Mimpi yang tak dirindukan
Banyak yang buat saya terinspirasi. Begitu banyak. Tapi saya tak ceritakan kepada sesiapa. Nasihat dan pandangan, bosanlah kalau diselitkan setiap perbualan setiap perkara, biasanya. Perkara yang saya sudah tahu, perkara yang banyak orang tahu, kita dengar sebab kita perlu dengar, bukan sebab kita mahu dengar. Untuk saya yang tak berapa suka orang menyuruh saya lakukan apa yang memang saya rancang untuk lakukan, pengalaman begitu biasanya tak menarik. Tapi tidak untuk beberapa malam ini. Tidak daripada lelaki itu. Bukan selalu saya seperti ini. Entah sebenarnya syaitanlah yang menjadikan suara lelaki itu halwa di telinga saya, atau angin mana yang buat saya rasa begitu selesa. Saya yang teringin lama untuk ada seorang abang dalam hidup, kita masih kawan, atau saya tak sedar sebenarnya saya tak sengaja biarkan diri sendiri terpercaya untuk melibatkan perasaan perempuan terhadap lelaki. Ada sesuatu yang telah berlaku. Dia berlaku begitu pantas dan cuma sebentar, singgah seperti mi