Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Melati Dan Bayu

Cerita klise tentang perempuan yang mahu lari dan melupakan tapi kenangan memeluknya pulang. Langit Jakarta tidak biru. Tidak pernah biru sejak dia menjejakkan kaki ke kota sibuk ini lima hari lalu. Hari-hari yang berjalan dengan tenang dalam dirinya meski jalan-jalan macet teruk, kenderaan begitu rapat dan pemandunya masing-masing hilang sabar. Melati tidak lagi menangis seperti biasa. Americano di atas meja sudah dingin. Buku 100 Soneta Cinta karya Pablo Neruda terjemahan Aan Mansyur masih terbuka, masih di halaman 17 pada puisi VII sejak jarum panjang jam di dinding Filosofi Kopi menunjukkan angka tiga dan sekarang sudah di angka sepuluh. "... O Cinta, kini kita lupa bintang memiliki duri setajam ini!" Ingatannya jatuh lagi pada wajah yang masih bernyawa di dadanya. Wajah jelik dengan jenaka yang tak lucu namun selalu berjaya membuatnya tertawa. "Bintang maksudnya cita-cita, Melati." Melati senyum, merapatkan telefon Sony Experia Z berwarna p

Melekat Di Dinding Rahim: Siapa Tuan Siapa Hamba?

Imej
Adakah saya bertuhankan anda? Tidak. Adakah saya bertuankan anda? Pasti tidak. Iya? Sejak bila? Persetankan kalau ibu bapak nenek moyang saya begitu, tapi saya belum pernah. Saya menghormati anda seperti saya menghormati seluruh manusia lain, bukan sebagai tuan saya. Tidak begitu jauhnya anda dengan saya melainkan kerana takdir Tuhan anda terlahir dari rahim ibu anda dan saya terlahir dari rahim ibu saya. Adakah anda berusaha lahir dari rahim ibu anda? Tidak. Adakah saya berusaha lahir dari rahim ibu saya? Tidak. Saya, anda, atau anak-anak ini tidak pernah memilih rahim mana kita dilahirkan, nama apa yang diberi sesudah dilahirkan. Tapi itulah nanti nama yang dipanggil Tuhan seadanya. Juga dari Tuhan. Saya bertuhan. Anda bertuhan, bukan? Tapi anda tidak bertuan. Adakah saya bertuan? Adakah anda tuan saya? Apa yang anda lakukan yang menjadikan anda tuan? Tidak ada apa-apa. Anda cuma lahir dari rahim ibu anda. Apa yang ada di dinding rahim ibu saya yang melahirkan saya sebagai hamba t