Iktibar LA LA LAND (Spoiler Alert) ✋



Ya. Lagu terakhir dan babak-babak dibayangkan mereka dalam Jazz, tentang hidup bagaimana sepatutnya mereka lalui bersama; membina rumah bersama, mempunyai anak-anak, pergi keluar makan malam, dan singgah ke Kelab Jazz milik Seb, mimpi Seb yang wujud kerana Mia, pastilah ini semua merobek hati kita semua satu-persatu kerana kita tahu realitinya bukan begitu.

Tapi Mia dan Seb akhirnya senyum dari jauh. Senyum ubat untuk rasa kelat yang mereka telan ketika itu. Senyum supaya masing-masing tahu mereka okay dan mereka terima takdir mereka begitu.

---
Sayang,
Seseorang mungkin bukan takdir kita, tapi dia wujud dalam takdir kita untuk kita sampai kepada takdir-takdir kita yang lain. Seseorang bukan tertulis untuk kita, cuma singgah sebentar supaya kita terus bermimpi dan tak putus asa untuk selesaikan apa yang kita mimpikan.

Sekarang bayangkan kalau Seb tak pernah bertemu Mia. Mungkin Seb hanya akan terus bermimpi sekadar mimpi. Seb tak mengorbankan mimpinya seketika untuk realisasikan mimpinya. Seb tak teruskan mimpinya bila dia lepaskan mimpinya kerana mahu jadi dewasa. Cuba bayangkan kalau Mia tak pernah bertemu Seb. Mia pun takkan pernah cuba berhenti fikir pasal orang lain dan cuba buat sendiri pementasan yang dia tulis. Mia pun takkan dapat sambung mimpinya selepas putus asa dan pulang ke kampung.

Seseorang mungkin bukan tertulis untuk kita, cuma singgah sebentar supaya kita terus bermimpi dan tak putus asa untuk selesaikan apa yang kita mimpikan. Kita sedih kenapa dia cuma singgah, dan tak kekal dalam hidup. Sayang, takdirnya begitu.

Ini cuma fikiran-fikiran yang boleh kita buahkan untuk sedapkan hati. Sedangkan tak salah untuk Seb dan Mia bersama-sama pun akhirnya setelah masing-masing berjaya mengejar mimpi.

Mungkin semua tulisan di atas ni tak penting. Mungkin yang penting cuma kita tahu, yang
tak semua yang kita mimpikan, akan kita miliki.

-----
Boleh pasang lagu City Of Stars sebagai latar belakang sambil baca, untuk hayati kesedihan.

https://youtu.be/mFq3p2EZUsA

Atau lagu ni

https://youtu.be/22bSsnx0DQc

---
*aku tulis semua ni sebab aku harap boleh move on dengan cepat daripada segala perasaan yang aku alami lepas tonton filem ni*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu