Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Rasa bertajuk. Tajuk tak berasa.

Imej
Bismillah. Esok exam Anatomy Lab, tapi sekarang (baca: 1.00 pagi) mata terasa bugar lagi. Kuat pula rasa nak berkongsi rasa. Pernah tak korang (baca : yang macam siqoh sikit, geng geng surau) ehh macam melabel pulak. Bukan nak label, tapi realitinya manusia ni ada baik ada buruk dia. Ada tahap, kasta, dan darjat yang realiti nya walaupun kita tak suka nak nilai atau judge orang, tapi itu yang tersirat dalam masyarakat. Sebab selagi kita bernama manusia, akan ada baik buruk. Contoh; sekolah agama pun ada budak baik ada budak nakal. Sekolah kebangsaan biasa pun ada budak baik ada budak nakal. Macam mana kita tak boleh nak cakap semua orang Islam baik, macam tu juga kita tak boleh nak cakap semua orang kafir jahat. Ehh jauhnya lari tajuk. Pokoknya macam ni. Pernah tak korang (*yang kategori baik ni), ditakdirkan bertemu dan berkawan dengan seseorang yang 'kurang' baik? Atau tak sealim korang la mudahnya. Saya tukar perkataan 'korang' jadi 'kita'. Kita s

Rokok? Urghhhhh

Imej
Amaran: Caption panjang. Waktu mula-mula sampai Jordan dulu, saya selalu fikir dan bayangkan kami semua akan ada penyakit paru-paru atau yang seangkatan dengannya (na3uzubillah) bila seusai belajar nanti. Lantaran asap rokok dan syisya di mana-mana. Tak boleh bayang perasaan ibu ayah, hantar anak jauh jauh bawak balik ilmu, tapi sekali bawak balik penyakit (na3uzubillah). Perasaan risau ni terus ada dalam hati saya sampai saya belajar subjek Pathology semester ni. Tentang Metaplasia. Macam mana sel-sel dalam badan kita akan adapt dengan surrounding. How in our distal airways in lungs, stratified  columnar epithelium  akan secara magicnya bertukar menjadi squamous bila kita dalam surrounding perokok sebab squamous  lagi power tahan asap rokok. Untuk elakkan injury. Power kan ciptaan Allah? Tapi saya cakap ni bukan bermakna saya rela anda anda perokok sekalian untuk sesenang hatinya merokok depan saya. Kerana ketahuilah, sejauh mana pun saya cuba bersabar dan berdoa dalam hati u

DECO IMPIAN

Tepat hari ini, genap sebulan kediaman ini menjadi syurga buat kami. Tiga ratus enam puluh darjah. Segalanya yang ada dalam syurga ini bermula kisahnya satu bulan yang lalu. Mohon doa semua agar bayt yang kami bina bersama ini mampu bawa manfaat, mampu bawa kebaikan, mampu menyejukkan, dan meniupkan kedinginan taman syurga kepada seisinya dan semua. Tak banyak yang kami minta, cuma sokongan dan semangat kalian. Biar adik-adik yang baru bertatih berjalan ini maju mendirikan mahligai padu yang menebar sejuta manfaat untuk ummat. Selagi kami mampu. (Tekan link di bawah dan click like pada status sebagai tanda support.) https://m.facebook.com/mimpigulagula/posts/873964379282777?notif_t=tagged_with_story الله يجزاك!

Nama Bill Gates lagi yang dijual.

Imej
Even Muhammad, the most influential person in history had once worked as a shepherd. Maknanya susah senang kita sekarang langsung bukan cerminan kita di masa hadapan. Baik buruk kita sekarang langsung bukan cerminan mati kita nanti. Eheh. Bukan bermakna kau goyang kaki pun dah boleh ubah masa sekarang kau untuk masa hadapan. Tak. Cuma GAGAL dalam sesuatu tak bermakna kau GAGAL DALAM HIDUP dan GAGAL jugak dalam benda lain. Yang penting bangun balik bila dah jatuh tu. "Alah kak, Bill Gates tu tak berjaya dalam study pun, satu dunia kenal dia." "Kau pikir Bill Gates mampu jadi Bill Gates kalau dia bagi alasan macam kau?" Ramai orang gagal universiti, tapi kenapa cuma Bill Gates yang cipta Microsoft? Kalau kau rasa tak sehebat dia, jangan mimpi untuk saja-saja  jatuh sebab dunia ni bukan hanya untuk dunia. Aku cakap ni sebab ramai sangat yang guna nama Bill Gates bila tak lulus periksa. Takpe, bagus memotivasikan diri. Tapi biar motivasi tu mampu b

PANDANGAN dan JURANG

Imej
Hari ini aku belajar lagi. Satu. Kita selalu pesan "Don't Judge". Tapi macam mana kita nak hidup tanpa 'menilai' orang? Kita pun. Setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap kita.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada tulisan dia di Facebook.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada nada suaranya di telefon. And kau akan ada pandangan kau sendiri walaupun belum pernah bersua muka. And lepas bersua muka pun kau akan ada pandangan kau sendiri yang mungkin sama mungkin juga berbeza dengan perspektif asal kau terhadap dia. Cuma satu je. Jangan lah percaya seratus peratus dengan apa yang kita rasa. Dah namanya pun PERSPEKTIF kan?  Dan perspektif kau mungkin jugak SALAH. Even orang yang kau rapat gila pun belum tentu kau kenal habis. Even diri kau sendiri pun belum tentu kau faham sepenuhnya.  Dua. "Weh senonoh gila kau. HAHAHAHAH. Penat aku gelak!!"  Monaliza gelak sambil mencubit Saleha di sebelah.  Kringg kringgg. *Telefon berbu

Tentang Nada

Aku memang suka bercakap. Tapi menulis sepertinya lebih dalam ketersampaiannya. Bila bercakap, its about two things. Satu: Nada (irama suara) Dua : Maksud (point yang nak cakap) Boleh jadi dua benda dengan maksud sama tapi difaham dengan dua jalan berbeza hanya kerana nada dan tone suara. Ini bahaya. Gadis yang lemah lembut itu dan gadis yang lantang suara itu bicaranya difaham dengan cara berbeza meski punya intipati sama. Alahai. Kalau maki orang dengan voice halus gitu orang tak rasa macam kena maki pun. Kalau puji orang dengan nature suara yang macam sempoi ka kasaq sikit nanti tafsirannya diperli. Sebab apa aku lagi suka menulis dalam membuahkan pandangan? Sebab kita ni naturalnya bila bercakap macam semangat sikit. And loud. Dia jadi macam aggressive dan mungkin nampak emosi bila tengah semangat cerita. So kadang-kadang rasa macam point tu tak sampai sebab basically orang tengok cara kita cakap. And orang macam rasa kita ni nak cari gaduh pun ada. Lain denga

Orang panggil dia buat bodoh je

Hari ini baru aku mengerti perasaannya seorang ibu yang memanggil anak-anak tanpa sahutan. Juga aku mengerti perasaan ibu yang meminta tolong anaknya membantu dan dijawab dengan permulaan "alaaa" atau "hmmm" dan lebih jujur lagi terus berkata tidak. Dan bila difikir lebih jauh lagi, sejauh mana perasaan marah dan kecewa ibu itu masih dia mampu bersabar dengan kerenah anaknya. Dan bila difikir lebih jauh lagi, berapa kali kita buat ibu kita begitu? Dan bila difikir lebih jauh lagi, berapa kali kita tidak telus dalam menyahut apabila Tuhan yang seluruh nafas kita dalam kekuasaanNya, memanggil kita? Senang sangat bermudah-mudah kita ini. Benda yang kita tak suka orang buat pada kita, tapi kita buat pada orang? Pada Dia? Hebat. Aku la yang paling terasa sekali.

APA ERTINYA AKU SEORANG MAHASISWA?

Imej
“Syuk.” Kaki dihayun seiring rakan di sebelah. “Hmm.” Syuk tidak menoleh. Langkahnya laju. Angin malam bumi Irbid yang sejuk menampar wajahnya membuatkan dia tidak sabar hendak sampai ke rumah.  “Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” Fizo bertanya. “Hekkk?” Rahang bawah jatuh. Soalan spesies luar alam apa pulak yang ditanya budak ni malam-malam macam ni. Putus fius ke apa? “Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” soalan diulang tanya. “Alaa, jangan la tanya soalan macam ni. Mana la aku tahu.” Syuk menyiku Fizo yang sudah mencebikkan bibir. Ini bukan yang pertama. Hampir setiap orang yang diajukan pertanyaan serupa melontarkan jawapan yang sama. Jawapan klise yang tak menarik. Langsung. Aneh. Dalam lincah kaki mengorak langkah saban hari menuju ke kuliah, takkan tak pernah walau sekali kita memikirkan persoalan ini. Atau mungkin saja seandainya soalan ini tak ditanya pada kita, selamanya kita tak terfikir dan berfikir tentang persoalan yang menagih jawapan crucial in

TURKIYE

Imej
Analisa kembara di Bumi Al Fatih. Sebab lately malas sangat nak menulis, dan malas sangat nak bercerita. So I thought let me keep my story for myself. But then, again, its always a waste for not sharing what you have with others. Dan percayalah. Perkara paling indah bagi aku sepanjang 12 hari ini adalah nikmat bertemu dengan manusia manusia yang membahagiakan. Turki indah kerana manusianya. Ada dua jenis manusia di bumi ini. Sama ada dia tidak mengamalkan Islam dalam hidup (sekular), atau dia sangat menginginkan Islam dalam hidupnya. I really mean it when I write 'sangat menginginkan'. Damba. Mereka mendambakan Islam. Dan perjalanan ini jadi sangat indah bila aku dengar sendiri kisah sejarah dua versi berbeza dari dua golongan yang baik hati ini. Tentang Altaturk, Elminonu, Elbakan dan Erdogan. Tentang apa yang mereka rasa dari sudut pandang mereka. Bila sekumpulan kanak-kanak sekolah katakan mereka cintakan Altaturk, bukan bererti mereka ini teruk, jahat, dan nan

Raef - You Are The One | From "The Path" Album: 06.06.2014

they who tolerate me :)

Imej
Bukan persamaan yang jadi punca manusia mampu sebumbung. Bukan persamaan yang jadi punca manusia mampu selesa bersama. Bukan juga cuma perbezaan jadi punca manusia mampu saling melengkapkan. Tapi toleransi dalam menerima seadanya. Boleh jadi saja yang sama itu bahkan lebih bahaya. Persisnya api dengan api, duri dengan duri. Boleh jadi juga yang berbeza itu bagiannya sosok yang tidak memenuhkan bagian yang kau kurang. Yang penting, toleransi. Dalam menerima seadanya. Dan kesediaan menerima kekurangan. Kalau tak, siksa. And the truth is, I am more than happy to have this family with me. Yang sudi terima saya seadanya. Yang sudi toleransi. Nak faham orang bukan senang. Tapi mereka menerima.

Banding Beza

Imej
Tak salah kau membandingkan apa yang kau ada dengan apa yang dia punya. Tapi biarlah perbandingan itu bawa kau maju ke depan. Bukan tercicir tertinggal di belakang. Biarlah perbandingan itu bawa kau terbang tinggi, bukan patah sayap jatuh rebah ke dasar bumi. Banding apa yang kau ada dengan apa yang kau tak mampu miliki. Semuanya takkan pernah cukup. Banding apa yang kau ada dengan apa yang mereka tak pernah mampu miliki, kau akan tahu erti syukur. Berhentilah membanding beza. Kalau itu hanya buat kau jadi tamak dan tak tahu bersyukur.  Tapi teruslah membanding beza kalau kau mampu jadi lebih kuat dan termotivasi untuk miliki apa yang orang lain sudah ada. Dan bersyukur dengan apa yang sudah kau punya. Orang lain dah belajar habis. Kau baru nak mula? Teruslah membanding beza kalau itu mampu buat kau tercabar dan lebih usaha.  Orang lain menderu menyebar kebaikan di muka bumi, teruslah membanding beza kalau itu mampu buat kau tercabar untuk lebih menderu laju lagi. Tapi

Comel seorang bapa.

Imej
Saya tak pasti kenapa, tapi perkara yang paling menarik perhatian saya sepanjang jaulah ke tiga negara pada cuti yang lalu ialah ke mana-mana saja kami pergi pasti akan terlihat kanak-kanak bersama bapanya. Bersiar-siar tanpa ibunya. Dan seolah pemandangan ini terlalu biasa. Sweet sangat lelaki bawak anak jalan-jalan. Langsung tak kesah. Dan saya rasa lelaki-lelaki ini sangat comel. Ehh. Ralit saya melihat keletah anak-anak diladeni si bapa dengan penuh sabar. Kalau selama ini kita hanya melihat si ibu yang melayan anak-anak, namun ternyata, mereka ini mampu menjadi susuk model bapa penyayang yang telah mengagumkan hati-hati pengunjung dan pelancong seperti kami. Entah. Tapi saya rasa ini perkara luar biasa. Sedangkan saya lupa, ayah saya sendiri membawa anak-anak ke taman setiap petang. Ayah saya sendiri bawa kami ke tasik setiap hujung minggu. Dan saya lupa lagi, kalau saya mampu kagum dengan lelaki-lelaki Mat Salleh ini, ada satu susuk yang lebih hebat yang tak pernah kisa

