsi. Kemas. Begitulah orang-orang berkuasa mengurung kita sampai mati. Tak ada sesiapa yang merdeka sehendaknya. Segal

Woobly Wobbly Wushhhhhh

Imej
Here's the truth. I thought I had managed myself quite well all these time. Being tough and trying to keep my composure while continously fighting over self-doubt and stereotype. I tried. I did try my best, for my works, for my kids, for my studies, for my relationships. I, who never easily remembering names, yet I know each kids in our school, I remember each family backgrounds, study level of each students. I did spend my time with close friends, hanging out now and then. I did spend my time to write poems whenever the words are tingling on my forehead. I did spend my time to join book discussions till midnight crawl over me. I did spend my time to be the playwright for theaters, or writing songs for that. Yes. I did my study too, every night. When everyone else were busy finding patients, study for OSCE, VIVA, Competency tests, quizzes, writing the reports, I just prepared myself enough. Or nearly enough. My everyday were classes at the morning, clinics at the evening,  contin

sepotong senja yang kosong

"Apa khabar anak-anak?" kak Faz bisik di telinga sambil menarik pinggang aku rapat untuk ambil gambar bersama. Aku senyum dan jawapan masih sama, klise. "Okay je, alhamdulillah," Esok, genap sebulan aku tinggalkan anak-anak Syria seramai 66 orang di Jordan sana. Perasaan? Perpisahan adalah sesuatu yang tak lagi menakutkan aku. Aku selalu akan merenggangkan diri lebih awal daripada waktu, pelukan anak-anak ketika melepaskan sepatutnya menjadi kekuatan mereka dan kita. Bukannya kami tutup sekolah sepanjang kami kakak-kakak dan abang-abang pulang bercuti ke Malaysia ni. Ada yang menjaga mereka di sana. Adik-adik kami, pelajar Malaysia yang menyanggupi untuk menyangkut beban di bahu. Sebenarnya kita sudah sampai tempoh melepaskan, kakak-kakak dan abang-abang, generasi ketiga TFTN For Syria perlahan-lahan harus pergi. Jadi kami memang sudah dalam proses melatih adik-adik generasi keempat menjadi pengganti. Boleh saja kalau kami nak tutup sekolah sebulan ni untuk

setitis yang tidak penting tentang UADC 2017

Imej
I Saksi keberanian yang tertumpul. Mac, F ajak makan. Aku taklah begitu sangsi walaupun F tak pernah berkelakuan begitu. Cuma ya. Aku menanti apa yang mahu dikhabarkan. Selesai makan,  F perlahan-lahan menyusun perkataan. Katanya mahu aku turut sama merealisasikan mimpi. Ini tahun akhir dia punya kesempatan, dan dia perlu pasukan. Aku yang terharu terus terima tanpa jeda, walau aku tahu yang kisah-kisah lepas membuktikan ahli pasukannya harus terlalu tegar untuk bertahan. Latihan bermula. Empat jam sekali latihan. Selang sehari. Aku cuba. Dengan jadual yang sedia padat, kuliah, klinik, peperiksaan, requirements, sekolah TFTN, kerja penulisan, aku masih cuba. Aku tak mahu mengalah. Ada objektif yang mahu aku capai; aku yakin selesai pertandingan ini Ogos nanti, aku sudah menjadi Hidayu yang baru. Yang boleh berhujah fasih dalam Bahasa Inggeris.  F bertimbang rasa. Banyak jadual yang cuba dilonggarkan untuk aku. Kadang-kadang kami berlatih cuma 2 jam. Tapi dadaku

mercu buana hati yang sementara

Imej
“Aku selalu akan merenggangkan diriku lebih awal dari waktunya, supaya perpisahan tak terasa beban,” Dev memelukku erat. Seakan tak mahu waktu berlalu. “Kenapa kita tak bertemu lebih awal,” Arlin turut merangkul ke dalam pelukan. “Tak mengapa. Kita akan bertemu lagi, inshaa Allah.” Dev senyum. “Aku tak percaya itu. Manusia memang hadir untuk kembali pergi. Pertemuan wajib menemui perpisahan,” “Don't say that..” "Inshaa Allah kita ketemu tahun hadapan." “Ya. Jangan berjanji.”

HARI SATU KEMBOJA

Imej
Penerbangan kami seharusnya dijadualkan pada jam 3 petang, tapi entah ada masalah apa, jam 5 baru dipanggil masuk ke dalam pesawat. Jam 6 petang waktu Kemboja kami mendarat ke Pnom Phen, dalam kepala masing-masing tak fikir apa-apa. Keluar dari pintu lapangan terbang balai ketibaan, mata meliar cuba menangkap susuk manusia yang memegang papan tanda UADC untuk bawa kami ke Siem Reap. Anehnya, tak ada. F menyemak semula makluman-makluman penting, lalu tiba-tiba bersuara. “Guys, I am sorry. Actually we should arrive at Siem Reap. Not Pnom Phen. So no one will pick us up here. We should go there ourselves.” Malas nak biarkan angin naik ke kepala, aku dan S ke kaunter informasi dan bertanya tentang jalan-jalan yang boleh kami terokai untuk ke sana. Aduh, enam jam perjalanan. Gila. Katanya jalan paling biasa diambil orang adalah melalui bas malam, dengan harga 20USD. Kami kemudian berbincang lama juga, sampai masing-masing setuju untuk ambil bas saja. Ada seorang lelaki berjubah pu

Ilusi

Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Malah tak satu manusia pernah memahami sebegitu yang kita fahami. Perasaan adalah tanggungan. Kita rela menjadi hamba kepadanya. Sedangkan ada jalan untuk meluahkan, tapi kita pilih untuk menjauh atau berpura-pura. Luka belum pernah sembuh. Kita, tetap tak mahu belajar berkata tentangnya. Kau tahu, ada pengertian mereka yang belum kau telusuri, seperti pengertianmu yang kau simpan sendiri. Biarkan, biarkan begitu. Sayang. Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Tak sesiapa boleh membaca kita. Tak sesiapa melangkah masuk tanpa pintunya dibuka. Ini, bukankah sudah termaktub dalam kitab hidup? Tapi ini, masih satu lagi pengajaran yang cuma dipelajari dari peristiwa.

Menurunkan Pengalaman

Imej
Hal pengalaman ni banyak yang terbuku di dada dan dibaca di mata. Sebanyak mana yang kau tulis pun, tak akan sama dengan apa yang bersemadi dalam sosok tubuh kau. Ya. Aku tahu kalau kita jujur berkongsi, perjuangan harus lebih meneroka kepahitan dari cerita bahagia yang kita tulis. Kepahitan ini, perasaan paling tak didambakan, tapi yang sebenarnya paling kita fahami. Tapi manusia nyata lebih suka membaca dan mendengar hal yang manis dan baik - lebih positif. Kerana itu, aku takut untuk menulis lebih jujur. Kerana kita akan kelihatan seperti seorang perempuan yang merungut. Kerana yang kita rasai dalam perjuangan, adalah kepenatan, ketakutan, dan hati yang merusuh. Lalu jalan ini, mengapa masih kita teruskan? Kerana kita sebenarnya sedang menumbuhkan diri sendiri. Kita sedang belajar mengelak dijerut hidup dan merajutnya kembali.

Lelaki lelaki lelaki!

Seorang perempuan, harus lebih berjaga-jaga dari lelaki. Ya, itu pasti. Kata-kata nasihat yang boleh dilemparkan kepada lelaki, harus dibaling dua kali lagi buat perempuan. Kerana pandangan masyarakat begitulah, perempuan selalu boleh menjadi murah begitu mudah. Perempuan, meski berjaya kerana keringatnya sendiri pun, ditakdirkan sedang berkawan dengan seorang lelaki, tak mustahil mulut orang mengata dia berjaya kerana orang lelaki itu membawanya ke depan. Kerana pandangan masyarakat begitulah, perempuan selalu boleh menjadi murah begitu mudah. Hairan kan? Lelaki yang fitrahnya harus melindungi, malah banyak yang berkeliaran menjadi gasar, bersiulan atau membuat kacau. Lelaki yang fitrahnya biasa di depan, kadang-kadang menjadi pondan atau pengecut dan takut menyusun barisan. Tapi bila ada perempuan yang berani dan bermimpi, kudratnya malah disorok di bawah jasa lelaki. Semuanya lelaki. Lelaki lelaki lelaki! Iya, macamlah perempuan tak boleh berjaya tanpa bantuan. Macamlah lelak

Kemarahan

Kita biasanya akan marah bila kita gagal melihat dari perspektif orang yang kita marahi. Kita biasanya marah bila kita anggap dia sudah berfikir macam kita dan kita berkongsi common sense yang sama. Sebab itu kita tak marah bayi kecil walau apapun 'kesalahan' dan 'kejahatan' yang dia lakukan terhadap kita. Tapi jika hal yang sama dilakukan oleh orang yang kita rasa sudah berakal dan bijak macam kita, kita akan marah. Sebab tu budak-budak besar panjang buat perangai, lebih menyakitkan hati. Sebab kita rasa mereka sudah cerdik. Bulan Ramadan bulan bersabar. Kena sabar lagi.

Catatan hari akhir kerayaan buku

Jujurnya. Setiap perkataan yang masuk setelah perkataan-perkataan kami selesai menjadi tulisan, tak ada apa-apa melainkan sebab untuk saya rasa aneh dan tak layak. Sokongan Tuhankah untuk cerita-cerita ini diketahui atau tuah anak-anak yang mengangkat rezeki, antaranya saya masih syukur. Saya bukan manusia yang tahu bersembunyi di belakang senyuman. Saya berekspresi menukilkan fikiran dan perasaan. Ralat dengan ketidakadilan atau hal yang tak jelas. Membiarkan orang membaca buku ini, sama saja saya biarkan orang meneroka fikiran dan perasaan saya - perempuan yang masih emosi dan masih belajar menuntun bijaksana mengawali perasaan. Anak-anak ini, merekalah antara guru yang mengajar kehidupan, di samping pasukan saya. Buku ini menurut saya tidaklah keras atau sukar mahupun membuat kita tiba-tiba bijak intelektual, buku ini cuma rakaman pengalaman-pengalaman, untuk kita memanjangkann fikiran, melihat hidup dari kacamata dan realiti jauh. Mungkin saja kita bilang tak apa-apa, ini buka

Anugerah dan Kejanggalan

Macam mana, penulis yang sekarang terkenal, mula-mula bina nama sebagai penulis dulu? Adakah kerana kualiti tulisan, adakah kerana meminjam populariti orang lain, ataukah kerana dia menulis buku sesudah dikenali? Aku ingin memandang dari kacamata pembaca yang mengunyah perkataan kerana kepuasan, dan aku ingin tahu puas bagaimanakah mereka membaca sesuatu dari tiga-tiga jenis penulis ini? Sekarang lihat dari mata seorang penulis. Semua orang boleh menulis tapi bukan semua orang boleh menjadi penulis. Kita tahu cuma jenis penulis pertama akan rasai kepuasan peribadi jika kita memandang dari kapasiti penulis sejati. Pilihan kedua dan ketiga boleh membuatkan tulisan kita naik cepat, laris untuk duit, walhasilnya ya, seorang penulis sejati tak akan berpuas hati kerana yang diiktiraf belumlah tulisannya sendiri.  Banyak saja penulis yang kita cari kerana kualiti. Soalannya, bagaimana mereka bermula? Dengan menuliskan satu-persatu, perlahan-lahan dan tidak peduli untuk naik terlalu laju

Judgemental

Im ada parut besar merentas wajahnya, kesan yang tertinggal masa dia dilahirkan. Sampai dia berumur 15 tahun kini, parut hipertrofi masih kekal segar dan dibawa ke mana-mana. Masalahnya bila rakan-rakan yang belum baligh bersuara dan bercakap-cakap, mengatakan yang Im ada penyakit keturunan dan bapa Im ada parut yang lebih besar lagi. Kelakar sungguh. HU. HU. HU. Im suspek yang cikgu di sekolah juga berfikiran tidak baik. "Ustaz tu asyik pandang Im macamlah Im ni budak jahat. Sebab Im berparut!" -------- Luna baru nak berjinak-jinak dengan tudung. Jadi Luna pakai tudung singkat dan biasa-biasa saja. Malah Luna suka pakai seluar denim ke mana-mana. Masalahnya bila rakan-rakan Luna ramai yang berjubah penuh dan sering tekankan kepentingan aurat dan maruah wanita, tentang wanita juga mainkan peranan untuk kurangkan masalah sosial dengan menghijabkan diri. Secara tak langsung Luna rasa tak selesa. Sekarang Luna suspek semua kawan-kawan berfikiran ta

Kudup Malang

Sekarang rasanya orang dah mula jelik, marah dan menyampah. Perempuan itu mengekek ketawa, mengagah bayi dalam kendongan, sambil melaga hidungnya dan menjegil-jegilkan mata. Bau busuk perlahan-lahan semerbak menyelubungi ruang restoran. “Bagi saya makanan. Bayi saya lapar,” Tuan kedai yang perasan pelanggan lain mula tidak selesa minta perempuan itu keluar dengan baik, tapi perempuan itu enggan selagi bayi yang didakwa anaknya belum kenyang. Tuan kedai tak punya pilihan lalu hidangkan semangkuk mi sup. Perempuan itu duduk sambil ketawa. Bising. Dia memandang semua pelanggan sambil tersengih-sengih, macam bangga. Dia suapkan mi sup kepada bayi kecil yang begitu halus dalam bedungan. Tiba-tiba perempuan itu berdiri sambil membawa bayinya ke tengah restoran. Ketika ini semua mata sudah mengerti untuk tidak membalas pandangan yang sengaja cari perhatian. Mana tidaknya, setiap gerak-geri perempuan itu berselang-seli dengan matanya yang menoleh ke arah semua orang, memanda

pudar rindu

kebuntuan, sudah lama mencari jalan menyelinap ke dalam legap merasa terusir seperti aku menjemputnya tak berhati-hati dia masuk dan pintu dikunci. keinginan, lagu yang selalu kuhitung sebelum berubah menjadi kidung dinyanyikan langit bergaun perang sayang, epitaf yang dulu kau kirim akan menjadi usang. aku harap kita berhenti teroleng sebagai buih cukupkah kasih Tuhan menemukan dua lautan? lalu sekadar ombakkah hidup orangorang sebagai berani, berubah kalut, sebelum menjadi pengecut? ya. pada hulu yang asing pudar kugambar rindu lalu, kau hanyalah desir yang semilir. 07042017 jerash, jordan.

Kepergian

Oh ya. Perlahan-lahan manusia satu-persatu pergi. Ada yang pergi sendiri tanpa dipinta malah ada yang tak mahu ditanya. Tapi yang benar-benar hilang, cuma manusia yang kita buang. Memang perasaan bukan kebenaran yang layak untuk menimbang apa-apa. Tapi bukankah hati yang berat tak mampu membawa kehidupan? Sayang. Yang berdosa bukanlah selamat tinggal. Tapi lidah aku yang bisu mengunci kata-kata. Aku tak perlu justifikasi untuk tidak tinggalkan pesan atau amaran  sepertimana aku tak perlu justifikasi untuk pergi. Dosa cuma untuk orang seperti aku yang tak pandai merangkai pengertianku sendiri. Tapi kau tahu? Semakin dewasa aku sedar yang perpisahan kadang-kadang memang tak perlukan alasan.

Dewasa

Entah kenapa Mel membesar dengan keinginan penuh untuk menjadi dewasa. Mel selalu teringin makan ubat yang perlu ditelan, Mel mahu punya beg tangan sendiri, malah Mel tak sabar menjelaskan bil-bil kehidupan. Mel mahu memandu kereta dan memakai alat solek. Apa yang Mel tahu tentang dewasa? Mel tak pernah sangka yang ubat ditelan kerana pahit, tak seperti ubat manis untuk kanak-kanak. Mel tak sangka bawa beg tangan sebenarnya merimaskan, dan bil-bil dibayar dengan duit. Berkerja untuk duit taklah seronok sangat seperti dalam kotak televisyen. Memandu kereta pun memenatkan, malah perempuan memakai alat solek biasanya untuk tambah keyakinan atau tak ada keyakinan, atau ada yang rasa wajahnya jelik. Inferiority Complex, dan lapisan bedak tak meneguhkan diri siapa-siapa kerana perasaan di dalam dan solekan di luar. Dewasa perlu penat dan tanggungjawab untuk dapatkan sesuatu, bukan cuma meminta dan mengada-ngada. Apa yang Mel tahu tentang dewasa? Mungkin kita adalah Mel yang mahu banyak p

Degil

Senja harus berhenti keras kepala. Senja perlu berhenti buat apa yang dia suka sahaja. Senja patut berhenti elakkan diri dari perkara yang susah dan tak menyenangkan hatinya seperti masalah. Senja bukan bodoh, dari kecil Senja tahu yang tak semestinya yang kita suka itu baik untuk kita. Senja pun bukan dungu sangat untuk tak faham-faham yang kadang-kadang yang pahit itu ubat. Senja, makan sayur!

Iktibar LA LA LAND (Spoiler Alert) ✋

Ya. Lagu terakhir dan babak-babak dibayangkan mereka dalam Jazz, tentang hidup bagaimana sepatutnya mereka lalui bersama; membina rumah bersama, mempunyai anak-anak, pergi keluar makan malam, dan singgah ke Kelab Jazz milik Seb, mimpi Seb yang wujud kerana Mia, pastilah ini semua merobek hati kita semua satu-persatu kerana kita tahu realitinya bukan begitu. Tapi Mia dan Seb akhirnya senyum dari jauh. Senyum ubat untuk rasa kelat yang mereka telan ketika itu. Senyum supaya masing-masing tahu mereka okay dan mereka terima takdir mereka begitu. --- Sayang, Seseorang mungkin bukan takdir kita, tapi dia wujud dalam takdir kita untuk kita sampai kepada takdir-takdir kita yang lain. Seseorang bukan tertulis untuk kita, cuma singgah sebentar supaya kita terus bermimpi dan tak putus asa untuk selesaikan apa yang kita mimpikan. Sekarang bayangkan kalau Seb tak pernah bertemu Mia. Mungkin Seb hanya akan terus bermimpi sekadar mimpi. Seb tak mengorbankan mimpinya seketika untuk realisasi
Pertama kali aku menulis tentangmu, untukmu, malam ini, juga terakhir kalinya. Aku mahu bangun esok memadamkan perasaan, melupakan angan-angan dan menjadi dewasa. Apakah kerinduan,  pertemuan kita begitu singkat dan begitu perlahan, aku belum mengenal engkau dan kaupun tak pernah tahu tentangku. Engkau cuma sebuah puisi, yang mendetakkan jantungku setiap kali. Engkau juga satu-satunya lelaki, yang aku ceritakan kepada ibuku seperti itu. Tapi biar seribu kali, engkau masih mustahil dan akulah yang bodoh menyimpan perasaan dan mimpi. Bukankah engkau matahari pagi, dan aku cuma senja yang terlewat? Ya. Aku memang seharusnya sudah lama berhenti mencintai bayangmu yang jauh. Maafkan aku tak pernah cuba menjadi berani. Kita, mungkin cuma sempat menjadi awan dan hujan. 01032014-06022017. 😢

DIK, PERLAHAN-LAHAN.

puisi yang ditulis awan kepada hujan bisa diertikan sebagai cinta maupun hidup bertuhan. sebagai teman. sebagai penasaran. sebagai ketenangan. atau cuma perasaan. sebagai lewah maupun  kebiasaan. kau terka makna ringkasmu sendiri, atau kau selam membina falsafah paling rumit, aku belum bertanggungjawab menjerutmu pada pemahaman aku yang mungkin menulis tentang hujan, atau tentang engkau. aku boleh menulis tanpa memakai nama. kau boleh membacanya dengan cara yang kau suka. itu, menterjemah pemikiranmu sendiri. aku boleh membentangkan warna. kau boleh mengambil cerita dan tamadun mana dari rona yang aku bina. itu, mentafsir kesukaanmu bagaimana. aku boleh menukil begitu. kau boleh fahamkan begini. bukan kita manusia yang tak terkurung dengan kotak-kotak? apa sengaja mahu sesat dalam pintal tali yang tersangkut bahumu? ah! tapi kau sebenarnya tak perlu peduli untuk tahu kerana kaupun tak pernah membacaku. ---- entah mengapa aku sudi menulis tentang ini. entah kenapa ak

Contengan Umrah Pertama

Alhamdulillah selesai mengerjakan umrah bersama teman-teman. Inshaa Allah esok akan sampai ke Jordan, sesudah 28 jam lagi di dalam bas. Moga-moga suatu hari nanti dapat ke sini lagi dengan ibu, ayah, dan adik-adik. I Sedikit contengan dari mata saya yang murba. Di Haramain (Dua Haram) ini, manusia mendamba Tuhan sahaja dan seolah-olah kita semua sudah mati, kembali dihidupkan semula, masing-masing menjadi begitu terdesak merebut keampunan. Saya tak mahu katakan ini bukanlah apa yang nabi ajar, saling menyakiti untuk pahala dan keredhaan pencipta langit- cuma ya, hablu minallah yang berbaki dan hablu minannas sukar dijumpai di mana-mana terutamanya di tempat paling mustajab, paling direbuti. Saya berhajat untuk terkilan, merasakan agama tak sepatutnya menjadikan kita ketinggalan dan seolah-olah manusia tak bertamadun dan kebelakang. Begitu gasar, begitu tak bersederhana, ekstremis malah menakutkan. Saya harap keterlaluan-keterlaluan ini tak disaksikan penganut agama lain kerana in

Kemarahan buat Laila

kau tak berusaha untuk mendengar pun. tidak walau sepicing. kau tak mahu dan tak cuba mendengar. dengar. perkataan dan perasaan ini keluar kerana sesuatu, kau tahu. betapa tidak pentingnya perkataan dan perasaan aku ini untuk kau dengari, bukan sekali dan entah bodoh aku masih percaya yang kau adalah kawan. perkataan dan perasaan manusia ini kau buat semacam tembok yang tidak bererti, atau batu jalan kau kuis kerana tidak penting. tak guna kau, perempuan. munafik kau dengan topeng seolah kau begitu baik dan mulia sambil kau bertopang ego seperti kau matahari begitu sempurna dan kita cuma listrik kecil, tak cerlang sepertimu. ya aku marah. kekecewaan takkan pernah dibuahkan oleh seseorang yang tidak memegang apa-apa erti dalam peti hayat yang begitu rapuh, tapi aku percayakan untuk dimusnahkan orang seperti kau. apa kau fikir kau Tuhan? Tuhan pun tak memandang rendah hati orang, Tuhan pun tak pernah memijak perasaanku begini. ya. selain tidak mendengar. kau adalah seorang yang tid

Umrah dan Syaitan

Selesai Zohor, dia berjalan menuju Ka'bah untuk ke Babussalam. Tiba-tiba, dalam sesak jemaah yang terlalu dan terlalu ramai, dua pasang mata, terikat. Dua tampang Adam dan Hawa yang berjarak cuma semeter, begitu dekat. Pandangan yang tak sengaja bertaut, lalu terkunci. Dan masa pun berhenti. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. "Astaghfirullahal 3azim". Mereka berjalan membawa haluan masing-masing. Kembali terpisah dan tidak mengenal. Tapi jantung masih belum berhenti berlari. "Astaghfirullahal 3azim". Satu minit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit. Lima minit. "Astaghfirullahal 3azim". Itulah kawan-kawan. Ujian tu bukan dalam bentuk tak jumpa jalan saja, hati terhantuk dengan sendiri pun ujian. Dengan suami orang yang dah beristeri dua pun boleh jadi ujian ni. Uhuk! ----- Geli tak? Hahah. Hah inilah contoh cerita cinta Islamik yang selalu entunna-orang suka sangat tu. Sekali baca pun dah tahu yang "this is so wrong in