Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

2018

Imej
"Ketika dirajut geresah berdiri di depan peristiwa besar seakan seluruh hidup sedang terpasung kepadanya, bernafaslah sejeda. Kerana sebuah aku adalah kumpulan sejuta titik melukis garis perjalanan. Kerana wisuda juga sekadar satu daripada kemungkinan-kemungkinan." Saya pernah begitu pesimis sampai menuliskan ini. Satu pagi saya bangun tidur dan terus ke depan cermin, capai gunting, dan kerat rambut panjang menjadi separas cuping telinga. Tiba-tiba. Entah. Saya tak ada depresi. Saya akan nafikan sekeras-kerasnya. Mungkin saya ada sedikit simptom kerunsingan, semisal tak boleh tidur malam atau tangan menggeletar jika dirundung kusut. Tapi lain-lain saya dilihat tak ada masalah, malah saya senang setiap kali kawan-kawan gambarkan saya sebagai perempuan yang semangat dan ceria. 2018. Tahun yang melimpah. Separuh pertamanya saya masih seorang mahasiswa yang bergelut untuk peperiksaan akhir. Bila dikenang, entah berapa kali air mata tumpah untuk sekeping ijazah. Namun sep