Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

One Moment For Them 2.0 Jordan

Imej
 30 April 2016 Saya tak tahu perasaan bagaimana seorang artis atau penyanyi yang mahsyur terkenal seluruh pelosok negara sekiranya tahu yang saya tak pernah mengenali mereka lebih dari sekadar mereka adalah seseorang yang terkenal. Kami sambut mereka yang keletihan, selesai konsert amal di Cairo malam tadi lalu terus terbang ke sini untuk Fundraising Talkshow di Irbid. Semua orang begitu bertenaga dan ceria, menyebarkan gelombang positif dari kerusi paling depan sampai ke baris paling hujung masih suka dan ketawa, tak nampak walau secebis garis letih dan sangsai dari mana-mana wajah. Dan saya lega. Memiliki team yang masih kuat dan semangat. "1M4T tahun ni lebih bermakna, lebih dekat," Siapakah yang mampu menafikan makna dari air mata? Entah sekeping hati bagaimana yang lima manusia ini miliki, begitu rapuhkah atau begitu teguhkah? Tapi saya berani bersaksi bahawa tak ada satu keraguan pun yang tersisa melihat senyum dan tangis mereka. Ini bukan sandiwara. 1