Travelog ISMA JORDAN

Imej
Alhamdulillah johan :') Saja nak berkongsi tulisan saya untuk pertandingan travelog ISMA JORDAN dulu. ****** Travelog: Tatra Mountain, Zakopane, Poland. 13 Februari 2014 April 3, 2014 2:39 pm Category:  ISMA Jordan , Thaqafah   Leave a comment   A+  /  A- Sejuk. Sangat sejuk. Kaki aku teruskan menapak walau tenggelam kasut dalam tebal salji. Langkah aku gagahkan walau nafas sudah mula rasa semput akibat kepenatan. Kekuatan dan semangat aku kumpul memikirkan pemandangan sepanjang perjalanan ini saja sudah cukup indah. Pemandangan dari puncak gunung pasti lebih ajaib. Sampai di puncak, aku rasa menang. Subhanallah. Tak tergambar indahnya lukisan Tuhan. Tiba-tiba hati lantas pantas menyanggah pernyataan minda tadi. ‘Pemandangan dari puncak gunung ini saja sudah cukup menakjubkan. Pemandangan di syurga nanti pasti lebih ajaib dan membahagiakan.’ Teringat dulu kata kawan, “Buat apa pergi sana? Bukannya dapat tingkatkan iman pun”. Sekarang aku punya

bergerak

Sejak kebelakangan ni selalu rasa pening loya nak termuntah. Asbab: -Banyak sangat research untuk assignment 'Determinants of IQ test performance ' subjek psychology, and baca banyak teori psychology walaupun takde kena mengena dengan kajian. -Strive nak kejar habis cover study sebab study last minute punya pasal padahal nak markah tinggi. -_-' -Merenung jadual yang disusun cantik lagi padat memualkan sampai tak terbuat. -Baca status dan komen perbincangan ahli ahli pemikir dengan aras bahasa tinggi seperti Sarip Dol,  Faizin Shamsuddin, Fouziah Gous. -Berusaha memenuhi kapasiti kapasiti amanah dan tanggungjawab yang aku sendiri cari untuk mangoptimumkan masa dan bermanfaat untuk orang lain. Semua semua ni buat kita rasa loya. Rasa penuh otak. Rasa tak larat. Rasa nak campak semua jauh jauh. Tapi. Tapi. Waktu pulun movie sampai tujuh lapan jam sehari takde pulak nak pening. Tidur lewat malam tengok cerita korea cerita jepun takde pulak nak loya? Terleb

Sedekah. Sindiket?

Dah lama nak tulis, tapi tak tahu kenapa tak tulis tulis. Hari ni dekat open talk MSS, ada disebut sedikit oleh saudara penceramah, jadi saya terpanggil untuk mengulas sedikit. *** Situasi klise. Syari' Jamiah seperti biasanya sesak dengan orang ramai yang entah apa mereka sibukkan. Dalam teliti menyusun langkah agar tidak terpijak sampah sampah di atas jalan, Mina disapa seorang anak kecil berbangsa Arab yang menjual gula-gula getah berbungkus merah. Muka minta simpati dipamer. Mina sudah menyeluk saku jubah cuba mencari syiling untuk dihulur. "Eh, tak payah lah. Diorang ni sindiket kot ni". Siku kawan di sebelah. Mina terdiam. Langkah diteruskan. Anak kecil tadi dibiar mengurus halnya sendiri. *** Klise. Pemandangan sama saban hari buat aku aneh dengan pemikiran manusia. Lihatlah dari banyak sudut. Sampai bila kita nak skeptik dengan golongan yang meminta? Takkan atas alasan mungkin mereka menipu, atau kita tidak mahu mereka berterusan menipu, maka gol

Hikmah kembara

Back to my super ordinary life. Kembali menghirup udara tak berapa segar. Kembali menghadap sampah sampah tak terurus di tepi jalan. Kembali berhadapan dengan kerenah arab yang macam macam. Err mungkin kembali serabut?  Tapi.   Kembali menjejak langkah bertapak di bumi ini cukup membuat aku menghirup nafas syukur. Cukup membuat aku rasa lega yang teramat.   Jaulah selama sepuluh hari di bumi eropah cukup membuat aku mengerti dan faham kenapa Allah tempatkan aku di Jordan. Ya, memang aku perlu banyak sabar dengan banyak perkara. Tapi rasanya itu lebih menenangkan daripada rasa kusut dan serabut dengan memikirkan solat dekat mana, makanan halal macam mana, dengan anjing merata-rata. Semua ada cabaran masing masing. Mungkin ini hanya pandangan bagi perjalanan sepuluh hari. Dan mungkin jika safar itu lebih lama aku akan mampu lebih fleksibel dalam mengawal keadaan dan menerima situasi. Tapi jelasnya mungkin aku lebih rela berhadapan cabaran di sini. Di bumi Jordan seadanya.  Okay

The pious man and the shopkeeper.

