Kudup Malang


Sekarang rasanya orang dah mula jelik, marah dan menyampah. Perempuan itu mengekek ketawa, mengagah bayi dalam kendongan, sambil melaga hidungnya dan menjegil-jegilkan mata. Bau busuk perlahan-lahan semerbak menyelubungi ruang restoran.

“Bagi saya makanan. Bayi saya lapar,”

Tuan kedai yang perasan pelanggan lain mula tidak selesa minta perempuan itu keluar dengan baik, tapi perempuan itu enggan selagi bayi yang didakwa anaknya belum kenyang. Tuan kedai tak punya pilihan lalu hidangkan semangkuk mi sup.

Perempuan itu duduk sambil ketawa. Bising. Dia memandang semua pelanggan sambil tersengih-sengih, macam bangga. Dia suapkan mi sup kepada bayi kecil yang begitu halus dalam bedungan.

Tiba-tiba perempuan itu berdiri sambil membawa bayinya ke tengah restoran. Ketika ini semua mata sudah mengerti untuk tidak membalas pandangan yang sengaja cari perhatian. Mana tidaknya, setiap gerak-geri perempuan itu berselang-seli dengan matanya yang menoleh ke arah semua orang, memandang-mandang, dan masih tersengih-sengih.

Dia meletakkan bayi di atas lantai dan membuka bedongan. Satu restoran menjadi pekung bila perempuan itu membuka lampin bayi yang tak menangis dan ditukarkan dengan yang baru, entah dapat dari mana. Makanan yang hangat dihidangkan di meja-meja tak menggamit selera malah hampir semua orang yang ada di situ terjeluak serta-merta.

Perempuan itu kembali mengendong bayi sambil tersengih lagi memandang siapa-siapa yang tak sengaja memandangnya. Entah selesai urusannya atau tidak, semua orang tak lalu untuk memerhati dengan teliti aksi jijik yang dilakukan dengan sengaja di tengah khalayak yang sedang menikmati hidangan.

Mangkuk sup licin, kuah dihirup begitu rakus. Kemudian dia ketawa kuat-kuat sebelum keluar kepada angin kuat dan hujan lebat. Pertengahan musim sejuk bukan apa-apa walaupun dia dalam sehelai jubah nipis hitam yang biasa kerana sejak tiga hari lepas, bayinya tak lagi menangis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu