Lelaki lelaki lelaki!
Seorang perempuan, harus lebih berjaga-jaga dari lelaki. Ya, itu pasti. Kata-kata nasihat yang boleh dilemparkan kepada lelaki, harus dibaling dua kali lagi buat perempuan. Kerana pandangan masyarakat begitulah, perempuan selalu boleh menjadi murah begitu mudah.
Perempuan, meski berjaya kerana keringatnya sendiri pun, ditakdirkan sedang berkawan dengan seorang lelaki, tak mustahil mulut orang mengata dia berjaya kerana orang lelaki itu membawanya ke depan. Kerana pandangan masyarakat begitulah, perempuan selalu boleh menjadi murah begitu mudah.
Hairan kan? Lelaki yang fitrahnya harus melindungi, malah banyak yang berkeliaran menjadi gasar, bersiulan atau membuat kacau. Lelaki yang fitrahnya biasa di depan, kadang-kadang menjadi pondan atau pengecut dan takut menyusun barisan. Tapi bila ada perempuan yang berani dan bermimpi, kudratnya malah disorok di bawah jasa lelaki. Semuanya lelaki. Lelaki lelaki lelaki!
Iya, macamlah perempuan tak boleh berjaya tanpa bantuan. Macamlah lelaki boleh berjaya tanpa dilahirkan!
Jangan silap faham. Perempuan dan lelaki saling perlu. Tapi jangan lupa. Kalau dunia memijak lelaki satu kali, mereka sedang dua kali memijak perempuan! Kalau dunia ada menghina lelaki satu kali, mereka masih menghina perempuan berkali-kali!
Malah bila dunia mengangkat kejayaan lelaki satu tangga, mereka mengangkat wanita separuhnya! Kerana lelaki berjaya, dia berjaya. Bila perempuan berjaya, dia perempuan berjaya! Malah boleh dituduh, berjaya kerana lelaki!

Ulasan
Catat Ulasan