MUNGKIN ORANG-ORANG TAK MESTI DIPERSETANKAN


Sejenak beberapa malam lalu, perbualan kami mengganggu bunyi angin yang senyap. Suhu malam 15 darjah Celcius, langit menghitung musim. Tergantung antara musim panas dan sejuk, musim bunga atau musim luruh, mungkin kedua-duanya. 

Betapa cantiknya pohon-pohon yang kering dan terbiar, andai dia tak peduli. 

Semuanya istimewa. Langit malam itu yang gelap tanpa bintang. Jalan-jalan yang tak begitu bersih. Suara-suara yang bising dan belum reti diam.

Tapi tak semua orang mahu fikir begitu. Kenapa mahu? Kerana kita terlalu berhak ke atas apa yang kita percaya. Tak ada paksaan untuk kita berfikir apa-apa. Malah sekiranya kotak fikir ini bertelanjang sekarang, tak ada topeng yang sempat membendung dari mana-mana.

Sayang, bukan? Kebebasan fikir yang begitu mutlak, tapi selalu kita memilih terbelenggu. Malah keputusan-keputusan jatuh kerana hendak dirantai persepsi. Kemas. Begitulah orang-orang berkuasa mengurung kita sampai mati. Tak ada sesiapa yang merdeka sehendaknya. Segalanya mengikut turutan itu, orang-orang kiri kanan, depan dan belakang. Meski tidak sekumin mereka penting dalam hidup, kita mahu mengikut rentak. Mahu diterima. Mahu disayangi. Mahu cantik, mahu jadi baik. Mahu berduit.

Itu, kerana orang-orang.

Sejenak perbualan yang berdetak tiba-tiba diam. Yang menggasak dalam kepala ini sudah berdentam hebat, tapi siapa peduli? Luar atau dalam, sekiranya semakin baik, kenapa tidak?

Kerana itu mereka pilih untuk peduli. Mereka tak perlu retorik yang orang-orang adalah tidak penting demi kita menjadi yakin. Kita berkeyakinan untuk mendepani dunia. Kita peduli.


Jadi orang-orang ini, taklah seluruhnya mesti dipersetankan. Cuma kalau engkau mati kerana mereka, silalah persetankan fikiranmu sendiri. Engkau tetap paling berhak ke atasnya, sebagai racun, sebagai ubat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu