Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

PANDANGAN dan JURANG

Imej
Hari ini aku belajar lagi. Satu. Kita selalu pesan "Don't Judge". Tapi macam mana kita nak hidup tanpa 'menilai' orang? Kita pun. Setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap kita.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada tulisan dia di Facebook.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada nada suaranya di telefon. And kau akan ada pandangan kau sendiri walaupun belum pernah bersua muka. And lepas bersua muka pun kau akan ada pandangan kau sendiri yang mungkin sama mungkin juga berbeza dengan perspektif asal kau terhadap dia. Cuma satu je. Jangan lah percaya seratus peratus dengan apa yang kita rasa. Dah namanya pun PERSPEKTIF kan?  Dan perspektif kau mungkin jugak SALAH. Even orang yang kau rapat gila pun belum tentu kau kenal habis. Even diri kau sendiri pun belum tentu kau faham sepenuhnya.  Dua. "Weh senonoh gila kau. HAHAHAHAH. Penat aku gelak!!"  Monaliza gelak sambil mencubit Saleha di sebelah.  Kringg kringgg. *Telefon berbu

Tentang Nada

Aku memang suka bercakap. Tapi menulis sepertinya lebih dalam ketersampaiannya. Bila bercakap, its about two things. Satu: Nada (irama suara) Dua : Maksud (point yang nak cakap) Boleh jadi dua benda dengan maksud sama tapi difaham dengan dua jalan berbeza hanya kerana nada dan tone suara. Ini bahaya. Gadis yang lemah lembut itu dan gadis yang lantang suara itu bicaranya difaham dengan cara berbeza meski punya intipati sama. Alahai. Kalau maki orang dengan voice halus gitu orang tak rasa macam kena maki pun. Kalau puji orang dengan nature suara yang macam sempoi ka kasaq sikit nanti tafsirannya diperli. Sebab apa aku lagi suka menulis dalam membuahkan pandangan? Sebab kita ni naturalnya bila bercakap macam semangat sikit. And loud. Dia jadi macam aggressive dan mungkin nampak emosi bila tengah semangat cerita. So kadang-kadang rasa macam point tu tak sampai sebab basically orang tengok cara kita cakap. And orang macam rasa kita ni nak cari gaduh pun ada. Lain denga

Orang panggil dia buat bodoh je

Hari ini baru aku mengerti perasaannya seorang ibu yang memanggil anak-anak tanpa sahutan. Juga aku mengerti perasaan ibu yang meminta tolong anaknya membantu dan dijawab dengan permulaan "alaaa" atau "hmmm" dan lebih jujur lagi terus berkata tidak. Dan bila difikir lebih jauh lagi, sejauh mana perasaan marah dan kecewa ibu itu masih dia mampu bersabar dengan kerenah anaknya. Dan bila difikir lebih jauh lagi, berapa kali kita buat ibu kita begitu? Dan bila difikir lebih jauh lagi, berapa kali kita tidak telus dalam menyahut apabila Tuhan yang seluruh nafas kita dalam kekuasaanNya, memanggil kita? Senang sangat bermudah-mudah kita ini. Benda yang kita tak suka orang buat pada kita, tapi kita buat pada orang? Pada Dia? Hebat. Aku la yang paling terasa sekali.

APA ERTINYA AKU SEORANG MAHASISWA?

Imej
“Syuk.” Kaki dihayun seiring rakan di sebelah. “Hmm.” Syuk tidak menoleh. Langkahnya laju. Angin malam bumi Irbid yang sejuk menampar wajahnya membuatkan dia tidak sabar hendak sampai ke rumah.  “Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” Fizo bertanya. “Hekkk?” Rahang bawah jatuh. Soalan spesies luar alam apa pulak yang ditanya budak ni malam-malam macam ni. Putus fius ke apa? “Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” soalan diulang tanya. “Alaa, jangan la tanya soalan macam ni. Mana la aku tahu.” Syuk menyiku Fizo yang sudah mencebikkan bibir. Ini bukan yang pertama. Hampir setiap orang yang diajukan pertanyaan serupa melontarkan jawapan yang sama. Jawapan klise yang tak menarik. Langsung. Aneh. Dalam lincah kaki mengorak langkah saban hari menuju ke kuliah, takkan tak pernah walau sekali kita memikirkan persoalan ini. Atau mungkin saja seandainya soalan ini tak ditanya pada kita, selamanya kita tak terfikir dan berfikir tentang persoalan yang menagih jawapan crucial in