Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Diam

Aku sudah lama berhenti cuba menjadi nadir yang cerlang di mata orang. Memaksakan keluar dari lingkar selesa itu katamu matang. Tapi itukan memenatkan? Tenang-tenang. Hidup sebentar. Aku menghidupi hidupku penuh bukan kerana engkau, aku memang tak reti perlahan melainkan bersangatan meski tak mahu. Aku sekarang fikir, sebenarnya apa yang aku mahu? Mungkin aku mahu lari jauh. Mungkin aku berdiam di situ dan beradu.

Di Antara

Di antara kita ada buku-buku yang terbuka. Ditutup untuk berpisah. Perlukah aku bakar satu-persatu lembarannya biar hangus, agar kita tak perlu sebab untuk bersapa, atau tak ada lagi satu apapun di antara kau dan aku?