Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Degil

Senja harus berhenti keras kepala. Senja perlu berhenti buat apa yang dia suka sahaja. Senja patut berhenti elakkan diri dari perkara yang susah dan tak menyenangkan hatinya seperti masalah. Senja bukan bodoh, dari kecil Senja tahu yang tak semestinya yang kita suka itu baik untuk kita. Senja pun bukan dungu sangat untuk tak faham-faham yang kadang-kadang yang pahit itu ubat. Senja, makan sayur!

Iktibar LA LA LAND (Spoiler Alert) ✋

Ya. Lagu terakhir dan babak-babak dibayangkan mereka dalam Jazz, tentang hidup bagaimana sepatutnya mereka lalui bersama; membina rumah bersama, mempunyai anak-anak, pergi keluar makan malam, dan singgah ke Kelab Jazz milik Seb, mimpi Seb yang wujud kerana Mia, pastilah ini semua merobek hati kita semua satu-persatu kerana kita tahu realitinya bukan begitu. Tapi Mia dan Seb akhirnya senyum dari jauh. Senyum ubat untuk rasa kelat yang mereka telan ketika itu. Senyum supaya masing-masing tahu mereka okay dan mereka terima takdir mereka begitu. --- Sayang, Seseorang mungkin bukan takdir kita, tapi dia wujud dalam takdir kita untuk kita sampai kepada takdir-takdir kita yang lain. Seseorang bukan tertulis untuk kita, cuma singgah sebentar supaya kita terus bermimpi dan tak putus asa untuk selesaikan apa yang kita mimpikan. Sekarang bayangkan kalau Seb tak pernah bertemu Mia. Mungkin Seb hanya akan terus bermimpi sekadar mimpi. Seb tak mengorbankan mimpinya seketika untuk realisasi
Pertama kali aku menulis tentangmu, untukmu, malam ini, juga terakhir kalinya. Aku mahu bangun esok memadamkan perasaan, melupakan angan-angan dan menjadi dewasa. Apakah kerinduan,  pertemuan kita begitu singkat dan begitu perlahan, aku belum mengenal engkau dan kaupun tak pernah tahu tentangku. Engkau cuma sebuah puisi, yang mendetakkan jantungku setiap kali. Engkau juga satu-satunya lelaki, yang aku ceritakan kepada ibuku seperti itu. Tapi biar seribu kali, engkau masih mustahil dan akulah yang bodoh menyimpan perasaan dan mimpi. Bukankah engkau matahari pagi, dan aku cuma senja yang terlewat? Ya. Aku memang seharusnya sudah lama berhenti mencintai bayangmu yang jauh. Maafkan aku tak pernah cuba menjadi berani. Kita, mungkin cuma sempat menjadi awan dan hujan. 01032014-06022017. 😢