Midwinter Night's Dream

AMARAN: 
Entri ini ditulis untuk kenangan anak cucu patik. Pahit manis kehidupan, dan atas tujuan catatan dan pengajaran semata-mata. Sebab banyak pengalaman patik kalau tak diikat nanti reput dimakan waktu. 



Di balik tabir.

Sebab masa berlalu terlalu pantas. Terlalu. Pantas.

Dan mungkin patik menghela nafas lega terlalu awal, sebelum tahu apa yang bakal jadi hari esok (usai entri sebelum ini)- yang terasa memakan diri. Sengaja dicanang ke seluruh dunia betapa fokus selepas ini cuma dua, sekolah dan tulisan. Dan tertipu dek kilah waktu, betapa segalanya seolah memahami - tak ada yang menolak patik untuk apa-apa.

Dan jam pun terus berdetik. Telefon yang hilang, tab yang hampir terbakar. Hal-hal yang tak memungkinkan diri mudah dihubungi, lantas satu pagi dikejutkan satu pesanan ringkas,

"Assalamualaikum, maaf mengganggu Hidayu. Saya H Pengarah JPR MPMMJ ingin memaklumkan yang Hidayu tercalon untuk bertanding bagi kerusi Ketua HEWI MPMMJ."

Menggeresah,  cuma Tuhan yang tahu skala bagaimana hati yang bergoncang. Ujian apakah ini, Tuhan?




Dikhabarkan kepada keluarga WT dan Mohabbats PERMAI, juga adik-beradik Cordova minta buah akal barang satu dua, ternyata semua menyerahkan fikiran kepada kita, yang sewajarnya membuat keputusan.


Pihak JPR yang sudah cuba sehabis baik berkompromi, akhirnya permohonan untuk tarik diri ditolak. PERLU BERTANDING.

Lalu dalam kepala, cuma dua:

Bertanding untuk tidak menang. Untuk dia menang.
atau
Bertanding untuk menang. Untuk betul-betul menyandang.


Tak mahu putuskan melulu, bersetuju dengan saranan CikY, biar ibu ayah mendahului sebarang langkah. Dan ibu ayah seperti biasa, mendokong apa saja yang patik putuskan, enggan memberatkan apa-apa. 

Tapi ayah akhiri persoalan dengan membuah nekad dalam dada seorang anak, "JANGAN MUNDUR SEBELUM BERJUANG. GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU, JANGAN JADI ARANG. MENANG KALAH BELAKANG KIRA, SIAPA YANG MENANG, ITUAH YANG TERBAIK"

Dan ibu tak menidakkan,
"KALAU NAK BUAT, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH."


dan didokong kuat nasihat seorang tulang belakang;

A piece of advice, do not campaign for others like "dont vote me, vote her". It does not represent humbleness nor does it represent anything but disrespect to both the system and your 'opponent'.

Subtly yet clearly, you are saying that "i dont even want this" which connotes superiority.

If you want (or rather in your case,have) to contest, then contest fairly and wholeheartedly. The people deserves it. Never give easy winning cause nobody likes it. It degrades their capability of winning in the first place, one way or another.

Always offer the best you could.

All the best, and I mean all of the above.




Lalu alasan bagaimana yang mampu patik bina melainkan mengatur langkah terus?

Tak mahu patik kisahkan perihal liku pencarian jentera dan menggerakkan kempen yang pada mulanya Tuhan saja yang tahu betapa terasa tak disokong, tak ada sesiapa berdiri di belakang. Tapi akhirnya sokongan begitu bergelombang, tanpa semua jentera jentolak yang zahir, belum kira yang ghaib di mata, tak mampulah pengalaman seindah ini tercatat dalam hidup seorang Hidayu. Dan ya, (alhamdulillah 753 bukan suara yang sedikit) kalianlah yang mengangkat jiwa supaya tak putus asa. 

Tak salah apa yang patik percaya, 
Tak ada manusia mampu berjuang sendiri.




