Takut
Dah lama aku tak rasa macam ni. Dulu, aku tak sabar nak balik Malaysia buat kerja-kerja ni. Sebab di sini susah, libatkan diri dalam TFTN For Syria tapi aku tak boleh bercakap bahasa Arab dengan budak-budak ni, aku sedih, aku rasa helpless. Nak mengajar nilai hidup macam mana kalau bercakap macam ayam dengan itik?
Sekarang, aku dah boleh bercakap bahasa Arab sikit-sikit dengan budak-budak ni tapi hari ini aku kembali ada rasa yang sama. Aku tak sabar nak balik Malaysia buat kerja-kerja ni. Sebab aku dah faham susah buat kerja ni di negara orang, untuk bantu orang yang bukan warganegaranya pula. Tak disokong. Macam-macam mehnah. Kejap nama naik kat sini, kejap nama naik kat situ. Tambah pula untuk orang yang penakut macam aku. Dari kecil jenis macam pembaris, takut buat salah.
Sebenarnya aku nak cakap pasal takut.
Takut aku ni tak berasas, sebab kata orang kami tak buat salah. Kenapa nak takut kalau tak buat salah. Tapi semua orang lupa, dunia kita sekarang dah keji. Orang-orang tak bersalah yang dihukum.
Meh aku ulang.
ORANG-ORANG TAK BERSALAH YANG DIHUKUM.
Ya. Bila dah besar ni baru aku tahu, tak semestinya orang yang buat salah saja yang dihukum. Tak percaya? Tengoklah di mana-mana.
Jadi sebenarnya takut aku ni berasas.
Aku fikir. Benda takut ni perlu ada penyelesaian. Takut ni satu mekanisme badan kita yang terhasil bila kita mengesani bahaya atau risiko. Bahaya atau risiko tu termasuklah kerana kau buat benda yang betul atau salah. Jadi kalau takut, apa yang kita kena buat?
Takut ni cuma satu perasaan. Dia tak tinggalkan kau apa-apa label. Sambil buat sesuatu perkara tu, kau boleh buat dalam keadaan takut. Ini tak terus menjadikan kau penakut.
Kalau kau penakut, kau tinggalkan. Kau tak buat.
Tapi kalau kau masih lakukan apa yang kau lakukan, kau selesaikan masalah kau, kau pertahankan apa yang kau perlu pertahankan, kau berani. Perasaan takut dalam hati kau tak cukup besar untuk halang kau buat apa yang kau buat, dan kau tak lari, kau berani.
Aku rasa inilah penyelesaiannya.
Kau rasa kau takut, tapi kau hadapi risiko kau, kau buat kerja kau, kau, sedang menjadi berani.
Jadi kalau takut, apa yang kita kena buat?
Kita jadi berani.
Nota kaki:
Tapi jadi berani pun kena fikir, jangan berani semberono. Jadi berani bukan jadi bodoh.
----
Selingan. Satu benda yang macam klise juga orang dengar, tapi benda ni tak pernah gagal buat aku jalan terus (walaupun jalan ke tandas asrama pukul 3 pagi sebagai seorang yang takut).
Dalam dunia ni ada satu kuasa yang lebih besar dan lebih besar dari apa-apa saja. Kuasa Tuhan. Aku percaya ni. Serius, dia macam magik. Kita takut macam mana pun, kita boleh survive sebab percaya ni. Sebab takut atau berani ni berkait dengan hati dan minda. Ini semua permainan hormon, dan iman. Eh.
Berancu betul benda dalam kepala aku. Sebenarnya aku tulis ni sebab aku nak yakinkan diri aku yang aku berani je. Kahkah. Takpun aku nak yakinkan kau yang kau berani.
Sebab dalam hidup, bahaya dan risiko besar sentiasa di depan.
Itu, kerana kita hidup.
Itu, kerana kita menghidupi kehidupan.
💪💪💪💪💪

Ulasan
Catat Ulasan