Ketakutan dan Alegori Impian

Saya biasanya hanya menulis pementasan-pementasan teater di Jordan, dan kami terikat dengan budaya semasa, bahawasanya lebih manis kalau semua pelakon di pentas adalah lelaki. Iyalah, Jordan kan? Kalau lelaki, tak pernah dikekang untuk bergerak bebas dan melantun suara. Semuanya sudah difikirkan. Tapi permintaan pelakon kurang disambut, kru yang tak ramai mana ni terpaksa saling menawarkan diri. Disebabkan peperiksaan, dan jadual yang sibuk, sukar orang mahu turun ke lapangan membagi masa melainkan ini memang satu perkara yang dicintai.

Jadi, Alegori Impian adalah sebagai simbolik dilema kepada cita-cita yang perlu difikirkan. Geresah, idealis, tenang, ataupun jenis manusia yang kejar segalanya sampai makan diri - kita dihadapkan dengan diri kita sendiri, sebuah pergelutan dari dalam untuk menentukan peribadi bagaimana yang mahu kita pilih dalam mendepani impian.

Malam-malam itu, saya menjadi resah dan kalut kerana tidak yakin. Itulah watak saya. Ketakutan untuk sesuatu yang tak saya tahu. Bila difikirkan semula, adakah watak ini sekadar di pentas dan tak saya rasai? Tak. Ketakutan adalah sesuatu yang kita semua alami, cuma pengakhiran ketakutan adalah berbeza bagi setiap kita semua. Ada orang mahu segera matikan ketakutan, ada orang tak mahu berfikir panjang untuk mengelak ketakutan, ada orang menjadikan ketakutan sebagai benteng daripada bahaya. Memang ketakutan sekian lama adalah penyelamat kita lalu memilih defensif, tapi kita lupa yang ketakutan juga menyelamatkan kita daripada kehidupan dan mengehadkan kita daripada ke depan. Tapi tak apa. Itu pilihan. Malah berani tanpa arah adalah bodoh, kita tak mahu memusuhi diri sendiri.

Jadi saya buang segala ketakutan terhadap kesan yang tak pasti, atau kesan yang tak penting,  untuk menjadi penakut pada malam-malam itu. Selain Tuhan, mengapa saya harus begitu takut terhadap fikiran dan mulut manusia? Sekadar melaung perasaan saya ke langit, itu biasa saya lakukan sejak tiga empat tahun di sini melontar puisi. Ya, saya buang segala ketakutan untuk membawa watak ketakutan - indahnya ironi.

Begitupun. Riak yang terukir di wajah kami bukan ilusi, itu adalah jelmaan setiap dilema daripada kita.

(Cuma sekali-sekala saya tertikam dengan fikiran yang seketika kita lupa;  ada orang tak diberi peluang untuk sempat berdilema, kerana mereka tak berpeluang memasang impian pun.

Jadi, impian bukanlah untuk semua. Ada orang tangannya tak sampai, sebab tak diberi tangan. Adakah dia terlalu idealis mengimpikan sesuatu yang tak mungkin dicapai? Tak juga. Mungkin dia memang ditakdirkan untuk tak boleh berimpi apapun.

*Sekadar pergaduhan kotak fikir saya untuk seimbangkan perkataan-perkataan yang terlalu positif dan selesa.**antiklimaks post ni.)

#AlegoriImpian


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu