Catatan

Kepergian

Oh ya. Perlahan-lahan manusia satu-persatu pergi. Ada yang pergi sendiri tanpa dipinta malah ada yang tak mahu ditanya. Tapi yang benar-benar hilang, cuma manusia yang kita buang. Memang perasaan bukan kebenaran yang layak untuk menimbang apa-apa. Tapi bukankah hati yang berat tak mampu membawa kehidupan? Sayang. Yang berdosa bukanlah selamat tinggal. Tapi lidah aku yang bisu mengunci kata-kata. Aku tak perlu justifikasi untuk tidak tinggalkan pesan atau amaran  sepertimana aku tak perlu justifikasi untuk pergi. Dosa cuma untuk orang seperti aku yang tak pandai merangkai pengertianku sendiri. Tapi kau tahu? Semakin dewasa aku sedar yang perpisahan kadang-kadang memang tak perlukan alasan.

Catatan Melahirkan Seorang Ibu

Imej
Dulu selalu tertanya-tanya, sakit contraction tu macam mana? Macam-macam jawapan orang bagi. Bila dah rasa sendiri, this is how I would describe my contraction; sakit senggugut but worse and worsening with time. 21.07.22 pagi tu start rasa senggugut. As usual sebagai orang yang dah cuti awal nak bersalin, kita berbaring je la atas katil tambah lagi bila sakit perut lagi la malas nak bangun. Tengahari tanya kak qilah pasal sakit perut tu. Kak Qilah suruh kira masa. So I timed my pain, sakit every 3 minutes selama 30-50 seconds. Selama ni baca kalau sakit every 4 minutes apart, lasting 1 minute for at least 1 hour tu maknanya kena pergi hospital. Tapi abang dekat Teluk Intan lagi ni. Hmm taknak pergi hospital kalau abang tak balik lagiii.  Pukul 2.30 petang ada blood show. Masa ni dah suruh Iqah ready bawa kaklong pergi hospital KPJ Shah Alam. Iqah tu punya la nervous sebab tak pernah drive jauh, then nak bawak orang sakit beranak lagi la dia nervous. Sakit makin kuat tapi timing dia mac

Validasi

Imej
  Entah untuk siapa tulisan ini. It's not a good feeling doing treatment with so many limits. Saya bukanlah seorang yang penyabar, dan saya hormat kawan-kawan yang masih bersabar bekerja dalam fasiliti awam kerajaan. Yang pertama, kerana saya tidak berjaya diberi lantikan tetap. Malah dipujuk untuk sambung kontrak menyambung khidmat dan berbakti. Ia perasaan yang baik — berbakti. Tapi harus sabar dalam berbakti. Saya gagal bahagia bila saya tidak dapat buat yang terbaik dalam kerja-kerja saya. Saya berani cakap begini kerana untuk dapat buat yang terbaik dalam pergigian, selain doktor, kita perlu bahan dan peralatan yang cukup. Tak perlu pergi jauh, sedangkan pernah lebih 6 bulan filem x-ray tak ada sampai kami berniat nak beli sendiri sebab kasihankan pesakit yang terganggu proses rawatan. Bayangkanlah nak buat rawatan akar tanpa x-ray? Kawan sekerja saya sampai beli apex locator sendiri. Itu belum cerita sealant GP habis, non-setting calcium hydroxide tak ada, etching habis, fas

Engaged

Imej
Semoga Tuhan tunjukkan jalan. Saya tak pernah bercinta. Tapi selalu juga menaruh hati yang tak banyak. Sedikit-sedikit dan saya diamkan saja. Saya ada crush kepada begitu ramai orang (sejak umur 5 tahun), dan sebaik saja seseorang sukakan saya, saya dah tak suka dia. Entah pelik-pelik. Jadi saya tak pernah ambil berat perasaan sendiri. Sebab dia datang dan pergi. Saya juga tak pernah ambil berat perasaan orang lain, maafkan saya.  2020 bukanlah juga tahun yang menduga ketika kita dihampiri kasih dan cita-cita baik. 1 Januari saya ambil berat perasaan saya dan saya tak menyesal. Semoga Tuhan suburkan apa yang kita semai, sampai tak ada lagi kita. Buat saya, cinta hadir dengan tanggungjawab. Buat sayang saya, terima kasih dan semoga berbahagia dengan saya. Tahniah sebab jadi orang pertama yang bertuah dapat bercinta dengan saya hahahah.

langit lazuardi lagi hari ini

Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal, termainkan di radio kereta ketika saya sedang memandu pulang dari klinik, dan Tuhan, air mata saya jatuh seperti empangan pecah, seperti tak ada lagi besok. Pandangan saya kabur, nafas tak lagi teratur. Hampir-hampir kemalangan dan saya tak mampu mengawal diri apatah lagi kenderaan. Satu antara banyak episod hari-hari jatuh dan diri saya runtuh. Ia bukan depresi, cuma proses grieving meraikan kehilangan mimpi yang nihilistik sifatnya. Saya yang dulu mencebik kisah-kisah patah hati, akhirnya diuji Tuhan mengenal sisi diri yang tak pernah saya tahu sebelumnya. Memandang ke belakang hari ini saya tahu ia bukan cinta, cuma sesuatu toksik yang menerujakan kerana tak pernah dilalui. Ia bukan kisah pengorbanan atau kisah cinta yang sederhana, tapi kisah mementingkan diri sendiri dan justifikasi untuk tidak setia. Syukur saya tersedar syukur saya tertampar syukur saya terbangun dari lena panjang tidur ngeri yang meragut separuh nyawa syukur saya

Sekali itu perjuangan ini jadi surreal

Ketika itu. Kali itu. Duduk di tengah-tengah sana terasa surreal. Mungkin aku dah berjalan terlalu jauh meninggalkan semuanya. Mungkin aku dah jadi seperti yang selalu mereka takutkan, terpisah dari realiti hidup kelas bawah yang resah. Mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa dari diriku sendiri. Mungkin sebelumnya aku cuma menyerahkan diri kerana cinta (atau ketaksuban fana') kepada seorang lelaki yang gagal menghargai. Ketika itu segalanya surreal. Aku tidak diingatkan. Aku tidak dibangunkan sesiapapun meski maksud perjuangan itu diratib mereka dan dilaung puisiku sendiri. Mungkin aku sudah mati dalam dunia kalian. Mungkin ini bukan baru tapi aku selamanya begini. RIP. Kini maksud baikku untuk siapa? Atau pernah aku jernih bermaksud baik? Semoga Tuhan ampunkan aku.

I want to blah from this premise because I don't want to be the one who love more. Can we forget?

Bila aku ada banyak gila nak cakap and I say nothing sebab aku takut I am being difficult dan peningkan kepala dia. Bila aku rasa rindu dan menangis sorang-sorang belumpun matahari naik. Bila aku cuba tidur tapi yang datang cuma dia dan perasaan yang sarat. Tak ada ubat pagi ini. Tak dari orang yang mula-mula mengatakan rindu. Tak dari sesiapa. Senang betul mengungkap. Rindu, sayang. Boleh mengalir sampai banjir. Tapi yang aku rasa tak boleh diungkap. Dia penuh dan penuh dan penuh dan sarat dan sarat dan sarat dan aku sakit dan air mata siapa yang bertakung di mata aku ni?  I think I am in love again and I don't like this feeling. I hate that I feel too much. I hate that no him can get this unbearable feeling.I hate that he do nothing and I already feel this bad, that I already fall, that I already miss him so much. I hate it that when I miss him dan dia tak ada untuk ubat. Rindu tu berat. Rindu tu sakit. Rindu yang aku rasa buat aku menangis. Aku tak tahu rindu apa yang dia m

Melati Dan Bayu

Cerita klise tentang perempuan yang mahu lari dan melupakan tapi kenangan memeluknya pulang. Langit Jakarta tidak biru. Tidak pernah biru sejak dia menjejakkan kaki ke kota sibuk ini lima hari lalu. Hari-hari yang berjalan dengan tenang dalam dirinya meski jalan-jalan macet teruk, kenderaan begitu rapat dan pemandunya masing-masing hilang sabar. Melati tidak lagi menangis seperti biasa. Americano di atas meja sudah dingin. Buku 100 Soneta Cinta karya Pablo Neruda terjemahan Aan Mansyur masih terbuka, masih di halaman 17 pada puisi VII sejak jarum panjang jam di dinding Filosofi Kopi menunjukkan angka tiga dan sekarang sudah di angka sepuluh. "... O Cinta, kini kita lupa bintang memiliki duri setajam ini!" Ingatannya jatuh lagi pada wajah yang masih bernyawa di dadanya. Wajah jelik dengan jenaka yang tak lucu namun selalu berjaya membuatnya tertawa. "Bintang maksudnya cita-cita, Melati." Melati senyum, merapatkan telefon Sony Experia Z berwarna p