Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Midwinter Night's Dream

Imej
AMARAN:  Entri ini ditulis untuk kenangan anak cucu patik. Pahit manis kehidupan, dan atas tujuan catatan dan pengajaran semata-mata. Sebab banyak pengalaman patik kalau tak diikat nanti reput dimakan waktu.  Di balik tabir. Sebab masa berlalu terlalu pantas. Terlalu. Pantas. Dan mungkin patik menghela nafas lega terlalu awal, sebelum tahu apa yang bakal jadi hari esok (usai entri sebelum ini)- yang terasa memakan diri. Sengaja dicanang ke seluruh dunia betapa fokus selepas ini cuma dua, sekolah dan tulisan. Dan tertipu dek kilah waktu, betapa segalanya seolah memahami - tak ada yang menolak patik untuk apa-apa. Dan jam pun terus berdetik. Telefon yang hilang, tab yang hampir terbakar. Hal-hal yang tak memungkinkan diri mudah dihubungi, lantas satu pagi dikejutkan satu pesanan ringkas, "Assalamualaikum, maaf mengganggu Hidayu. Saya H Pengarah JPR MPMMJ ingin memaklumkan yang Hidayu tercalon untuk bertanding bagi kerusi Ketua HEWI MPMMJ." Mengger

Gagak tak bersarang seperti merpati

Imej
Suhu 3 darjah celcius. Bumi Irbid jam 9 malam. Lalu awak pun mengulang tanya soalan sama yang dah berulang kali ditanya awak-awak yang lain. Dan jawapan sudah saya sediakan lama dulu, sebelum hiruk-pikuk pilihanraya ini mula berdesir dengan angin. "Sebab saya nak fokus sekolah dan penulisan," skrip jawapan mana lagi yang saya lontarkan saban waktu digasak begitu? "Kenapa tak bertanding?" Tapi entah kenapa malam ini menyaksikan saya yang sedikit segan dengan jawapan saya sendiri. Dalam jawapan saya tak punya apa-apa, cuma harapan dan cita-cita. Yang saya sematkan dalam masih tergagau mencari diri.  "Kenapa sanggup taknak bertanding sebab nak fokus sekolah? Ada apa dengan sekolah? Kenapa kau join sekolah?" Dan saya masih sama. Bisu. Tak punya jawapan untuk itu. Cuma saya tahu pasti, saya tak buat benda yang saya tak mahu. Saya mencari diri, dan saya mencari jiwa.  Saya, tinggalkan apa yang tak miliki jiwa saya. Cukupkah jawapan s

Teater Musikal HALUSINASI

Imej
Kisah kami bukan yang semua lihat di atas pentas, tapi jejak-jejak yang dilalui untuk melakar pentas malam ini. Partikel sejuk kesiur musim dingin masih tak mampu melewati takah haba yang terembes dari segenap pembulur darah. Itu saya. Ada yang masih berkeringat dingin, ada yang masih tenang dan selamba, dan ada yang terus dengan kata-kata semangat; belum putus menyeduh ketenangan dalam secawan hati-hati kami. Teringat satu malam rasa tak terpikul beban atas pundak. Pernah saya seolah menggesa tuan pengarah yang juga diuji, minta disegera lagu-lagu yang harus digubah lariknya, bukan sembarangan - cerita, perasaan dan erti. Dan masa yang terus berdetik buat saya geresah tak tertanggung lagi, minta didatangkan Tuhan satu peri hadiahkan satu hajat. Dan hajat saya masih sama, "Tuhan kau berikan aku waktu yang lebih dari orang lain!" Untuk saya selesaikan minggu bahasa yang berbaki, untuk saya turut sama pulun persediaan Kertas Kerja INSPIRES nanti, juga teater seterusnya sa
Dulu waktu sekolah rendah semua cakap cita-cita nak belajar sampai ke menara gading padahal tak tahu pun menara gading tu apa. Sebelum keputusan UPSR keluar dulu, saya fahamkan diri saya yang ini kunci pertama yang boleh buka pintu pintu lain. Dan saya pegang prinsip ni sampai saya jumpa seorang sahabat lama di INTEC dulu, dia yang waktu sekolah rendah kelas belakang belakang, tak macam saya yang kelas pertama dari darjah dua sampai darjah enam,  tapi saya jumpa dia sama-sama buat persediaan untuk terbang jauh. Perspektif? Tak sama pandangan saya melihat hidup waktu umur sepuluh tahun dengan umur dua puluh tahun. Waktu dulu nak beli patung Barbie tak cukup duit, pernah berazam yang akan beli bila mampu sebelum akhirnya sedar bila saya mampu saya takkan berminat kepada perkara yang sama. Sampai hari ini. Sampai bila-bila. Keperluan kita tak sama, begitu juga pandangan kita tentang hidup. Soalan saya, siapa yang define kejayaan? Waktu dulu kejayaan adalah belajar sampai menara ga

Awak, jangan merokok

Salahkah kalau saya sebagai kaum perempuan mengharapkan bakal suami nanti bukan seorang perokok mahupun vaper atau penghisap shisha? Ya manusia tidak sempurna. Golongan yang tersebut pasti saja tidak senang malah jengkel dan gatal tapak kaki membaca perkara yang menjentik apa saja yang kita lakukan. Tapi sungguh. Saya sanggup. Saya sanggup makan sayur hari hari. Saya sanggup masak 3 kali sehari. Saya sanggup kemas rumah semua asalkan awak tolonglah bukan seorang yang melakukan mana-mana dari tiga perkara tu. Menjadi seorang perempuan atau lelaki, terlalu banyak yang sering kita dambakan dalam impian, dengan sedar seadanya kita akan mampu menerima sebahagian kita nanti. Soleh, boleh jadi imam, boleh ajar mengaji, penyayang, hormat orang tua, suka kanak-kanak, pandai masak, tolak ansur, boleh tolong kemas rumah, berkepimpinan, cool, dan banyak lagi senarai lain yang mungkin penting mungkin saja tidak. Kita pun tak sempurna. Tapi tolong awak. Tolong jangan merokok. Shisha pun. Dan v

Karom tidak karam

Imej
"Astaghfirullah. Apa ni?"  Mungkin sebab baru lepas disakat beberapa orang lain, budak lelaki ni laju saja meletakkan target menyepak gadis itu yang kebetulan lalu, dalam perjalanan untuk satu mesyuarat. 'Dah kenapa budak ni? Padahal elok hari tu bersembang dengan aku siap tunjuk gigi yang tersusun rapi.' Satu lagi sepakan ditujukan ke arah kaki yang berkain kurung. Rifleks. Sepak balik. Terus si kakak yang tadi cuma melihat tidak berapa jauh meningkah perbuatan gadis tadi. Laju pula budak lelaki ini cuba menyerang lagi, spontan dua tangan gadis itu menangkap atas sikunya lalu dipulas. Cukup sekadar memberhentikan langkah budak kecil yang tadi berani, sekarang takut-takut. Tak berjaya bertindak agresif, mulut comel kedua-duanya bertubi-tubi membebel dan menghentam, kata-kata marah, 'mengadu dekat umi aku!' dan 'Allah melaknat kamu,' Muraqib menghampiri, meleraikan. Budak kecil disuruh pergi. Dalam kepalanya lain. Masih sebal dengan kaki

jendela yang terbuka. luas.

Imej
"Kalau tak ada penambahbaikan dari sudut yang sama, maka itu baru masalah. Tapi andai muncul salah baru, itu salah yang ditakdirkan."

biarkan aku di belakang pintu

Imej
Kesimpulannya,  mungkin dia sudah sampai ke takah di mana tidak lagi merasa ingin berbakti kepada sesiapa melainkan diri sendiri. Aneh, sebelumnya berbakti kepada orang lain adalah bakti kepada diri sendiri. Tangan yang memberi juga akan mendapat. Sekurang-kurangnya, bakti yang ingin dia buktikan. Bukan bakti sekadar tolakan yang mungkin, mungkin saja hati dan jiwanya ada, menurut akal yang selalu saja terbatas. Tapi mungkin bakti yang jiwanya pernah hidup, subur, namun telah mati ditebas waktu dan realiti diri sendiri terlalu ampuh untuk berbakti kepada apa-apa, kepada siapa-siapa. Bilakah saatnya dia ingin menikmati makanan dengan mata terpejam keenakan jika perutnya selalu penuh? Bilakah dia ingin menikmati wangianmu jika dia mencium aroma semerbak saban waktu? Bila pula dia bisa memegang erat andai semuanya, dan segalanya ingin dimuatkan dalam dua tapak tangan? Pernah tiba satu masa dia ingin rasai semuanya. Sudah tiba pula masa dia ingin fahami apa yang dirasai. --- Mu

Lahir dan mati waktu aku masih di sini

Imej
Ketidakberuntungan paling besar pernah terjadi kepada manusia manusia seperti kita yang jauh dari pertiwi adalah keterbatasan khabar dan perbezaan dimensi waktu. Menuntut kehilangan yang hampir saja tak terasakan, mahupun kebahagiaan yang di hujung hati. Baik menyambut berita kematian, kelahiran, kedatangan orang baru dalam keluarga mahupun pemergian sesiapa. Ya, kitalah yang paling terasa. Menjadi orang dekat yang paling jauh. Memperkenalkan nama dan identiti kepada keluarga sendiri, asyik, usai sekian waktu berlalu. Masih meninggalkan kita jauh, terperangkap dalam masa-masa yang lama. Sambil akal selalu cuba untuk tidak pernah mengalah, menuntut untuk mengalami hakikat sama dengan manusia atas bumi dan tanah yang satu. Ya, kita di bawah langit yang sama. Tapi sayang, kita tak melihat bulan dan bintang dari sudut yang serupa. Bukankah kita masih ada lautan yang memisahkan? Tapi bukankah kita terpisahkan untuk satu alasan? Yang harus kita buktikan? Ironi. Fikiran tent

Segelas susu panas dan dua biji panadol.

Sebab tempat paling terpencil boleh aku bercerita adalah di sini, daerah paling sunyi. Kalau ibu ada dekat sini, mesti ibu dah buatkan bubur panas, paksa makan walau tak ada selera macam mana pun. Kalau ibu ada dekat sini mesti ibu dah sibuk sejukkan kepala kita dengan tuala basah. Kalau ibu ada dekat sini mesti ibu dah picit picitkan kepala, urut urut badan sebab kita loya. Kalau ibu ada dekat sini, ada orang nak tepuk tepuk, urut belakang tengkuk bila kita nak muntah. Tapi ibu tak ada dekat sini. Terima kasih Tuhan, sebab aku masih punya ibu walaupun di bumi jauh. Masih sempat tahu dibelai ibu saat sakit dan jatuh. Entah kenapa rasa sedih sangat tiba-tiba. Mungkin sebab hari pertama sekolah, dan aku mulakan dengan kepala berdengung dan telinga berdesir tanpa henti. Mata yang berkerjip perlahan minimakan cahaya pun masih mampu buat otak gegar tanpa simpati. Belum kira angguk kepala bila doktor cakap, atau gerak kanan kiri. Hari pertama sekolah, yang kurang bercahaya

Memintal bintang-bintang pagi

kita kehabisan gasolin berlaga pada kerikil waktu meruntuhkan gerabak kau percaya sekian lama kini remuk menyerak kebodohanmu satu persatu menyepai temulang setia, dan serpih harapan kau menuju gemintang yang kutanam pada bayang bayang. irbid, jordan.

Dinihari

Aku bangun dinihari memikirkan serigala tadinya kubunuh tanpa pisau di tangan cuma bucu bantal, peluh dan siang. Aku bangun dinihari memandang bulan sesaat di dahi  sebelum kelam meraba malam, sepotong harapan dan lena. Aku bangun dinihari dengan gula-gula penuh genggaman yang kubuka perlahan melihat selimut remuk dan hujan. 2.22 dinihari, 16092015. Irbid, Jordan.

Catatan Nihil Kafe : Lelaki Bernama Merdeka

Imej
Aroma kopi hangat yang diseduh sebati dalam hawa dingin kafe yang sejuk sebelah bahagian saja masuk ke rongga hidung sambil merangsang tiap-tiap sel deria, buat perut yang tak lapar jadi berkeroncong, justeru memaksa tampang sederhana itu mengangkat punggung dan menuju ke kaunter, membuat pesanan. Musik jazz dan country yang sedari mula menghidupkan kami rancak tetapi masih tenang, dimatikan sebaik saja azan Isya’ berkumandang. “Gila lah! Kes ni lagi dahsyat! Lab assistant tu salah buat report cakap patient tu kanser dekat rahang kiri. Sampai lima kali buat surgery, at the end of the story kau tahu apa doktor tu cakap?” “Apa?” “Ada dua berita. A good news and a bad news.” “So what is it?” “The good news is, you are now cancer free. And the bad news is, you never had cancer at the first place.” Gila. Dunia ni memang gila. “So apa jadi dengan doktor tu?” “Tak cerita pula dalam artikel ni,” Hmm. Nak salahkan siapa kalau malpr
Yang pertama sebagai pertama atas segala menyusul sampai usai letakkan pada hak atas datang semua belum selesai serabut tidak untuk waktu depan tak sesal terjerut kepala, hati berhatihatilah.
Ada orang berfikir terlalu dalam sampai akhirnya mereka tak berbuat apa-apa. Ada orang tak berfikir dan mereka melakukan semuanya. Lalu antara mereka dan mereka, siapakah yang gila? Atau aku?

dua peristiwa yang menceraikan aku satu satunya

Peristiwa satu: Satu alasan kenapa kita boleh jatuh cinta berkali-kali pada bumi Syam. Langitnya cantik tak terlukiskan, awan gemawannya tebal  dan  rendah.  Juga selalu boleh  menampakkan bayang jelas matahari  yang  kadang bersembunyi  kadang garang mencalak  terang.  Malam jarang sepi dari bintang yang berjuta,  rembulannya malah dekat sekali  seolah boleh dipetik. Kalau berkesempatan sampai ke tempat ini, jangan berkurung  di rumah saja.  Cari waktu menengadah ke langit, tuah kita ada  rahmat bisa diturunkan dengan doadoa. Ada masa cari lapangan untuk alam ini ditadabur puas.  Ada waktu boleh saja kita sama membaca buku  dan berceritacerita di bawah bumbung luas.  Kalau masih ingat Tuhan beri kesempatan hebat untuk kita sama bersenang,  berhimpun  di bawah langit sama --- sekejap lagi. Tuhan yang Maha baik. Diberinya kita cuaca yang  sedap, angin yang selesa, untuk kita sama raikan. Maka nikmat Dia yang mana lagi kita dustakan? #UNITE Peristiwa dua:

Oxymoron

Kita menadah dua kantungan mata merejam malam yang gelita  sambil di tangan ada nota tersisa lalu yang kita lihat cuma rasional  istirahat  bekal penat sebelum kita sedia terbang pulang  ke dakapan bonda. Kita pejam rapat dua kelopak mata sambil ada doa  terkirim bersama sendalu musim panas yang beku mengharap tenang lalu  terbuai lena tapi yang datang cuma peperiksaan akhir yang terbayang-bayang. Ah, celaru.  ----  Kertas Akhir, Head and Neck Anatomy, 10.45 pagi, 8 Jun 2015. *tulisan lama*

Kayuh

Kitalah pelaut rezeki pada angin dan ombak dayungan ketengahkan tenang muara kembali bergenang menanti matari surut dek payah bertebing tidak. Sembari lelah kita mengayuh Perahu dimudik tak sedar jauh. Day 5. Plitvička Jezera, Croatia-Balkan.

AIMDS

Apa kau tak punya pilihan atau kau sendiri memilih untuk tidak memilih? Kau yang mahu setia dalam kegelapan yang Tuhan ciptakan, atau ada yang lain kau cari dalam kegelapan ini? Oh ya, terlupa aku dengan cereka yang mega lagukan tak lama dulu. Kekasih yang kau nantikan ada selalu melihatmu cuma pada malam hari, tak hairanlah kau tak lelah memilih untuk bersembunyi dari matahari. Maksud kau, si penipu yang cuma tahu melantun cahaya yang bukan miliknya di atas sana? Hah! Teruskan kau sama tertipu, sama macam manusia-manusia bodoh yang senang-senang mengaitkan aku dengan keanehan yang mereka sendiri cipta, dicanang tukang-tukang karut menghias pesta-pesta keraian. Lalu aku yang terus-terus dianehkan. Keanehan apa yang kau maksudkan? Tentang kisah percintaan terlarang kau dengan puteri berjuluk Selena menurut mitos Yunani itu sampai menyebabkan kau tercampak ke bumi dan disumpah menjadi hodoh begini, atau kisah ibu bapamu yang tersadai di langit sejak kau dilahirkan? Hahah

Turns twenty is not that bad, kan?

Imej
Kalau menjadi bahagia adalah satu dosa, maka akulah manusia paling berdosa.