There lived a pious man all by himself, who spent most of his time in praying, fasting and praising Allah. Almost all his waking hours were utilised in meditation and devotions. He was very happy with his spiritual progress. No wicked thoughts came to his mind and no evil temptations entered his heart. One night, he dreamt a rather disturbing dream. He saw that a shopkeeper in the town was far superior to him in spirituality and that he must go to him to learn the basics of true spiritual life. In the morning, the pious man went in search of the shopkeeper. He found him busy with his customers, selling goods and collecting money with a cheerful face. He sat there in a corner of the shop and watched the shopkeeper carefully. No signs of any spiritual life at all, he said to himself. His dream could not be true. But then he saw the shopkeeper disappear to pray his Salah. When he returned, he was busy dealing with money matters again. The shopkeeper noticed the pious man sitting in

memalukan tanpa sedar

Situasi 1: "Baiklah, hari ni saya akan perkenalkan mentor-mentor untuk subjek ini. Mentor-mentor ini saya pilih berdasarkan keputusan peperiksaan yang lalu. Yang pertama, Siti Zubaidah," kata Shamirah selaku ketua Biro Akademik. "Zubaidah, boleh berdiri kot, bagi orang kenal" bisik Shamirah pada Zubaidah. Zubaidah akur, bangun dengan awkward nya. Sengih. "Seterusnya, Zaleha," Shamirah meneruskan. Zaleha angkat tangan. Tak mahu berdiri. Segan mungkin. "Bangun la sayang", cuit Shamirah. "Hmmm. Ala, takpela, bukan formal pun." Shamirah malas mahu bicara panjang lantas meneruskan nama mentor yang lain. Tanpa sedar Siti Zubaidah yang tadi pertama namanya disebut sudah memerah muka. Segan agaknya berdiri seorang. 'Orang lain pun mentor juga, tapi dia seorang je yang berdiri.' Zubaidah malu. Terasa macam dia syok sendiri. Memikirkan apa agaknya pandangan teman lain terhadap dirinya. Situasi 2: Sahabat bertiga i

Siapa nak jadi imam?

"Okey, siapa yang nak offer diri jadi imam solat zuhur?" Semuanya diam membisu. sambil bertolak-tolakan,beberapa nama popular dikutip untuk dijadikan sasaran menjadi imam. *tolak tolak "Hah Aminah la jadi imam!", kata Siti. Setuju....!!!!!!! Semua setuju sebulat suara. Aminah terdiam tanpa kata.Namun dituruti jua keputusan syura spontan itu. Hatinya berkata-kata,alangkah cantiknya jika ramai yang ingin belajar dan mencuba. Aku juga bukan selayak yang disangka. Mudah-mudahan esok lusa ada yang berani tampil. In shaa Allah. "Bismillahirrahmanirrahim......Allahuakbar" (solat berjemaah bermula). *** Imam. Apa perlu seorang imam itu sempurna? Atau bacaannya perlu mantap sekali sampai tiada silap? Memang. Memang sebaiknya kita pilih orang yang baik bacaannya untuk jadi imam. Tapi percayalah, jadi imam itu sendiri satu jalan untuk kita mem'baik'kan bacaan. Takkan selamanya kita nak tuding jadi, tolak kawan untuk jadi imam kita? At

Azam tahun baru dia.

Imej
Dia selak lagi. Halaman demi halaman buku laporan Lab Biology diperhati. Senyum. Atas penjuru halaman terakhir, nampak tulisan Miss Hebah, perfect :) "You get 30 out of 30," kata Miss Hebah Atef. Alhamdulillah. Selak kertas kuiz minggu lepas. 16/15. Alhamdulillah lagi. Seronok bukan hanya sebab dapat markah gempak je. Tapi rasa seronok sangat tu sebab berjaya jadi pelajar Malaysia yang baik pada mata lecturer ini. Sebab kita di sini jadi duta Malaysia. Ya. Duta. Berkejar pergi surau untuk solat Asar. Selesai solat, dia borak sekejap dengan kak Izzah. Lepas tu, tergesa-gesa beransur. Nak kejar Coaster Azzam katanya. Yuni dengan Dijah sedang solat lagi. "Taknak tunngu diorang ke?" "Taknak." Perangai. Yang tunggu gonggok datang dah ramai masa tu. Err gonggok tu bas yang panjang jadi kami panggil gonggok. Student Arab panggil BAS DUDEH. Yakni bas ulat. Heh. Dia maju ke kiri. Bajet taknak tunggu sini sebab takut bas dah penuh nanti. Semangat je.