Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Manusia Ngeri

Sebenarnya dah lama saya tahu yang iman bukan di Facebook, tapi di dalam hati. Tuhan juga bukan di Facebook untuk kita berdoa dan meminta, tapi sentiasa ada di mana-mana. Jadi tak ada satu beban pun yang patut jatuh atas bahu mana-mana anak Adam untuk membuktikan diri sendiri di media sosial, melainkan kerana manusia. Tapi benar juga, banyak hukum-hukum yang diistinbat menjaga maslahat ini; mengelak fitnah, dan pentingnya mengambil kira waqi', adat, dan keadaan. Cuma itulah, yang biasa menjatuhkan hukum ini jarang mengambil kira waqi', adat dan keadaan si pelaku. Jarang pula mengambil kira nilai dan prinsip pelaku justeru sebab dia boleh melakukan hal yang sekian-sekian. Tapi sebenarnya kita tak boleh pukul rata golongan agama, atau masyarakat-masyarakat kampung saja yang kadangkala dangkal begini. Sebenarnya manusia memang begitu. Kurang sabar memikirkan dari banyak sudut asbab berlakunya satu-satu perilaku. Jarang meletakkan diri di tempat orang, melihat pada kaca panda

Takut

Dah lama aku tak rasa macam ni. Dulu, aku tak sabar nak balik Malaysia buat kerja-kerja ni. Sebab di sini susah, libatkan diri dalam TFTN For Syria tapi aku tak boleh bercakap bahasa Arab dengan budak-budak ni, aku sedih, aku rasa helpless. Nak mengajar nilai hidup macam mana kalau bercakap macam ayam dengan itik? Sekarang, aku dah boleh bercakap bahasa Arab sikit-sikit dengan budak-budak ni tapi hari ini aku kembali ada rasa yang sama. Aku tak sabar nak balik Malaysia buat kerja-kerja ni. Sebab aku dah faham susah buat kerja ni di negara orang, untuk bantu orang yang bukan warganegaranya pula. Tak disokong. Macam-macam mehnah. Kejap nama naik kat sini, kejap nama naik kat situ. Tambah pula untuk orang yang penakut macam aku. Dari kecil jenis macam pembaris, takut buat salah. Sebenarnya aku nak cakap pasal takut. Takut aku ni tak berasas, sebab kata orang kami tak buat salah. Kenapa nak takut kalau tak buat salah. Tapi semua orang lupa, dunia kita sekarang dah keji. Orang-orang t

Budak takut doktor gigi

10.10.2016. Saya belajar yang budak kecil memang takut dengan segala benda di klinik gigi walaupun harini saya klinik Oral Radiograf saja, minggu lepas saya klinik 1) Budak lelaki yang duduk di unit nombor 33 ni menangis sebab doktor yang rawat dia tak berjaya sorokkan jarum picagari ketika nak membius. Jadi masa rawatan jadi berganda nak pujuk dia saja sebab selepas dia mula menangis dia tak mahu berhenti dan tak percaya untuk biarkan doktor masukkan apa-apa langsung dalam mulut dia hatta cermin sekalipun. 2) Budak perempuan yang ada depan saya ni langsung taknak buka mulut untuk saya ambil x-Ray giginya. Takut sangat. Lama juga saya pujuk baru selesai. Itupun bitewing kiri senget sedikit. Doktor yang pantau saya sedikit memaksa dia sebab nak cepat, tapi saya pujuk elok elok. Jadi saya fikir sebenarnya dia takutkan doktor Arab tu, tapi bila dah selesai semua saya tanya dia takut siapa sebenarnya. Dia takut saya. Mungkin sebab muka pendatang asing (?). 3) Budak lelaki ni menang

Maaf

Kak Di pernah luahkan kepada saya yang dia fikir seorang manusia tak layak untuk rasa orang lain patut minta maaf dari dia. Tapi saya rasa kenapa tidak? Ada masa-masa yang kita rasa tidak diadili dengan baik, atau hak kita dizalimi, kita rasa orang bersalah terhadap kita jadi kita layak mendapatkan permintaan maaf. Semua orang layak untuk rasa begitu sebab semua orang berkuasa penuh terhadap perasaan dia sendiri. Cuma dia tak boleh paksa orang minta maaf terhadap dia sebab dia tak berkuasa terhadap perasaan orang lain. Dia mungkin rasa orang lain bersalah ke atas dia, tapi mungkin orang itu tak rasa dia bersalah sampai perlu minta maaf. Semuanya pasal rasa saja. Dan maaf pun, sebenarnya kita buat sebab nak tenangkan hati kita sendiri yang rasa bersalah kalau kita tak minta maaf sebab kita buat salah. Jadi kalau ada orang tak rasa tak tenang walaupun tak minta maaf, sebab dia tak rasa bersalah, itu dia punya pasal. Kita pun kalau rasa orang bersalah dekat kita dan orang tu patut min

Ego

Jadi aku pelik dengan manusia yang bertuhankan ego ni macam ego dia adalah segala-galanya dan lebih penting dari banyak benda. Semua orang ada ego. Ego diperlukan untuk kau boleh berdiri tegak, tapi bukan untuk kau jadi bodoh dan jatuh lebih bawah. Sebenarnya bila cakap pasal ego memang tak ada siapa akan kalah, malah kau tak akan menang pun. Tapi sekarang kalah atau menang sudah tak penting. Lebih bodoh kalau sibuk cari salah orang sebab kau rasa kau paling betul, sebab siapa salah siapa betul pun tak penting. Masalahnya sebab kau tak mahu percaya yang semua orang ada kelemahan termasuk kau, dan kau nak tunggu orang lain mulakan dulu akui kelemahan dia. Selepas tu kau nak rasa menang. Ego kau ni. Biar aku beritahu satu rahsia. Manusia ni, kalau kau bijak, kau perlu beri kepada dia kalau kau mahu dia beri kepada kau. Kalau kau nak menang, kau kena nampak tak membahayakan, kau rendah; dan dia tak kesah untuk rendah. Tapi masa itu ego kau dah tak penting lagi walaupun kau menang. K

Lain

Orang yang dakwa dia suka sendirian dari bergaul dengan manusia ni sebenarnya dia cuma meluat sebab manusia ni banyak topeng, atau dia penat nak terangkan diri dia setiap kali. Jadi bila macam ni, dia tak adalah nak nikmati ketawa bila semua orang ketawa, sebab dia rasa semua orang pura-pura. Atau boleh jadi dia yang perangai buruk macam tu sebab tu dia fikir orang lain pun sama buruk macam dia.

Pasal perasaan.

Bila bercakap pasal perasaan ni, aku rasa manusia yang penuh perasaan dan boleh beremosi adalah manusia paling hidup sekali. Mungkin kita rasa mereka keterlaluan, tapi mungkin juga kita sebenarnya dengki sebab kita terpaksa jadi cool walaupun kita simpan perasaan kita untuk diri kita saja sebab kita tahu masyarakat lebih suka kalau kita begitu. Macam kita suruh orang jangan terlalu obses dan taksub bila suka atau benci sesuatu. Tapi kita lupa yang orang macam ni sedang menikmati hidup dengan maksima, dan dia pilih untuk jadi begitu. Macam orang yang mahu jatuh cinta sesakit-sakitnya. Tapi kita kan mahu sederhana; atau kita cuma nak dilihat macam tu. Mungkinlah.

Bebelan untuk dua hari

Hari ni pesakit kami untuk klinik prosthodontik terpaksa dirujuk untuk pembedahan sebelum boleh kami buatkan gigi palsu, jadi kami habiskan klinik tanpa buat apa-apa melainkan sedikit soal jawab klise yang biasa berlaku, selain kami menanyakan sejarah kesihatan pesakit, saya juga ditanya soalan macam "kamu dah bernikah ke?" atau "kenapa kamu study di Jordan?" Jadi saya pulang awal, menunggu Zuzu selesai kelas sambil minum-minum di restoran, cadangnya nak ke rumah dia selepas ni untuk siapkan skrip pementasan teater bulan November nanti. Laptop yang memang dah dibawa dari awal ke hulu ke hilir, saya buka, seminit sebelum gelap. Ah, kita memang diuji dengan macam-macam. Tapi ini bukanlah apa-apa sebab saya selesai juga tulis empat babak semasa di rumah Zuzu. Kalau nak cakap pasal diuji, nah ketika itu saya tak tahu, apa yang akan berlaku selepas tu rupanya lebih menguji lagi. Jam enam petang hari Khamis, kami sudah mula kelas intensif untuk anak-anak yang sediki

