Budak takut doktor gigi

10.10.2016.

Saya belajar yang budak kecil memang takut dengan segala benda di klinik gigi walaupun harini saya klinik Oral Radiograf saja, minggu lepas saya klinik

1) Budak lelaki yang duduk di unit nombor 33 ni menangis sebab doktor yang rawat dia tak berjaya sorokkan jarum picagari ketika nak membius. Jadi masa rawatan jadi berganda nak pujuk dia saja sebab selepas dia mula menangis dia tak mahu berhenti dan tak percaya untuk biarkan doktor masukkan apa-apa langsung dalam mulut dia hatta cermin sekalipun.

2) Budak perempuan yang ada depan saya ni langsung taknak buka mulut untuk saya ambil x-Ray giginya. Takut sangat. Lama juga saya pujuk baru selesai. Itupun bitewing kiri senget sedikit. Doktor yang pantau saya sedikit memaksa dia sebab nak cepat, tapi saya pujuk elok elok. Jadi saya fikir sebenarnya dia takutkan doktor Arab tu, tapi bila dah selesai semua saya tanya dia takut siapa sebenarnya. Dia takut saya. Mungkin sebab muka pendatang asing (?).

3) Budak lelaki ni menangis teruk, ayahnya pujuk berkali-kali pun langsung dia tak mahu. Saya tak tahu apa kesudahan, dapat atau tidak doktor yang patut ambil x-Ray dia untuk buat begitu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu