Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Hoi Lelaki

Hoi lelaki nak melintas lintas saja jangan kau pandai-pandai mengetuk pintu jika niatmu sekadar lalu hoi lelaki kalaupun akhirnya pintu kubuka bersifatlah seperti tetamu jangan kau pandai-pandai selesa berumah di dada hoi lelaki satu hari aku tersalah laku menyediakan hati melebihi kopi tegaslah berdiri dan pergi kaupun tak pernah berhasrat lama awal-awal kubilang baiklah kau lintas saja jangan pandai-pandai mengetuk pintu ketika tak ada yang menunggu kerana rindu adalah hati yang usang tempatnya kesedihan berpesta berjaga setelah kau datang.

Bersemadilah lagumu, puisiku

Imej
Tak ada puisi hari ini kata-kataku selesai malam tadi menanti seseorang dari bintang tak kunjung datang setiap jam percik-percik api di dada bagai ilusi setiap minit kupu-kupu di perutku seperti mati bersemadilah lagumu, puisiku kita tak jadi mengukur sempadan tanah mengira anak-anak dan jarak rumah bintang-bintang lebih dulu tertanggal belum aku mengucup selamat tinggal Tuhan, terima kasih menyiram dadaku meracun kupu-kupu. 11062019 t.i., perak.