Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

AIMDS

Apa kau tak punya pilihan atau kau sendiri memilih untuk tidak memilih? Kau yang mahu setia dalam kegelapan yang Tuhan ciptakan, atau ada yang lain kau cari dalam kegelapan ini? Oh ya, terlupa aku dengan cereka yang mega lagukan tak lama dulu. Kekasih yang kau nantikan ada selalu melihatmu cuma pada malam hari, tak hairanlah kau tak lelah memilih untuk bersembunyi dari matahari. Maksud kau, si penipu yang cuma tahu melantun cahaya yang bukan miliknya di atas sana? Hah! Teruskan kau sama tertipu, sama macam manusia-manusia bodoh yang senang-senang mengaitkan aku dengan keanehan yang mereka sendiri cipta, dicanang tukang-tukang karut menghias pesta-pesta keraian. Lalu aku yang terus-terus dianehkan. Keanehan apa yang kau maksudkan? Tentang kisah percintaan terlarang kau dengan puteri berjuluk Selena menurut mitos Yunani itu sampai menyebabkan kau tercampak ke bumi dan disumpah menjadi hodoh begini, atau kisah ibu bapamu yang tersadai di langit sejak kau dilahirkan? Hahah

Turns twenty is not that bad, kan?

Imej
Kalau menjadi bahagia adalah satu dosa, maka akulah manusia paling berdosa.
Tuhan tak kirimkan angin untuk bisikkan kejatuhan tapi selalu tersampai cerita-cerita langit tentang bahagia sedihnya di telinga manusia cuma menangkap kisah sedih yang tak habis.

Cinta

Matari tak pernah kabarkan kepada kita tentang sakitnya terbakar begitupun titis hujan tak pernah mengeluh perihal sakitnya terjatuh Cuma kita yang letih berkali-kali tak bahagia memeluk kehangatan mahupun menari di kehujanan merungut saat musim panas mengungkit waktu musim sejuk di bawah bumbung rumah. 11.11 pm 13042015

Kelok

Ini kisah perahu dikemudi dagang ke hulu kelok kehidupan yang melekit. Melihat sisi gelap anak-anak lapar di tebing laju dia mendekat ghairah menyuluh Melihat sisi sempit ibu-ibu letih di tebing laju dia mendekat ghairah menabur Melihat sisi sunyi bapa-bapa keluh di tebing laju dia mendekat ghairah menghulur Melihat sisi rontok pokok-pokok layu di tebing laju dia mendekat ghairah mengucur Iya ghairah dia menyinggah menyuluh menabur menghulur mengucur segala yang dia tidak ada mengharap pahala terbanting di tebing-tebing. #HIMPUNsatulima #eksperimen #maafCikgu #SayaLetakBumper #TakSengaja #ehCikguCakapTuBukanBumper #CikguPujiLagi #Ehh

C.E.R.I.T.A. C.I.N.T.A. 1515

C.E.R.I.T.A. C.I.N.T.A. 1515 Aku budak pelik. Aneh. Dari kecil lagi. Kerjanya membaca, membaca, membaca. Seolah-olah membaca itu cinta. Buku adalah syurga. Tempat aku mengenal dunia. Kalau orang lain suka tonton televisyen, aku suka baca buku walau menarik macam mana pun siaran kartun waktu tu. Tak ingat sejak bila mula membaca, tapi ibu ayah bangga sangat, anaknya membaca laju bila saat orang lain baru mula belajar mengeja. Ya, aku mula belajar bercinta awal, berbanding orang lain. Fasa aku mendahului sesiapa yang sebaya. Bila orang lain mula membaca dan berjinak-jinak dengan tulisan berwarna-warni penuh ilustrasi, aku memeluk ensiklopedia kanak-kanak dalam dakapanku. Tapi keluarga bukan orang senang, semuanya dapat dari perpustakaan, sebab ayah suka kami membaca. Seingat aku, buku pertama yang aku miliki sendiri (yang betul-betul buku), Buku Siri Penyiasatan Tujuh Sahabat (ke Siri Tujuh Penyiasat, tak ingat dah). Mama dan abah yang hadiahkan, masa ni kami masih tinggal di rumah s

Kepalsuan

Imej
KEPALSUAN Kau kabarkan padaku cuma yang indah-indah tanpa sempat aku mengerti makna bobrok dunia  Kau gambarkan padaku cerita-cerita suka tanpa sekelumit tanda babak-babak sedih di hadapan  Kau nyanyikan untukku lagu-lagu cinta tanpa aku tahu kebisuan yang tak mampu didendangkan  Kau tinggalkan untukku kebisingan dan suara manusia tanpa sempat kau ajarkan kesunyian dan kekuatannya menaklukkan Yang kau tinggalkan untukku cuma senyum dan tawamu sebelum sempat aku fahami arti kesedihan  Fikirmu yang kau mahu hanya kebaikan tanpa kau tahu hanya sengsara yang memelukku untuk belajar kejelikan semuanya sendirian. NH Hatta 24032015 11.00 malam,  Jordan.

Rancu Rasa

Imej
Perasaan adalah malam langkingnya menyembunyi merancu seribu beda di wujud, sama mengundang kebingungan nan aneh. Siang menyungging senyum malam menadah redum kelmarin mencalak cemerlang besok cemperanya hilang sekejapan merasa disayang sekarang bergalau walang menyapa yang tidak-tidak datang melawan kehendak sesak menghimpit esak cegatnya tak berpasak. Kalau nanti kalut taufan meragas, sedikit pun sendalu mencumbu pilu tampangnya kan rontok, kedang Rebah, Modar, Hampa. NH Hatta 1.30 pagi, 30 Mac 2015, JORDAN.

TAKAH ORANG KELILING KAU

" Dalam dunia ni, ada tiga jenis teman. Satu, kenalan. Orang yang kita pernah kenal secara langsung mahupun tak langsung dalam hidup kita. Contoh, pergi perlawanan debat. Berkenal-kenalan dengan pihak lawan dalam pertandingan tersebut. Lalu mereka menjadi kenalan. Ada dinding yang besar antara kita dan kenalan. Dua, kawan. Orang yang boleh buat kita menjadi diri kita di hadapan dia. Boleh ketawa bersama. Boleh menangis bersama. Boleh berkongsi apa yang kita rasa. Contoh, kawan-kawan kita sekarang ☺. Dinding kita dah tinggal separuh 😉. Tiga, sahabat. Orang putih cakap 'soulmate' atau 'another half'. Kita cakap, sebahagian dari diri kita pada jasad yang lain. Orang yang faham apa yang kita rasa tanpa perlu kita kongsikan. Orang yang menangis melihat air mata kita. Dan orang yang tersenyum melihat ketawa kita. Dan yang paling penting, sanggup menerima kita sebagai diri kita. Dinding? Tinggal sejengkal (?). *tipu la kalau takdak rahsia yang disimpan untuk diri

A part of TFTN

Some people even asked, "What is the need to teach this Syrian children our language? " Dan jawapan saya, Kita hidup dalam kalangan mereka sekian lama. Dan populasi pelajar Malaysia di sini bukan sedikit. Sepertimana kita ajar kawan-kawan Arab bahasa Melayu mudah seperti 'Selamat Pagi' dan 'Terima Kasih' apabila ditanya, apa salahnya kita memperkenal dan mempromosi barang sepatah dua ucapan mudah dari Bahasa Melayu? Bahasa ini indah. Bahasa rumpun yang ditutur sekian lama. Bahasa mahsyur yang tersebar dulu seluas-luasnya. Lingua Franca yang pernah diangkat dan dibangga, Kenapa sekarang kita rasa tak kena? Untuk berbahasa dengan bahasa ibunda? Bahasa tanah air kita? . . Tapi. Masih banyak perlu belajar bahasa Arab lagi 😂 http://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=RAsWE-bf3nM

Falsafah Syai

Imej
Falsafah Syai: "Pelik kan, seluruh dunia menikmati teh, air yang tercipta dari rendaman daun kering, Jepun, Jerman, teh mat Salleh mahupun syai di negeri Arab ini. Aneh sungguh. Kerana dalam dunia yang berebut bermacam hal ini, perang dan politik, syai tetap mampu berada dalam dunianya sendiri. Tak ada yg bergaduh, mengakui teh ini milik siapa. Sama merasa. Sama berkongsi." "Mungkin itu yang membuat aku sukakan syai, hanya ketika mencicip syai aku dan dia saling bersetuju, biar fikrah kami saling membakar."  - Shafiq Said . "Syai tidak pernah memperkenalkan dirinya. Ia rela dihirup saat hangat sukar mahupun suam selesa. Tidak pernah membela diri. Rela disimbah jika tidak digemari, sanggup dicicip jika enak ditemui. Walau syai berbilang warna, bau dan rasa, ia tidak pernah memarahi peminumnya. Maka, minumlah ia dari sudut yg engkau, aku gemari" - Muhammad Bazli Rasli . "Syai itu enak bukan kerana maniskan gula yang digunakan, ayunya si pemb

RABIT HARAP

Imej
Katamu gerimis ini anugerah untuk aku dikirim Tuhan mengusir resah, geresah Katamu hujan adalah pengharapan buat si pikun melanting menyeduh lega dingin siulan anak-anak merdeka basah di guyuran menjompak sorai keriangan Di cupingku kau bisik kelok lumpur langking mahu kau jernihi dengan bening langit lalu fikirku kau mahu sama basah menadah kehausan Aneh, saatnya piama menghilang di lazuardi tinggi, kau mencalak cemerlang, memukau bambang merawan mulia melempar senyum terang mengguyur cahaya, bahagia berbekal harapan yang kau rajut sebanyak itu juga aku kecewa basah.  dan aku masih di sini, basah. Kau tanya ‘kenapa aku tak ikut mencalak sama?’ usai kau tanam harapan buat hujan kau paksa aku bermimpi menggapai terikmu? sejuk dan panas takkan pernah di pojok sama seperti itu aku terasing dari kubu yang kau bina Kerna tangan yang kudepang semalam hari ini memeluk kehilangan, mimpiku yang selamany

Kutub Khanah: Bas Mini

Kutub Khanah: Bas Mini : kerusi belakang. bas mini ke Amman. kecil usang, aku duduk bersilang kaki menghirup segar pagi - dan matahari meredakan kantuk yang ber...