Pertama kali aku menulis tentangmu, untukmu, malam ini, juga terakhir kalinya. Aku mahu bangun esok memadamkan perasaan, melupakan angan-angan dan menjadi dewasa.

Apakah kerinduan,  pertemuan kita begitu singkat dan begitu perlahan, aku belum mengenal engkau dan kaupun tak pernah tahu tentangku. Engkau cuma sebuah puisi, yang mendetakkan jantungku setiap kali. Engkau juga satu-satunya lelaki, yang aku ceritakan kepada ibuku seperti itu.

Tapi biar seribu kali, engkau masih mustahil dan akulah yang bodoh menyimpan perasaan dan mimpi. Bukankah engkau matahari pagi, dan aku cuma senja yang terlewat? Ya. Aku memang seharusnya sudah lama berhenti mencintai bayangmu yang jauh.

Maafkan aku tak pernah cuba menjadi berani.

Kita, mungkin cuma sempat menjadi awan dan hujan.

01032014-06022017.
😢

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu