Sedekah. Sindiket?

Dah lama nak tulis, tapi tak tahu kenapa tak tulis tulis.

Hari ni dekat open talk MSS, ada disebut sedikit oleh saudara penceramah, jadi saya terpanggil untuk mengulas sedikit.

***

Situasi klise.

Syari' Jamiah seperti biasanya sesak dengan orang ramai yang entah apa mereka sibukkan. Dalam teliti menyusun langkah agar tidak terpijak sampah sampah di atas jalan, Mina disapa seorang anak kecil berbangsa Arab yang menjual gula-gula getah berbungkus merah. Muka minta simpati dipamer.
Mina sudah menyeluk saku jubah cuba mencari syiling untuk dihulur.

"Eh, tak payah lah. Diorang ni sindiket kot ni". Siku kawan di sebelah.

Mina terdiam. Langkah diteruskan. Anak kecil tadi dibiar mengurus halnya sendiri.

***

Klise. Pemandangan sama saban hari buat aku aneh dengan pemikiran manusia.
Lihatlah dari banyak sudut. Sampai bila kita nak skeptik dengan golongan yang meminta? Takkan atas alasan mungkin mereka menipu, atau kita tidak mahu mereka berterusan menipu, maka golongan lain yang benar memerlukan tak mampu mendapat perhatian serupa?

Kan kasihan andai anak anak pelarian itu memang susah. Kan kasihan kalau mereka tak punya bapa, hanya punya ibu kudung di rumah? Lihatlah dari perspektif berbeza. Jangan asyik fikir mereka berpura-pura sebab kisah mereka kita tak tahu.

Bukan nak kata biar mereka menipu atau berlakon pun. Cuma jangan anak yang susah kita mangsakan. Tak rugi pun hulur sedikit. Dia tipu atau dia jujur,  asal kau ikhlas Allah pasti peduli. Kalau risau sangat nak bagi duit, boleh saja kau hulurkan roti, ayam goreng atau apa saja yang punya nilai bagi mereka.

Dan memberi itu jangan hanya lihat pada harga dan kuantiti. Tapi lihat pada nilai.
Dan nilai itu sifatnya relatif. Mungkin pada kita itu bukan apa apa, tapi pada mereka, mungkin secawan air boleh selamatkan satu nyawa.

Sebab kita tak pernah tahu kisah mereka. Jadi tolong berhenti berspekulasi sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu