Manusia Ngeri
Sebenarnya dah lama saya tahu yang iman bukan di Facebook, tapi di dalam hati. Tuhan juga bukan di Facebook untuk kita berdoa dan meminta, tapi sentiasa ada di mana-mana.
Jadi tak ada satu beban pun yang patut jatuh atas bahu mana-mana anak Adam untuk membuktikan diri sendiri di media sosial, melainkan kerana manusia. Tapi benar juga, banyak hukum-hukum yang diistinbat menjaga maslahat ini; mengelak fitnah, dan pentingnya mengambil kira waqi', adat, dan keadaan. Cuma itulah, yang biasa menjatuhkan hukum ini jarang mengambil kira waqi', adat dan keadaan si pelaku. Jarang pula mengambil kira nilai dan prinsip pelaku justeru sebab dia boleh melakukan hal yang sekian-sekian.
Tapi sebenarnya kita tak boleh pukul rata golongan agama, atau masyarakat-masyarakat kampung saja yang kadangkala dangkal begini. Sebenarnya manusia memang begitu. Kurang sabar memikirkan dari banyak sudut asbab berlakunya satu-satu perilaku. Jarang meletakkan diri di tempat orang, melihat pada kaca pandang mereka - hal ini kita istilahkan juga sebagai empati. Manusia menilai berdasarkan pengalaman, baik dari pemerhatian, pembacaan atau cerita orang. Jadi tak anehlah kami pernah dimarah dan dituduh menipu ketika travel di Iceland dulu atas masalah teknikal host rumah dan laman web yang menguruskan pembayaran. Sebabnya apa? Manusia nilai berdasarkan apa yang dia tahu. Ini tak salah. Yang bermasalah adalah dia tak cuba ambil tahu keadaan dari pihak lain.
Oh. Tak perlu juga saban waktu menjustifikasi. Cuma tak ada hal yang hitam atau putih. Yang benar cuma kematian, dan Tuhan.
----
Saya tulis ini sebab saya mimpi ngeri semalam. Mimpi saya ngeri kerana dia buat saya lihat betapa manusia adalah hal paling mengerikan dalam dunia ni.
Ulasan
Catat Ulasan