Gagak tak bersarang seperti merpati

Suhu 3 darjah celcius. Bumi Irbid jam 9 malam. Lalu awak pun mengulang tanya soalan sama yang dah berulang kali ditanya awak-awak yang lain. Dan jawapan sudah saya sediakan lama dulu, sebelum hiruk-pikuk pilihanraya ini mula berdesir dengan angin.

"Sebab saya nak fokus sekolah dan penulisan," skrip jawapan mana lagi yang saya lontarkan saban waktu digasak begitu? "Kenapa tak bertanding?"

Tapi entah kenapa malam ini menyaksikan saya yang sedikit segan dengan jawapan saya sendiri. Dalam jawapan saya tak punya apa-apa, cuma harapan dan cita-cita. Yang saya sematkan dalam masih tergagau mencari diri. 

"Kenapa sanggup taknak bertanding sebab nak fokus sekolah? Ada apa dengan sekolah? Kenapa kau join sekolah?"

Dan saya masih sama. Bisu. Tak punya jawapan untuk itu.

Cuma saya tahu pasti, saya tak buat benda yang saya tak mahu. Saya mencari diri, dan saya mencari jiwa. 

Saya, tinggalkan apa yang tak miliki jiwa saya.

Cukupkah jawapan semalas begini?



Budi ada di mana-mana. Pada sekeping roti maupun pada tulisan yang menggenggam mata pena dan manusia, juga apa yang awak saran saya teruskan - menjual waktu untuk persatuan dan komuniti yang masih terus berharapan untuk terpendar pada jiwa yang setia berjuang malam tadi dan, sekurang-kurangnya sampai mereka penat dan mahu berehat.  

Sungguh bukan siapa-siapa saya, hidup pun belum banyak melihat, lebih banyak menongkat langit dari menunduk berpijak di bumi apatah ingin menghulur kudrat buat hati yang menangis? 

Tapi izinkanlah. Izinkan saya untuk buat apa yang saya sudi. Untuk terus cuba mencintai apa yang mengajar saya erti cinta.




Sebab hidup ni terlalu sekejap kan?


---

Sampai saat ini saya masih segan untuk katakan saya seorang penulis meski tahu semua orang adalah penulis. Hampir setahun sama-sama mengemudi Kelab Penulisan Irbid, untuk saya katakan saya seorang penulis, saya tak melihat tulisan saya di mana-mana. 

Seperti saya katakan saya seorang ibu, tapi di manakah anak-anak saya? 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu