2 tahun sudah, ya?
Minggu lepas, ketika diskopi karya, ada saya baca sebuah puisi tulisan sahabat saya, F. Saya yakin benar saya pernah melihat puisi ini sebelum ni. Tajuk juga begitu familiar. Tapi F bilang, tidak, ini kali pertama saya diberinya baca. Tak. Saya yakin saya pernah baca. Malas bergaduh, F beritahu yang sebenarnya puisi ini ditulis untuk saya. 2 tahun lalu. Pada waktu-waktu beginilah. Kerana ada sesuatu yang saya tempuhi ketika itu. Saya fikir, apa yang saya tempuhi? Hujung tahun 2015?
“Pilihanraya kah?”
Kata S saya bertanding pada 2016. Tapi tidak. 2016 saya dah pegang TFTN.Kemudian saya teringat yang sekarang musim pilihanraya kampus, maknanya setiap tahun, waktu-waktu begini adalah pilihanraya kampus.
Hujung tahun 2015. Pilihanraya MPMMJ. Rasa sudah lama benar angka tu. Angka sama dengan HIMPUN 15, perkumpulan penulis-penulis Malaysia di Jordan berkongsi wacana. Rupanya baru 2 tahun. Baru 2 tahun.
Saya selak blog, mencari catatan. Pasti saya tulis tentangnya. Ini pengalaman berharga. Nah, memang betul puisi itu pernah diberi F kepada saya dulu. F, S, dan kak A, menulis puisi buat saya. Alangkah manis.
Sekarang masa adik-adik bertanding pilihanraya, saya fikir kita sudah tenang-tenang melihat dari jauh. Tiba-tiba saya sudah sekali berkempen untuk adik-adik, dan tersemangat, justeru terimbau segala kenangan pahit manis jatuh bangun dalam waktu yang begitu singkat ketika bertanding 2 tahun lalu.
Entah siapa yang bertanya saya ketika bermesyuarat 3 hari lepas, “Kau menangiskah dulu?”
“Ya, aku menangis.”
Tapi ini catatan peribadi yang indah. Bahasanya juga boleh tahan (menurut saya).
Sekarang saya sudah kurang menjadi cermat meniti perkataan, entah kenapa.
http://senjaapril.blogspot.com/2015/12/midwinter-nights-dream.html
(puisi pertama oleh kak A, puisi kedua oleh F, puisi ketiga oleh S)
---
*Tak ada pesan untuk adik-adik. Cuma satu (dua);
Apa yang kau sebut mahu tanam, itulah yang harus kau tanam. Apa yang kau tanam, itulah yang akan kau tuai.

Ulasan
Catat Ulasan