Dulu waktu sekolah rendah semua cakap cita-cita nak belajar sampai ke menara gading padahal tak tahu pun menara gading tu apa.

Sebelum keputusan UPSR keluar dulu, saya fahamkan diri saya yang ini kunci pertama yang boleh buka pintu pintu lain. Dan saya pegang prinsip ni sampai saya jumpa seorang sahabat lama di INTEC dulu, dia yang waktu sekolah rendah kelas belakang belakang, tak macam saya yang kelas pertama dari darjah dua sampai darjah enam,  tapi saya jumpa dia sama-sama buat persediaan untuk terbang jauh.

Perspektif? Tak sama pandangan saya melihat hidup waktu umur sepuluh tahun dengan umur dua puluh tahun. Waktu dulu nak beli patung Barbie tak cukup duit, pernah berazam yang akan beli bila mampu sebelum akhirnya sedar bila saya mampu saya takkan berminat kepada perkara yang sama. Sampai hari ini. Sampai bila-bila. Keperluan kita tak sama, begitu juga pandangan kita tentang hidup.

Soalan saya, siapa yang define kejayaan?

Waktu dulu kejayaan adalah belajar sampai menara gading.

Waktu sekarang dah sampai menara gading masuk kelas pun malas, kalau masuk mengantuk sokmo.

Yang buat kita rasa nak fahamkan diri sendiri sepuluh tahun lalu yang ini - inilah kejayaan yang kita tuju dulu.

Buat adik-adik yang baru dapat keputusan UPSR, nikmati masa yang ada dengan matlamat-matlamat jangka pendek sebelum matlamat jauh. Mungkin satu hari nanti kau akan pandang ke belakang untuk fahamkan diri kau yang kau lebih bahagia berbanding sebelum bergelar mahasiswa (?)

Atau kau akan tersenyum dan bersyukur untuk setiap detik yang kau lalui. Dari saat belajar main batu seremban dan penutup botol, sampai saat belajar Prosthodontic dan Conservative Dentistry, dan selama hayat lagi.

Kau tahu, dalam hidup semuanya mustahil sebelum kau cuba.

Sekali lagi, siapa yang define kejayaan?

[23:1]




define : Italic
#mbmPERMAI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu