Anugerah dan Kejanggalan

Macam mana, penulis yang sekarang terkenal, mula-mula bina nama sebagai penulis dulu? Adakah kerana kualiti tulisan, adakah kerana meminjam populariti orang lain, ataukah kerana dia menulis buku sesudah dikenali?

Aku ingin memandang dari kacamata pembaca yang mengunyah perkataan kerana kepuasan, dan aku ingin tahu puas bagaimanakah mereka membaca sesuatu dari tiga-tiga jenis penulis ini?

Sekarang lihat dari mata seorang penulis. Semua orang boleh menulis tapi bukan semua orang boleh menjadi penulis. Kita tahu cuma jenis penulis pertama akan rasai kepuasan peribadi jika kita memandang dari kapasiti penulis sejati. Pilihan kedua dan ketiga boleh membuatkan tulisan kita naik cepat, laris untuk duit, walhasilnya ya, seorang penulis sejati tak akan berpuas hati kerana yang diiktiraf belumlah tulisannya sendiri.

 Banyak saja penulis yang kita cari kerana kualiti. Soalannya, bagaimana mereka bermula? Dengan menuliskan satu-persatu, perlahan-lahan dan tidak peduli untuk naik terlalu laju, berapa lama masa mereka ambil untuk bergelar penulis, tulisan mereka dikenali, dan diakui? Masihkah masa bukan ukuran, di saat orang ramai sudah tidak mencari makna sebelum mengenal nama, tapi mengenal nama untuk mencari makna?

Zaman orang tak lagi membaca, siapa sudah boleh mengukur kepuasan?

Dan lagi, pertanyaan-pertanyaan yang tak rumit ini, siapa saja boleh menjawabnya?

02052017
Hari Anugerah Buku Negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

conteng baju sekolah^^

dah habis dah sekolah. macam tu je.

iklil, kita kawan kan?? :(

Engaged