Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Topeng

Lin memang macam tu. Dia jadi lain di tempat baru, dalam kelompok baru. Perasaannya asing, menumbuhkan diri dia yang asing. Keadaan tak sama kalau Lin masuk ke kawasan baru dengan seorang kawan yang bawa sama sebahagian hidup Lin, mengenal seperca hati budinya. Tak sama. Kalau Lin bersama seseorang lama, berkenalan dengan kelompok baru, dia bawa sekali hidupnya. Lin yang berani, Lin yang lantang, Lin yang kepoh dan tak ayu langsung. Tiga kali. Dah tiga kali dalam hidup Lin terpaksa menempuh kelompok baru yang mana dirinya tak dikenal sesiapa. Sekali, masa ke kelas tambahan waktu Lin tingkatan tiga. Kemudian, masa PLKN. Dan kali ni, Lin masuk kerja. Rekod di PLKN, Lin akhirnya berjaya jadi diri sendiri, relatif kepada tempoh yang lama - tiga bulan. Di pusat tuisyen dulu, Lin yang jenis 'kaklong kawasan' yang dikenali di sekolahnya sebagai pemberani, tiba-tiba dikenali sebagai perempuan ayu yang pendiam dan tak bercakap sepatah. Menjawab bila ditanya, dan cuma senyum bila yang l