Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Ilusi

Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Malah tak satu manusia pernah memahami sebegitu yang kita fahami. Perasaan adalah tanggungan. Kita rela menjadi hamba kepadanya. Sedangkan ada jalan untuk meluahkan, tapi kita pilih untuk menjauh atau berpura-pura. Luka belum pernah sembuh. Kita, tetap tak mahu belajar berkata tentangnya. Kau tahu, ada pengertian mereka yang belum kau telusuri, seperti pengertianmu yang kau simpan sendiri. Biarkan, biarkan begitu. Sayang. Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Tak sesiapa boleh membaca kita. Tak sesiapa melangkah masuk tanpa pintunya dibuka. Ini, bukankah sudah termaktub dalam kitab hidup? Tapi ini, masih satu lagi pengajaran yang cuma dipelajari dari peristiwa.

Menurunkan Pengalaman

Imej
Hal pengalaman ni banyak yang terbuku di dada dan dibaca di mata. Sebanyak mana yang kau tulis pun, tak akan sama dengan apa yang bersemadi dalam sosok tubuh kau. Ya. Aku tahu kalau kita jujur berkongsi, perjuangan harus lebih meneroka kepahitan dari cerita bahagia yang kita tulis. Kepahitan ini, perasaan paling tak didambakan, tapi yang sebenarnya paling kita fahami. Tapi manusia nyata lebih suka membaca dan mendengar hal yang manis dan baik - lebih positif. Kerana itu, aku takut untuk menulis lebih jujur. Kerana kita akan kelihatan seperti seorang perempuan yang merungut. Kerana yang kita rasai dalam perjuangan, adalah kepenatan, ketakutan, dan hati yang merusuh. Lalu jalan ini, mengapa masih kita teruskan? Kerana kita sebenarnya sedang menumbuhkan diri sendiri. Kita sedang belajar mengelak dijerut hidup dan merajutnya kembali.

Lelaki lelaki lelaki!

Seorang perempuan, harus lebih berjaga-jaga dari lelaki. Ya, itu pasti. Kata-kata nasihat yang boleh dilemparkan kepada lelaki, harus dibaling dua kali lagi buat perempuan. Kerana pandangan masyarakat begitulah, perempuan selalu boleh menjadi murah begitu mudah. Perempuan, meski berjaya kerana keringatnya sendiri pun, ditakdirkan sedang berkawan dengan seorang lelaki, tak mustahil mulut orang mengata dia berjaya kerana orang lelaki itu membawanya ke depan. Kerana pandangan masyarakat begitulah, perempuan selalu boleh menjadi murah begitu mudah. Hairan kan? Lelaki yang fitrahnya harus melindungi, malah banyak yang berkeliaran menjadi gasar, bersiulan atau membuat kacau. Lelaki yang fitrahnya biasa di depan, kadang-kadang menjadi pondan atau pengecut dan takut menyusun barisan. Tapi bila ada perempuan yang berani dan bermimpi, kudratnya malah disorok di bawah jasa lelaki. Semuanya lelaki. Lelaki lelaki lelaki! Iya, macamlah perempuan tak boleh berjaya tanpa bantuan. Macamlah lelak