Ilusi

Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Malah tak satu manusia pernah memahami sebegitu yang kita fahami. Perasaan adalah tanggungan. Kita rela menjadi hamba kepadanya.

Sedangkan ada jalan untuk meluahkan, tapi kita pilih untuk menjauh atau berpura-pura. Luka belum pernah sembuh. Kita, tetap tak mahu belajar berkata tentangnya.

Kau tahu, ada pengertian mereka yang belum kau telusuri, seperti pengertianmu yang kau simpan sendiri. Biarkan, biarkan begitu.

Sayang.
Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Tak sesiapa boleh membaca kita. Tak sesiapa melangkah masuk tanpa pintunya dibuka.

Ini, bukankah sudah termaktub dalam kitab hidup?

Tapi ini, masih satu lagi pengajaran yang cuma dipelajari dari peristiwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu