Kepergian

Oh ya. Perlahan-lahan manusia satu-persatu pergi. Ada yang pergi sendiri tanpa dipinta malah ada yang tak mahu ditanya. Tapi yang benar-benar hilang, cuma manusia yang kita buang.

Memang perasaan bukan kebenaran yang layak untuk menimbang apa-apa. Tapi bukankah hati yang berat tak mampu membawa kehidupan?

Sayang.
Yang berdosa bukanlah selamat tinggal. Tapi lidah aku yang bisu mengunci kata-kata. Aku tak perlu justifikasi untuk tidak tinggalkan pesan atau amaran  sepertimana aku tak perlu justifikasi untuk pergi. Dosa cuma untuk orang seperti aku yang tak pandai merangkai pengertianku sendiri.


Tapi kau tahu? Semakin dewasa aku sedar yang perpisahan kadang-kadang memang tak perlukan alasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

conteng baju sekolah^^

dah habis dah sekolah. macam tu je.

Catatan Melahirkan Seorang Ibu

Engaged