Kemarahan buat Laila

kau tak berusaha untuk mendengar pun. tidak walau sepicing. kau tak mahu dan tak cuba mendengar. dengar. perkataan dan perasaan ini keluar kerana sesuatu, kau tahu. betapa tidak pentingnya perkataan dan perasaan aku ini untuk kau dengari, bukan sekali dan entah bodoh aku masih percaya yang kau adalah kawan. perkataan dan perasaan manusia ini kau buat semacam tembok yang tidak bererti, atau batu jalan kau kuis kerana tidak penting. tak guna kau, perempuan. munafik kau dengan topeng seolah kau begitu baik dan mulia sambil kau bertopang ego seperti kau matahari begitu sempurna dan kita cuma listrik kecil, tak cerlang sepertimu.


ya aku marah. kekecewaan takkan pernah dibuahkan oleh seseorang yang tidak memegang apa-apa erti dalam peti hayat yang begitu rapuh, tapi aku percayakan untuk dimusnahkan orang seperti kau. apa kau fikir kau Tuhan? Tuhan pun tak memandang rendah hati orang, Tuhan pun tak pernah memijak perasaanku begini.


ya. selain tidak mendengar. kau adalah seorang yang tidak peduli, tidak kesah dengan pendapat dan keinginan orang. tidak akan setia bila aku tertinggal di belakang, tidak pernah tahu aku perlahan kerana kasut yang merobek, tidak terjentik sekumin juga bila aku menderita kesakitan. entah kenapa manusia memandangmu begitu baik. mungkin kau benar-benar baik sampai kau memandang orang lain di bawahmu, tidak penting dan tidak sebaik engkau yang baik. iya, engkaulah yang paling mulia atas muka bumi Tuhan.

entah kenapa aku begitu marah dan dendam begini. mungkin kerana kau menghenyak aku bukan sekali. dan tak pernah juga kau peduli luka yang kau sayat.


18012017
Mekah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu