Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

bergerak

Sejak kebelakangan ni selalu rasa pening loya nak termuntah. Asbab: -Banyak sangat research untuk assignment 'Determinants of IQ test performance ' subjek psychology, and baca banyak teori psychology walaupun takde kena mengena dengan kajian. -Strive nak kejar habis cover study sebab study last minute punya pasal padahal nak markah tinggi. -_-' -Merenung jadual yang disusun cantik lagi padat memualkan sampai tak terbuat. -Baca status dan komen perbincangan ahli ahli pemikir dengan aras bahasa tinggi seperti Sarip Dol,  Faizin Shamsuddin, Fouziah Gous. -Berusaha memenuhi kapasiti kapasiti amanah dan tanggungjawab yang aku sendiri cari untuk mangoptimumkan masa dan bermanfaat untuk orang lain. Semua semua ni buat kita rasa loya. Rasa penuh otak. Rasa tak larat. Rasa nak campak semua jauh jauh. Tapi. Tapi. Waktu pulun movie sampai tujuh lapan jam sehari takde pulak nak pening. Tidur lewat malam tengok cerita korea cerita jepun takde pulak nak loya? Terleb

Sedekah. Sindiket?

Dah lama nak tulis, tapi tak tahu kenapa tak tulis tulis. Hari ni dekat open talk MSS, ada disebut sedikit oleh saudara penceramah, jadi saya terpanggil untuk mengulas sedikit. *** Situasi klise. Syari' Jamiah seperti biasanya sesak dengan orang ramai yang entah apa mereka sibukkan. Dalam teliti menyusun langkah agar tidak terpijak sampah sampah di atas jalan, Mina disapa seorang anak kecil berbangsa Arab yang menjual gula-gula getah berbungkus merah. Muka minta simpati dipamer. Mina sudah menyeluk saku jubah cuba mencari syiling untuk dihulur. "Eh, tak payah lah. Diorang ni sindiket kot ni". Siku kawan di sebelah. Mina terdiam. Langkah diteruskan. Anak kecil tadi dibiar mengurus halnya sendiri. *** Klise. Pemandangan sama saban hari buat aku aneh dengan pemikiran manusia. Lihatlah dari banyak sudut. Sampai bila kita nak skeptik dengan golongan yang meminta? Takkan atas alasan mungkin mereka menipu, atau kita tidak mahu mereka berterusan menipu, maka gol