Sekali itu perjuangan ini jadi surreal


Ketika itu. Kali itu. Duduk di tengah-tengah sana terasa surreal. Mungkin aku dah berjalan terlalu jauh meninggalkan semuanya. Mungkin aku dah jadi seperti yang selalu mereka takutkan, terpisah dari realiti hidup kelas bawah yang resah. Mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa dari diriku sendiri. Mungkin sebelumnya aku cuma menyerahkan diri kerana cinta (atau ketaksuban fana') kepada seorang lelaki yang gagal menghargai. Ketika itu segalanya surreal. Aku tidak diingatkan. Aku tidak dibangunkan sesiapapun meski maksud perjuangan itu diratib mereka dan dilaung puisiku sendiri. Mungkin aku sudah mati dalam dunia kalian. Mungkin ini bukan baru tapi aku selamanya begini.


RIP. Kini maksud baikku untuk siapa? Atau pernah aku jernih bermaksud baik?

Semoga Tuhan ampunkan aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

conteng baju sekolah^^

dah habis dah sekolah. macam tu je.

Catatan Melahirkan Seorang Ibu

Engaged

Kepergian