CATATAN LAMA DARI COVILHA
Sifirnya mudah. Kita bercakap dengan bahasa kemanusiaan, bahasa kasih sayang.
10.30 malam, 3 Februari 2016.
Kami tiba di Stesen Bas Covilha yang sunyi. Tak ada apa-apa, cuma lampu dan jalan yang lengang. Saranan email yang saya dapat sebelumnya daripada pemilik Casa De Refugio kami turuti, naik teksi ke Rua do Grupo Recreativo Refugiense rumah nombor 27. Walhasilnya ya, kami tiba. Ke satu jalan yang juga lengang, sepi, lampu malap dan bangunan yang jendelanya bergelap. Malam tidak hidup di sini, tak ada apa-apa melainkan angin gunung yang memeluk kami rapat, dan resah.
Tapi pakcik teksi tak tinggalkan kami. Diketuk pintu bangunan besar berkali-kali, loceng ditekan bertubi-tubi tanpa sahut. Sebenarnya tak ada apa-apa tanda nama yang ini tempat yang kami cari. Tapi pakcik tak berhenti. Pakcik tanya nombor telefon, tapi aneh saya tak ada. Tak ada apa yang dapat tolong kami sekarang. Cuma ketukan yang masih bertalu, dan harapan.
Tiba-tiba datang seorang atuk dan seorang nenek yang kebetulan lewat, berhenti menyapa untuk risau bersama. Alahai. Sekarang kami berlapan berdiri menunggu. Menunggu untuk apa, kami masih belum tahu.
Sampai akhirnya lampu halaman dibuka, pintu dikuak, seorang wanita dan seorang lelaki dengan rob tidur terpisat-pisat melihat kami di depan pintu. Lalu mereka bercakap-cakap sesama mereka. Kami sudah salah rumah, saya pasti. Walaupun alamatnya sudah tepat.
Semua memandang kami. Wanita dengan rob tidur tebal itu kemudiannya suruh kami masuk dan bermalam di sini. Sudah. Kami bertukar pandang sesama kami sambil geresah. Takkan kami tumpang bermalam di rumah orang? Ini Casa De Refugio kata wanita itu, sudah betul. Mungkin ada dua tempat dengan nama sama di kawasan ini?
Tapi kami masuk.
Sesudah cuba merasa lega dengan 'No Problemo' atuk nenek tadi, kami ucapkan terima kasih. Dalam hati saya paling takut kalau wanita ini dan suaminya (fikir saya) ada bela anjing. Tapi kami teruskan dulu. Wanita tadi bawa kami ke belakang rumah, mungkin ada bilik kosong di rumahnya yang sebesar ini.
Satu bilik tiga katil, satu bilik dua katil, satu dapur, satu bilik air sebesar alam; satu kunci untuk rumah kecil ini, diserahkan ke tangan saya. 70 Euro. Lawak apakah yang cuba kehidupan sampaikan kepada saya di tengah malam begini? Bilik 70 Euro ini, bilik sama yang sudah saya tempah sebelumnya. Alahai. Kemudian saya tahu namanya Christina. Christina tak minta passport saya pun, dia beri password wifi dan nombor telefonnya untuk dihubungi kalau ada apa-apa. Saya ambil, walaupun kami takkan boleh menelefon sesiapa.
---
9.00 pagi, 4 Februari 2016.
Saya sedar malam tadi yang beg plastik hitam saya tertinggal. Tapi saya tak ingat tertinggal di mana. Kami sepakat ianya ada di dalam teksi. Jadi saya pasrah, kami hubungi semula pakcik teksi malam tadi untuk bawa kami ke stesen bas, dan mungkin saya boleh tanyakan tentang beg plastik itu selepas ini.
Sebenarnya kami semua tak pasti tentang apa-apa. Afi cuba periksa balik jadual bas yang kami akan ambil dari Covilha ke Madrid, tapi tak ada. Yang ada cuma dari Guarda ke Madrid, itupun sangat mahal. Tapi kami putuskan untuk teruskan perjalanan ke Serra Da Estrella dulu. Kami di Covilha pun, sebab nak ke sana. Kata orang, dan Google, Serra Da Estrella begitu cantik, lalu kami sanggup lakukan apa saja untuk ke sana, termasuklah sesat di Covilha ini yang tak ada bas untuk bawa kami pulang ke Madrid.
Pakcik teksi datang. Kedua-dua pakcik teksi malam tadi. Sebab kami berlima, tak muat untuk satu teksi saja. Tiba-tiba nenek malam tadi pun kebetulan melewati kami. Seperti semalam, dia berhenti. Lalu kami sama-sama berbincang tentang perjalanan kami ke Estrella, dan bagaimana selepasnya. Christina datang sertai kami. Kami sepakat begitu, 40 Euro untuk setiap teksi, laluan naik ke Estrella, dan pakcik teksi bawa kami ke Stesen Bas. Dari situ pakcik kata kami perlu ambil bas ke Guarda pada jam 1.30 petang. Bas ke Madrid sudah tidak ada. Mungkin kami perlu naik keretapi pada 1.30 pagi nanti. Dia keluarkan segala jadual bas yang dia ada, dan dia hubungi stesen bas juga.
Kemudian saya tanya pakcik, ada ternampak tak plastik hitam saya tertinggal dalam bonet teksi pakcik malam tadi? Tapi katanya tak ada. Mulanya saya fikir dia tak faham. Sebab yang datang dua orang, dia dan kawannya. Saya nampak muka kawannya tak sama macam pakcik teksi semalam. Tapi dia bersungguh betul yakinkan saya yang mereka berdua adalah orang yang hantar kami semalam, tapi plastik hitam saya tak ada.
Saya masih fikir mereka tak faham. Pakcik itu kemudian menelefon seorang kawan yang fasih berbahasa Inggeris untuk jadi orang tengah terjemahkan semua yang kami kata. Akhirnya saya yakin dan faham, mereka berdua adalah pemandu semalam, dan beg plastik hitam itu mungkin tak pernah sempat ada di dalam teksi ini pun.
---
Kami sudah pening. Saya memang dah agak jalan menaiki gunung Sera De Estrella pasti berpusing-pusing, tapi tak sangka sampai begini sekali kami loya. Pakcik teksi berhenti di setiap tempat cantik yang dia boleh berhenti sepanjang laluan kami ke puncak, untul bergambar. Tak ada salji. Sera De Estrella tak ada salji sekarang. Saya tak boleh naik kereta kabel mahupun main ski, sebab pusat peranginannya di puncak seakan mati. Tak ada apa-apa melainkan beberapa orang yang mungkin senasib macam kami. Untuk semua yang kami lalui, kami cuma habiskan masa 5 minit di puncak Estrella mengambil beberapa keping gambar. Tapi pakcik teksi berdua belum putus asa untuk cari beg plastik saya. Mereka menelefon stesen bas ke Guarda dan beberapa orang lagi, saya tak pasti entah berapa orang susah sebab ini.
Sebenarnya dalam beg plastik itu tak ada apa-apa. Cuma sehelai baju, sebiji topi, lima rantai kunci dan magnet peti sejuk. Mulanya saya fikir beg plastik itu ada segalanya-galanya sebelum saya perasan Jersey Neymar angka 11 yang saya beli di Barcelona sebenarnya masih selamat dengan saya. Saya sedar ini selepas kami sampai di Stesen Bas Covilha dan saya sudah pasrah, di sini wanita penjual tiket bas sudah menghubungi pemandu bas semalam, plastik hitam itu memang tak ada.
Pemandu teksi, Christina, atuk nenek semalam, wanita penjual tiket, tak satu pun boleh bertutur bahasa Inggeris. Tapi tak satu pun tak mahu membantu kami dengan sungguh-sungguh. Ayam dan itik tak saling memahami kerana bahasa lidah, cuma kita tahu pasti, kami guna bahasa manusia dan kasih sayang, sekurang-kurangnya itu yang saya nampak di mata mereka.
Sekarang sudah 1.20 petang. Bas kami mungkin tiba lagi sepuluh minit. Saya baru selesai baca Drebar Bas yang Nak Jadi Tuhan, tulisan Edgar Keret. Siapa tahu, mungkin esok hari saya juga boleh sampai ke hujung paip yang saya bina, atau miliki sendiri Margolis yang tak mahu saya pecahkan.
Kenapalah tulisan saya begini.
-----------------------------
Benda paling tak seronok masa travel; apa yang kita harap dan kita rancang, tak menjadi. Sangkaan kita yang tinggi tak terpenuhi.
Tapi benda paling seronok ialah bila Tuhan ganti dengan hal yang tak kita jangka. Contohnya tangan-tangan yang datang menolong tiba-tiba. Sangkaan buruk yang datang, hilang sebelum apa-apa.
Jadi, catatan lama ini dimuatnaik ke blog pada jam 3 pagi, 17 September 2016 oleh perempuan yang tak boleh tidur.

Ulasan
Catat Ulasan