Rasa bertajuk. Tajuk tak berasa.
Bismillah.
Esok exam Anatomy Lab, tapi sekarang (baca: 1.00 pagi) mata terasa bugar lagi.
Kuat pula rasa nak berkongsi rasa.
Pernah tak korang (baca : yang macam siqoh sikit, geng geng surau) ehh macam melabel pulak. Bukan nak label, tapi realitinya manusia ni ada baik ada buruk dia. Ada tahap, kasta, dan darjat yang realiti nya walaupun kita tak suka nak nilai atau judge orang, tapi itu yang tersirat dalam masyarakat. Sebab selagi kita bernama manusia, akan ada baik buruk. Contoh; sekolah agama pun ada budak baik ada budak nakal. Sekolah kebangsaan biasa pun ada budak baik ada budak nakal. Macam mana kita tak boleh nak cakap semua orang Islam baik, macam tu juga kita tak boleh nak cakap semua orang kafir jahat. Ehh jauhnya lari tajuk.
Pokoknya macam ni.
Pernah tak korang (*yang kategori baik ni), ditakdirkan bertemu dan berkawan dengan seseorang yang 'kurang' baik? Atau tak sealim korang la mudahnya. Saya tukar perkataan 'korang' jadi 'kita'.
Kita sekolah agama, tudung labuh, join usrah sini sana, dulu kat sekolah memang syadid gila, couple haram, dalam fon takde number ajnabi langsung, memang siqoh la nak cakapnya, alhamdulillah Allah jaga.
Tapi nak dijadikan cerita, kita ditakdirkan Dia untuk punya takdir bersama seseorang yang tak sefikrah dengan kita. Satu group study ke. Satu bilik ke. Satu rumah ke. Duduk sebelah sebelah dalam kelas pergi rehat sama sama leulz.
Dia. Tak tudung labuh macam kita. Dia ada pakwe. Hari hari dia skype pakwe dia depan kita. Dia yang anggap kita ni kawan dia paling sporting sekali lalu dengan bahagianya berkongsi segala rasa suka duka bahagia derita kisah percintaan dia. Dan kita,.. hmmm. Sengih je. 'Nak dakwah ni, kena sabar ni. Nanti kalau terus direct nasihat, lari pulak kawan tu, dah hilang satu peluang nak ajak dia,'.
Tapi,.. hmm. Hari demi hari berlalu, minggu berganti minggu, dari sebulan berganda menjadi dua, empat, lapan,...
Kita lama-lama rasa bosan dengan kawan kita ni. Dan kita rasa makin takde kekuatan nak nasihat dia. Dan kita rasa dah malas dah nak buat apa-apa.
Lepas tu?
K.I.T.A.T.I.N.G.G.A.L.K.A.N.D.I.A.
lantak lah kau.
Sekian pengakhiran perjuangan seorang 'daie'.
*ayat ikhwah akhawat sangaat >.<'
Sedihnya cerita ni sebabnya kita yang kononnya hebat serba serbi ni lupa nak selam dasar hati kawan yang konon kita sayang ni. Sedihnya cerita ni sebabnya kita yang kononnya bagus dah segalanya lupa nak ambil tahu cerita di sebalik cerita kawan kita.
Kita cuma tahu cerita hati dia sekarang.
Tapi kita lupa untuk tahu yang dia punya cerita yang bawa dia menjadi dia hari ini.
Cerita yang berbeza dengan kita.
Dan kita yang baru setahun jagung nak kenal manusia ni dah rasa letih yang hakikatnya kita belum bermula pun. Heh. Belum mula dah letih.
Belajarlah sabar.
Belajar terima manusia seadanya.
Belajar untuk faham yang tak semua manusia ada cerita manis macam kita.
Kasut dia mungkin tak sama saiz dengan kita. Ye dok?
Serius. Saya selalu baca benda macam ni dulu,
"Jangan pandang hina pada pelacur tepi jalan sebab kita tak tahu yang rupa rupanya dia dulu pernah dirogol bapa tirinya sewaktu kecil,
Jangan pandang hina penagih dadah di lorong itu kerana kita tak tahu yang rupa rupanya dia dulu dijual keluarganya untuk mencari sesuap nasi,"
Or something like that la. Tak ingat ayat dia.
Selalu je diingatkan macam ni kan.
"JANGAN JUDGE ORANG,"
"Kita tak tahu mati kita macam mana, mungkin dia esok lebih baik dari kita,"
"Takde orang baik yang takde masa silam, dan takde pendosa yang tak punya masa depan,"-Setia Hujung Nyawa leulz.
Kita tahu je semua ni. Tapi kita takkan dapat betul betul faham realitinya selagi kita belum jumpa dalam hidup kita. Selagi belum pernah 'ada orang yang rapat dan dekat' dengan kita yang ceritanya pahit tak bergula.
Sebab kita suka duduk dalam zon selesa. Kan?
Keluarlah. Dari kepompong yang sempit. Belajar kenal orang. Kenal dunia.
Aku tulis ni sebab aku pun macam ni dulu, suka sangat judge orang itu ini.
Then bila dah realize, aku sentap sendiri.
Peluang yang aku ada untuk pegang hati dia langsung aku tak manfaatkan.
Tapi bila kita dah tak bersama, dia kawan dengan orang lain,
Dia mampu jadi penyejuk mata.
Atau mungkin kerana aku, dia tak mampu melihat kebaikan dalam 'kebaikan'?
Ya Allah.
Astaghfirullah.
:'(
*kejap saya kejap aku, cepukk kang.
**doakan kami semua exam mumtaz esok!
***aku tulis pakai tab, macam pendek je tadi, tetiba macam panjang. Hmm.

Setiap insan ada takdirnya sendiri..
BalasPadam