Banding Beza
Tak salah kau membandingkan apa yang kau ada dengan apa yang dia punya.
Tapi biarlah perbandingan itu bawa kau maju ke depan. Bukan tercicir tertinggal di belakang. Biarlah perbandingan itu bawa kau terbang tinggi, bukan patah sayap jatuh rebah ke dasar bumi.
Banding apa yang kau ada dengan apa yang kau tak mampu miliki. Semuanya takkan pernah cukup.
Banding apa yang kau ada dengan apa yang mereka tak pernah mampu miliki, kau akan tahu erti syukur.
Berhentilah membanding beza. Kalau itu hanya buat kau jadi tamak dan tak tahu bersyukur.
Tapi teruslah membanding beza kalau kau mampu jadi lebih kuat dan termotivasi untuk miliki apa yang orang lain sudah ada. Dan bersyukur dengan apa yang sudah kau punya.
Orang lain dah belajar habis. Kau baru nak mula? Teruslah membanding beza kalau itu mampu buat kau tercabar dan lebih usaha.
Orang lain menderu menyebar kebaikan di muka bumi, teruslah membanding beza kalau itu mampu buat kau tercabar untuk lebih menderu laju lagi.
Tapi cukup sekadar membanding dan mengomel sendiri, itu namanya tak sedar diri. Bergeraklah. Berlarilah. Capai apa yang kau mahu.
Kalau kau ikhlas, in shaa Allah Dia bantu.
Belajar beza dua bandingan yang berbeza. Yang mana perlu yang mana tak. Yang mana mampu buat kau hebat. Yang mana mampu campakkan kau dalam pasak bumi yang paling negatif sekali.

Ulasan
Catat Ulasan