HARI PERTAMA BERSAMA PESAKIT PERTAMA

[HARI PERTAMA BERSAMA PESAKIT PERTAMA] Dibawanya Abdullah, cucu berumur dua tahun setengah yang memanggilnya mama, ibu Abdullah sendiri sudah tidak di dunia, bernama Hidayah. Berkali-kali diulang kepada Abdullah yang nama saya Hidayu, persis si ibu. Kerana perang, keluarga mereka dari Syria lari ke sini, dan begitu bahagia kali pertama menemui kami yang berlabel Malaysia. Jadi saya panggil makcik Hilah, "ibuku". Meski bahasa yang masih tergagap buat kita gugup, ibu Hilah berkali-kali senyum dan puji bahasa kita yang baik. Senyumnya pada mata, melihat kami yang sambil melayan dia melayan Abdullah juga. Satu hal yang buat saya sedih dan kasihan. Ibu Hilah cepat terjeluak (gag reflex), walaupun doktor kami yang tolong mengendali, dia masih sama. Saya sedih nak bayangkan pertemuan beberapa kali lagi yang terpaksa buat ibu Hilah tak selesa begitu. ------ "Awak patient pertama saya. Dalam hidup saya." saya katakan kepada ibu Hilah yang sangat menenangkan. Sem

CATATAN LAMA DARI COVILHA

Sifirnya mudah. Kita bercakap dengan bahasa kemanusiaan, bahasa kasih sayang. 10.30 malam, 3 Februari 2016. Kami tiba di Stesen Bas Covilha yang sunyi. Tak ada apa-apa, cuma lampu dan jalan yang lengang. Saranan email yang saya dapat sebelumnya daripada pemilik Casa De Refugio kami turuti, naik teksi ke Rua do Grupo Recreativo Refugiense rumah nombor 27. Walhasilnya ya, kami tiba. Ke satu jalan yang juga lengang, sepi, lampu malap dan bangunan yang jendelanya bergelap. Malam tidak hidup di sini, tak ada apa-apa melainkan angin gunung yang memeluk kami rapat, dan resah. Tapi pakcik teksi tak tinggalkan kami. Diketuk pintu bangunan besar berkali-kali, loceng ditekan bertubi-tubi tanpa sahut. Sebenarnya tak ada apa-apa tanda nama yang ini tempat yang kami cari. Tapi pakcik tak berhenti. Pakcik tanya nombor telefon, tapi aneh saya tak ada. Tak ada apa yang dapat tolong kami sekarang. Cuma ketukan yang masih bertalu, dan harapan. Tiba-tiba datang seorang atuk dan seorang nenek yang kebetula

Melanglang Tanah Ais (ICELAND)

Imej
#1 Kami mulakan perjalanan dari Gardur jam 1810 menuju ke Strakkur. Matahari masih cantik di balik awan hitam dan putih yang berselang. Kepulan-kepulan putih mengewap dari bumi hijau sepanjang jalan. Apa yang boleh kita sangka dari negara Geotherma ini kalau bukan pancutan geyser yang mengitari kami, melukiskan awan-awan tumbuh di atas tanah? Subhanallah. Hari pertama di Iceland. 4 September 2016. ----- #2 Untung jadi Muslim, dapat jadi yang pertama melihat matahari. Kerana kami putuskan untuk tidur dalam kereta saja malam tadi, kami mulakan perjalanan mencari air untuk berwudhu' seawal jam 4 pagi. 5.40 pagi, akhirnya kami temukan air bersih, dan kami Subuh di tanah berumput ini. Suhu 5°C. Matahari pagi dan air terjun kecil ini menyambut pagi pertama kami di Iceland. Hari kedua di Iceland. 5 September 2016. ----- #3 Wow. Saya pertama kali tahu tentang ini ketika sekolah rendah dulu, belajar subjek Kajian Tempatan.