Berbekalkan pengalaman bertanding yang langsung tak pernah ada, patik tanyakan beberapa manusia yang baru patik kenal semakin jauh dengan persatuan pelajar. Dan diwujudkan beberapa perbincangan dengan senior-senior yang kian lama dalam persatuan, entah kenapa langkah pertama menggubal rangka manifesto, patik dahulukan dengan mencari masalah. Mungkin atas kapasiti tak pernah punya pengalaman atau tahu apa-apa.

Dan patik simpulkan semua hasil dapatan. Dengan penjelasan yang patik buat melalui video yang patik cukup kesali, lantaran kurang mantap penjelasan dalam video manifesto yang akhirnya menimbulkan sedikit riak kecil atau gelombang besar, terpulang pada mata yang mentafsir, jujur tak pernah patik jangka. Kesilapan pertama.

Dan disusuli kesilapan kedua (yang melingkungi beberapa masalah lain) dalam malam pembentangan manifesto.

*tak perlu, tapi nak tulis juga - respon patik dalam hati kepada seorang kakanda;

Dan sungguh. Seminggu saya rangka manifesto sebelum saya keluarkan buat tatapan. Seminggu juga saya mengerah mencari jawapan terperinci untuk soalan yang saya tahu pasti bakal bangkit malam itu. Anehlah saya bilamana terjangkau di benak fikiran saudari sudi pula mengatakan saya dirobotkan dari bawah sampai ke pentas perbahasan, andailah benar saya dirobotkan tak mungkinlah saya tergagap mahupun punya jeda walau sesaat di atas sana. Andailah saya tahu ada senior dalam dewan sama, yang sependapat malah punya jawapan rinci bagi soalan yang saya simpan seminggu lama, tidakkah saya bakal mampu menepis tembakan kalian dengan begitu baik?

Hujahkan saya berdasarkan hujah saya. Janganlah diadili dengan ketidakadilan dan ketidakpuasan hati semata. Kelemahan terbesar pada pembentangan, baik dalam video mahupun pada malam perbahasan. Saya yang mungkin tak sepenuhnya bersedia. Maafkan.

___

Apapun, semoga telah jernih semuanya. 
Semoga semua saling memafkan dan terbuka, tidak menyimpan.

Sedikit warna yang patik petik di sepanjang lorong mencari cahaya yang terpendar di mata-mata yang memandang pada malam keputusan yang sudah patik tahu natijahnya

Hikmah terbesar yang kita manifestasikan bersama:
1) Sahabat patik tak menang tanpa bertanding, malah mencurah seluruh daya dan upaya untuk menjadi yang terbaik.
2) Ada mata yang terbuka walau sepicing tentang banyak benda dan perkara.


Dan semuanya sudah berakhir dengan baik pun, Alhamdulillah. 

Tabik hormat untuk pimpinan-pimpinan yang tak cepat melatah, cukup rasional meladeni kritikan kami. Terima kasih dan jutaan penghargaan buat semua.


Tapi satu hal yang cukup menakjubkan patik. Betapa ramai kalian di luar sana yang belum pernah kita bersua muka, bertentang bicara- mengirim doa, semangat, dan pelukan yang terus dan terus menghangat jiwa dalam jasad.

Bukan patik seorang pejuang. Kalianlah pejuang yang sebenar.


Kata abang AR,
"Siapa yang menang, merekalah yang menawarkan apa yang orang lebih pilih,"



Dan sungguh patik mengerti, antara kebahagian yang patik rasai, keluarga sekolah dan penulisanlah yang paling merasa sebenarnya. Terima kasih sentiasa berdiri di belakang. Selamanya.

:)


Tak cukup bunga dan pelukan semangat ramai orang semalam,
hari ni abang kakak WT tuliskan puisi untuk adik bongsu. Huhu.









Disclaimer:
"puisi bukan lapangan benar-salah
sekadar tempat melepaskan dan bermadah."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

conteng baju sekolah^^

dah habis dah sekolah. macam tu je.

iklil, kita kawan kan?? :(

Engaged