Catatan

langit lazuardi lagi hari ini

Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal, termainkan di radio kereta ketika saya sedang memandu pulang dari klinik, dan Tuhan, air mata saya jatuh seperti empangan pecah, seperti tak ada lagi besok. Pandangan saya kabur, nafas tak lagi teratur. Hampir-hampir kemalangan dan saya tak mampu mengawal diri apatah lagi kenderaan. Satu antara banyak episod hari-hari jatuh dan diri saya runtuh. Ia bukan depresi, cuma proses grieving meraikan kehilangan mimpi yang nihilistik sifatnya. Saya yang dulu mencebik kisah-kisah patah hati, akhirnya diuji Tuhan mengenal sisi diri yang tak pernah saya tahu sebelumnya. Memandang ke belakang hari ini saya tahu ia bukan cinta, cuma sesuatu toksik yang menerujakan kerana tak pernah dilalui. Ia bukan kisah pengorbanan atau kisah cinta yang sederhana, tapi kisah mementingkan diri sendiri dan justifikasi untuk tidak setia. Syukur saya tersedar syukur saya tertampar syukur saya terbangun dari lena panjang tidur ngeri yang meragut separuh nyawa syukur saya...

Sekali itu perjuangan ini jadi surreal

Ketika itu. Kali itu. Duduk di tengah-tengah sana terasa surreal. Mungkin aku dah berjalan terlalu jauh meninggalkan semuanya. Mungkin aku dah jadi seperti yang selalu mereka takutkan, terpisah dari realiti hidup kelas bawah yang resah. Mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa dari diriku sendiri. Mungkin sebelumnya aku cuma menyerahkan diri kerana cinta (atau ketaksuban fana') kepada seorang lelaki yang gagal menghargai. Ketika itu segalanya surreal. Aku tidak diingatkan. Aku tidak dibangunkan sesiapapun meski maksud perjuangan itu diratib mereka dan dilaung puisiku sendiri. Mungkin aku sudah mati dalam dunia kalian. Mungkin ini bukan baru tapi aku selamanya begini. RIP. Kini maksud baikku untuk siapa? Atau pernah aku jernih bermaksud baik? Semoga Tuhan ampunkan aku.

I want to blah from this premise because I don't want to be the one who love more. Can we forget?

Bila aku ada banyak gila nak cakap and I say nothing sebab aku takut I am being difficult dan peningkan kepala dia. Bila aku rasa rindu dan menangis sorang-sorang belumpun matahari naik. Bila aku cuba tidur tapi yang datang cuma dia dan perasaan yang sarat. Tak ada ubat pagi ini. Tak dari orang yang mula-mula mengatakan rindu. Tak dari sesiapa. Senang betul mengungkap. Rindu, sayang. Boleh mengalir sampai banjir. Tapi yang aku rasa tak boleh diungkap. Dia penuh dan penuh dan penuh dan sarat dan sarat dan sarat dan aku sakit dan air mata siapa yang bertakung di mata aku ni?  I think I am in love again and I don't like this feeling. I hate that I feel too much. I hate that no him can get this unbearable feeling.I hate that he do nothing and I already feel this bad, that I already fall, that I already miss him so much. I hate it that when I miss him dan dia tak ada untuk ubat. Rindu tu berat. Rindu tu sakit. Rindu yang aku rasa buat aku menangis. Aku tak tahu rindu apa yang dia m...

Melati Dan Bayu

Cerita klise tentang perempuan yang mahu lari dan melupakan tapi kenangan memeluknya pulang. Langit Jakarta tidak biru. Tidak pernah biru sejak dia menjejakkan kaki ke kota sibuk ini lima hari lalu. Hari-hari yang berjalan dengan tenang dalam dirinya meski jalan-jalan macet teruk, kenderaan begitu rapat dan pemandunya masing-masing hilang sabar. Melati tidak lagi menangis seperti biasa. Americano di atas meja sudah dingin. Buku 100 Soneta Cinta karya Pablo Neruda terjemahan Aan Mansyur masih terbuka, masih di halaman 17 pada puisi VII sejak jarum panjang jam di dinding Filosofi Kopi menunjukkan angka tiga dan sekarang sudah di angka sepuluh. "... O Cinta, kini kita lupa bintang memiliki duri setajam ini!" Ingatannya jatuh lagi pada wajah yang masih bernyawa di dadanya. Wajah jelik dengan jenaka yang tak lucu namun selalu berjaya membuatnya tertawa. "Bintang maksudnya cita-cita, Melati." Melati senyum, merapatkan telefon Sony Experia Z berwarna p...

Melekat Di Dinding Rahim: Siapa Tuan Siapa Hamba?

Imej
Adakah saya bertuhankan anda? Tidak. Adakah saya bertuankan anda? Pasti tidak. Iya? Sejak bila? Persetankan kalau ibu bapak nenek moyang saya begitu, tapi saya belum pernah. Saya menghormati anda seperti saya menghormati seluruh manusia lain, bukan sebagai tuan saya. Tidak begitu jauhnya anda dengan saya melainkan kerana takdir Tuhan anda terlahir dari rahim ibu anda dan saya terlahir dari rahim ibu saya. Adakah anda berusaha lahir dari rahim ibu anda? Tidak. Adakah saya berusaha lahir dari rahim ibu saya? Tidak. Saya, anda, atau anak-anak ini tidak pernah memilih rahim mana kita dilahirkan, nama apa yang diberi sesudah dilahirkan. Tapi itulah nanti nama yang dipanggil Tuhan seadanya. Juga dari Tuhan. Saya bertuhan. Anda bertuhan, bukan? Tapi anda tidak bertuan. Adakah saya bertuan? Adakah anda tuan saya? Apa yang anda lakukan yang menjadikan anda tuan? Tidak ada apa-apa. Anda cuma lahir dari rahim ibu anda. Apa yang ada di dinding rahim ibu saya yang melahirkan saya sebagai hamba t...

Pseudo

Imej
1) Sekarang saya cuba benda baru lagi. Tapi biarlah saya rahsiakan dulu. Kalau jadi nanti, adalah. Semuanya proses belajar. Walaupun saya perlahan-lahan sedar yang saya mungkin tak selesaikan apa yang saya mulakan. Ibu pernah cakap, pohon yang rimbun takkan pernah tinggi. Mungkin ibu betul. Mungkin tak. Kalau saya tak tinggi, itu sebab saya malas. Macam saya yang asyik tonton Netflix sekarang walaupun saya patut luangkan masa itu untuk menulis atau bersedia untuk ceramah di klinik besok. 2) Minggu depan ke Jakarta. Untuk Pesta Buku Antarabangsa Indonesia. Sebenarnya itu cuma alasan saya untuk lari. Saya nak lari. Lari. Jauh dari semuanya.  Tadi seharian kursus Ortodontik di Ipoh bersama pegawai-pegawai baru, saya membuka diri. Hari ni sangat menggembirakan. Saya seronok buat kawan. Macamlah saya tak pernah buat kawan sedangkan dah hampir setahun saya kerja sini. Tapi hari ni lain. Saya rasa saya gembira dan dah tak perlu lari. 3) Mat dah beberapa kali minta s...

yang pertama dari tiga puluh dua

Imej
Dua bibir saya yang kering dan menggelupas sudah mula dicumbu dingin dari kipas yang berpusar di atas. Bius perlahan-lahan hilang. Sekarang pipi kiri saya mula merasai jari-jari saya yang menyentuhnya. Saya duduk dari baring dan buka komputer riba untuk catat segala deria yang pertama ini saya alami, tapi tiba-tiba saya sangat sakit. Bukan berdenyut-denyut. Mencucuk-cucuk. Saya telan dua biji paracetamol tapi kesakitan saya tak berkurang malah lebih sebab bius makin pergi. Saya gigit kapas kuat, berharap ada sedikit sakit berkurang dengan tekanan - atau dengan kepala otak saya yang fokus kepada satu-satu benda seperti sama ada kesakitan atau tekanan, atau mabuk cinta. Saya menaip, berharap agar segala deria saya tumpu kepada jari yang menari dan tulisan di paparan skrin. Tapi otak saya masih ligat memeluk kesakitan yang tak pernah saya nikmati. Maka saya fikir, seperti sekejap tadi saya pejamkan mata ketika geraham saya dikeluarkan dari soketnya, menikmati setiap inci gerakan yan...