Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

2018

Imej
"Ketika dirajut geresah berdiri di depan peristiwa besar seakan seluruh hidup sedang terpasung kepadanya, bernafaslah sejeda. Kerana sebuah aku adalah kumpulan sejuta titik melukis garis perjalanan. Kerana wisuda juga sekadar satu daripada kemungkinan-kemungkinan." Saya pernah begitu pesimis sampai menuliskan ini. Satu pagi saya bangun tidur dan terus ke depan cermin, capai gunting, dan kerat rambut panjang menjadi separas cuping telinga. Tiba-tiba. Entah. Saya tak ada depresi. Saya akan nafikan sekeras-kerasnya. Mungkin saya ada sedikit simptom kerunsingan, semisal tak boleh tidur malam atau tangan menggeletar jika dirundung kusut. Tapi lain-lain saya dilihat tak ada masalah, malah saya senang setiap kali kawan-kawan gambarkan saya sebagai perempuan yang semangat dan ceria. 2018. Tahun yang melimpah. Separuh pertamanya saya masih seorang mahasiswa yang bergelut untuk peperiksaan akhir. Bila dikenang, entah berapa kali air mata tumpah untuk sekeping ijazah. Namun sep

Intention

I grew up thinking, whenever I see a beggar or someone in need for money; that I want to help because I want the ajr, the rewards from Allah, we called it 'pahala'. So the question of whether or not that someone was is need, or whether or not one institution in charge of taking and distributing donation is doing their job rightfully, I did my part. Allah knows best. Allah will rewards me because I do a good deed. But now, I don't think pahala matter. What I really want is to help. What I wish is for the help goes to the right people, those who in need and desperate at it. The pahala is not my concern as it is God's job to reward His servants and it is definitely not my job to decide that I need to get rewards for helping this and that person. So now the question is, how do we make sure we help the right person and we trust the right institution? We can't. We can never be fully sure where the money goes and how the money is spent. But we can try. Do some research

Topeng

Lin memang macam tu. Dia jadi lain di tempat baru, dalam kelompok baru. Perasaannya asing, menumbuhkan diri dia yang asing. Keadaan tak sama kalau Lin masuk ke kawasan baru dengan seorang kawan yang bawa sama sebahagian hidup Lin, mengenal seperca hati budinya. Tak sama. Kalau Lin bersama seseorang lama, berkenalan dengan kelompok baru, dia bawa sekali hidupnya. Lin yang berani, Lin yang lantang, Lin yang kepoh dan tak ayu langsung. Tiga kali. Dah tiga kali dalam hidup Lin terpaksa menempuh kelompok baru yang mana dirinya tak dikenal sesiapa. Sekali, masa ke kelas tambahan waktu Lin tingkatan tiga. Kemudian, masa PLKN. Dan kali ni, Lin masuk kerja. Rekod di PLKN, Lin akhirnya berjaya jadi diri sendiri, relatif kepada tempoh yang lama - tiga bulan. Di pusat tuisyen dulu, Lin yang jenis 'kaklong kawasan' yang dikenali di sekolahnya sebagai pemberani, tiba-tiba dikenali sebagai perempuan ayu yang pendiam dan tak bercakap sepatah. Menjawab bila ditanya, dan cuma senyum bila yang l

Malam Ini

Imej
Malam ini kalian adalah perempuan bernama puisi menghamili segenap percaya dan sangsi lewat perkataan dan baris lagu aku tersenyum membalas garis paling belas yang menghilangkan tahi lalat di bucu bibirmu sebuah tanda tidak melebihi parut yang datang dengan cerita seperti sebuah kata-kata tidak dikurangi gerak tarimu dengan taktun atau prosa lama Malam ini kalian adalah perempuan dengan syai di tangan menghangati ruhku sebagai sahabat dan dekat aku terlupa mengira butir hujan seperti selalu dan engkaupun tak lagi merinduiku melulu kita sekadar saling bersapa dan meraba kenangan mungkin akulah yang merinduimu perempuan yang menghidupkan lena perempuan yang meredupkan jaga perempuan bernama puisi yang memeluk cita dan cintaku setiap hari Malam ini kalian adalah keberanian dan ketakutan membarisi ambisi lama atas setiap nama yang sementara setiap yang datang dan mengenalkan kemungkinan-kemungkinan membuat kita terkelong antara semalam dan

Diam

Aku sudah lama berhenti cuba menjadi nadir yang cerlang di mata orang. Memaksakan keluar dari lingkar selesa itu katamu matang. Tapi itukan memenatkan? Tenang-tenang. Hidup sebentar. Aku menghidupi hidupku penuh bukan kerana engkau, aku memang tak reti perlahan melainkan bersangatan meski tak mahu. Aku sekarang fikir, sebenarnya apa yang aku mahu? Mungkin aku mahu lari jauh. Mungkin aku berdiam di situ dan beradu.

Di Antara

Di antara kita ada buku-buku yang terbuka. Ditutup untuk berpisah. Perlukah aku bakar satu-persatu lembarannya biar hangus, agar kita tak perlu sebab untuk bersapa, atau tak ada lagi satu apapun di antara kau dan aku?

😭

Saya tak pernah boleh menulis dalam keadaan sedar diri yang saya sangat bodoh dan kurang membaca. Membaca adalah kunci ilmu selain pengamatan dengan deria, disusuli analisis fikir yang baik. Masalahnya, sejak tamat sekolah menengah lima tahun lalu, saya tak boleh membaca sebanyak yang saya lalui sebelumnya. Saya susah fokus. Saya kurang kesungguhan untuk habiskan apa-apa bacaan bila bacaan saya terlalu perlahan. Saya jadi rimas dengan diri sendiri. Bukan buku berat pun yang saya baca. Hatta novel fiksyen yang santai pun saya ambil masa terlalu lama. Perkataan apa yang cuba saya kunyah sampai lumat? Walaupun sudah saya fahami berkali-kali, saya masih tak dapat lawan diri sendiri untuk TIDAK ulang ayat atau perenggan yang baru saya selesaikan. Ya Tuhan. Saya fikir masalah fokus saya bukan sekadar ketika membaca. Kadang-kadang ketika mendengar perbualan pun saya boleh larut dalam kekosongan. Saya cuba paksa diri untuk bergerak aktif ketika menerima sebarang input, sama ada membaca den