Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Rasulullah SAW dan seorang budak hamba sahaya

Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu. Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetap

Boleh buat maksiat dengan SYARAT

Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham . Beliau bertanya, apakah ada ruang untuk beliau melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham ; "Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat : 1 - Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah , derhaka kepada Allah. 2 - Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya . 3 - Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu . 4 - Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu , makakatakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat . Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat . 5 - Se

Kisah Imam Ahmad & pembuat roti

Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”. Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad. Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.”

Kisah Abu Yazid Al-Bistami dan seekor anjing

Abu Yazid Thoifur bin Isa bin Surusyan al-Busthami, lahir sekitar tahun 200H (813M) di Bustham terletak di bahagian timur Laut Parsi. Meninggal di Bustham pada tahun 261 H/874 M. Beliau merupakan salah seorang Sultan Aulia, yang juga sebagai salah satu Syeikh yang ada dalam silsilah dalam thariqah Sadziliyah dan beberapa thariqah yang lain. Ia dikuburkan berdampingan dengan kuburan Hujwiri. Didirikan di atas makam nya sebuah kubah yang indah oleh seorang Sultan Mongol, Muhammad Khudabanda atas nasihat gurunya Syekh Syafruddin, salah seorang keturunan dari Bustam itu . Abu Yazid adalah seorang tokoh sufi yang terkenal pada abad ketiga Hijriyah. Datuk Abu Yazid merupakan penganut agama Zoroaster. Ayahnya adalah salah satu di antara orang-orang terkemuka di Bustham.Sedikit sekali orang mengetahui tentang sejarah hidupnya. Suatu hari tatkala Abu Yazid sedang berjalan disatu lorong, maka datang seekor anjing. Beliau menarik pakaiannya keatas sedikit agar tidak tersinggung oleh anjin

Ibnu Sirin dan 100 tong minyak zaitun

Ibnu Sirin ( Muhammad Bin Sirin) seorang ulama yang terkenal dengan kebolehanya mentafsir mimpi. Bagaimanapun, beliau adalah seorang ulama fiqh juga seorang peniaga minyak zaitun yang masyhur. Perniagaan minyak zaitun adalah pendapatan utamanya walaupun dalam masa sama beliau mengajar ilmu agama. Pada suatu hari, pekerjanya mengkhabarkan bahawa satu daripada 100 tong minyaknya dimasuki tikus atau lebih tepatnya, mengandungi bangkai tikus. Lalu Ibnu Sirin memerintahkan satu tong minyak itu dibuang isi keseluruhannya. Belum sempat khadam itu kembali ke tempat tong minyak tadi berada, pekerja lain telahpun mengangkat tong minyak yang mengandungi bangkai tikus itu untuk berada bersama-sama tong minyak yang lain. Apabila Ibnu Sirin mengetahui hal ini, maka beliau memerintahkan kesemua minyak zaitun daripada 100 tong yang ada dituangkan, iaitu dibuang. Nilai kerugian beliau bukan sedikit, bahkan mencecah jutaan ringgit jika dinilaikan matawang masa kini. Inilah taqwa mereka yang beri

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah

ibu bapa bukan liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya... Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam. "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. S