Ego

Jadi aku pelik dengan manusia yang bertuhankan ego ni macam ego dia adalah segala-galanya dan lebih penting dari banyak benda. Semua orang ada ego. Ego diperlukan untuk kau boleh berdiri tegak, tapi bukan untuk kau jadi bodoh dan jatuh lebih bawah.

Sebenarnya bila cakap pasal ego memang tak ada siapa akan kalah, malah kau tak akan menang pun. Tapi sekarang kalah atau menang sudah tak penting. Lebih bodoh kalau sibuk cari salah orang sebab kau rasa kau paling betul, sebab siapa salah siapa betul pun tak penting.

Masalahnya sebab kau tak mahu percaya yang semua orang ada kelemahan termasuk kau, dan kau nak tunggu orang lain mulakan dulu akui kelemahan dia. Selepas tu kau nak rasa menang. Ego kau ni.

Biar aku beritahu satu rahsia. Manusia ni, kalau kau bijak, kau perlu beri kepada dia kalau kau mahu dia beri kepada kau. Kalau kau nak menang, kau kena nampak tak membahayakan, kau rendah; dan dia tak kesah untuk rendah. Tapi masa itu ego kau dah tak penting lagi walaupun kau menang. Kenapa kau menang? Sebab masa itu ego dia juga dah tak penting.

Kau nak menang sangat kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu