Menurunkan Pengalaman

Hal pengalaman ni banyak yang terbuku di dada dan dibaca di mata. Sebanyak mana yang kau tulis pun, tak akan sama dengan apa yang bersemadi dalam sosok tubuh kau.

Ya.

Aku tahu kalau kita jujur berkongsi, perjuangan harus lebih meneroka kepahitan dari cerita bahagia yang kita tulis. Kepahitan ini, perasaan paling tak didambakan, tapi yang sebenarnya paling kita fahami.

Tapi manusia nyata lebih suka membaca dan mendengar hal yang manis dan baik - lebih positif. Kerana itu, aku takut untuk menulis lebih jujur. Kerana kita akan kelihatan seperti seorang perempuan yang merungut. Kerana yang kita rasai dalam perjuangan, adalah kepenatan, ketakutan, dan hati yang merusuh.

Lalu jalan ini, mengapa masih kita teruskan?

Kerana kita sebenarnya sedang menumbuhkan diri sendiri. Kita sedang belajar mengelak dijerut hidup dan merajutnya kembali.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu