Karom tidak karam
"Astaghfirullah. Apa ni?"
Mungkin sebab baru lepas disakat beberapa orang lain, budak lelaki ni laju saja meletakkan target menyepak gadis itu yang kebetulan lalu, dalam perjalanan untuk satu mesyuarat.
'Dah kenapa budak ni? Padahal elok hari tu bersembang dengan aku siap tunjuk gigi yang tersusun rapi.'
Satu lagi sepakan ditujukan ke arah kaki yang berkain kurung.
Rifleks. Sepak balik.
Terus si kakak yang tadi cuma melihat tidak berapa jauh meningkah perbuatan gadis tadi. Laju pula budak lelaki ini cuba menyerang lagi, spontan dua tangan gadis itu menangkap atas sikunya lalu dipulas. Cukup sekadar memberhentikan langkah budak kecil yang tadi berani, sekarang takut-takut.
Tak berjaya bertindak agresif, mulut comel kedua-duanya bertubi-tubi membebel dan menghentam, kata-kata marah, 'mengadu dekat umi aku!' dan 'Allah melaknat kamu,'
Muraqib menghampiri, meleraikan. Budak kecil disuruh pergi.
Dalam kepalanya lain. Masih sebal dengan kaki sendiri yang laju menerajang budak sekecil itu. Daya orang berumur dua puluh tahun yang dikenakan ke atas tubuh lingkungan lima tahun. Siapa tak rasa bersalah? Sangat kecil. Budak yang pernah menjentikkan rasa sayang waktu pertemuan pertama dulu.
Lalu pantas Instagram dibuka. Lol.
Cari balik gambar budak ni hari tu. Untuk ingatkan nama dia.
KAROM.
Ya, Karom.
"Kenapa macam ni, Karom?" dia cuba berlembut.
Karom sambung membebel dan mencaci maki. Masih marah kerana diterajang tadi. Masih sakit agaknya tangannya dipulas. Kakaknya turut menghamburkan perkataan-perkataan yang tak dimengerti.
"Tengok ni. Cuba teka siapa?" dengan suara yang cuba memujuk, gambar Karom di Instagram disuakan ke wajah dua adik-beradik itu.
Seratus lapan puluh darjah.
Seratus lapan puluh darjah riak wajah kedua-duanya berubah.
Hilang segala syaitan yang mencucuk marah, gesit lari entah ke mana. Yang ada cuma wajah polos penuh kasih sayang. Senyum senang dihadiahkan menunjukkan barisan gigi susu, untuk gadis itu.
"Kami tak perasan kamu, kamu pakai cermin mata,"
'Tak kesahlah siapa pun, tak boleh buat macam tu dekat orang, tak baik,'
Tangan gadis itu dihulurkan, tanda aman. Laju Karom menyambut dan memeluk bahu.
"Karom budak baik kan?" kepala diusap perlahan.
Sengih.
"Lain kali jangan buat macam tu lagi," sambil buat gaya sepak kaki. Sebab tak tahu sepak terajang dalam bahasa Arab apa istilahnya.
"Hmm,"
"Saya minta maaf okay,"
"Jom kita tangkap gambar,"
Lalu sekali lagi telefon gadis itu menjadi mangsa kanak-kanak Arab seperti kebiasaannya. Mungkin buat kesekian kalinya disedarkan, perkara-perkara remeh yang terjadi adakala mungkin untuk takdir masa depan.
Dan dia tak menyesal untuk apa yang berlaku. Gambar Karom yang pernah dipos suka-suka lantaran giginya yang cantik, malam ini menjadi penyelamat, merubah dua wajah yang marah menjadi begitu cerah. Dan bahagia. Sekurang-kurangnya di matanya.
Dan sebelum terlupa, terima kasih muraqib-muraqib yang bersedia untuk segala keadaan.
:)

Ulasan
Catat Ulasan