Hikmah kembara

Back to my super ordinary life. Kembali menghirup udara tak berapa segar. Kembali menghadap sampah sampah tak terurus di tepi jalan. Kembali berhadapan dengan kerenah arab yang macam macam. Err mungkin kembali serabut? 

Tapi.  
Kembali menjejak langkah bertapak di bumi ini cukup membuat aku menghirup nafas syukur. Cukup membuat aku rasa lega yang teramat.  

Jaulah selama sepuluh hari di bumi eropah cukup membuat aku mengerti dan faham kenapa Allah tempatkan aku di Jordan. Ya, memang aku perlu banyak sabar dengan banyak perkara. Tapi rasanya itu lebih menenangkan daripada rasa kusut dan serabut dengan memikirkan solat dekat mana, makanan halal macam mana, dengan anjing merata-rata.

Semua ada cabaran masing masing. Mungkin ini hanya pandangan bagi perjalanan sepuluh hari. Dan mungkin jika safar itu lebih lama aku akan mampu lebih fleksibel dalam mengawal keadaan dan menerima situasi. Tapi jelasnya mungkin aku lebih rela berhadapan cabaran di sini. Di bumi Jordan seadanya. 

Okay apa, Jordan pun empat musim. Ada salji apa semua.
Allah, alhamdulillah atas segalanya.

Dan alhamdulillah perjalanan ini bawa aku pulang dalam banyak pengalaman yang bererti. Bukan jalan kosong semata. Banyak yang kita belajar. Belajar istinjak tanpa air. Belajar solat dalam kapal terbang,  keretapi. Belajar khuf bila wudhu'. Belajar wudhu' pakai salji. Belajar adapt di tempat yang susah dapat makanan halal. 

Memang semuanya dah belajar dulu. Tapi percayalah, takkan sama ilmu yang dihadam daru buku dengan ilmu dari situasi yang kita hadapi sendiri. 

Ilmu kehidupan. 
"Universiti yang paling besar ialah universiti kehidupan".

Baru sikit ni. Banyaaak lagi benda kita tak tahu. Banyaak lagi benda kita tak belajar.

Sebab ilmu Allah itu luas. Sangat.

Jam 2200
16.02.2014

#DalamCoasterBalikSakan #SafelyArrivedJordan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu