memalukan tanpa sedar

Situasi 1:

"Baiklah, hari ni saya akan perkenalkan mentor-mentor untuk subjek ini. Mentor-mentor ini saya pilih berdasarkan keputusan peperiksaan yang lalu. Yang pertama, Siti Zubaidah," kata Shamirah selaku ketua Biro Akademik.

"Zubaidah, boleh berdiri kot, bagi orang kenal" bisik Shamirah pada Zubaidah.

Zubaidah akur, bangun dengan awkward nya. Sengih.

"Seterusnya, Zaleha," Shamirah meneruskan.

Zaleha angkat tangan. Tak mahu berdiri. Segan mungkin.

"Bangun la sayang", cuit Shamirah.

"Hmmm. Ala, takpela, bukan formal pun."

Shamirah malas mahu bicara panjang lantas meneruskan nama mentor yang lain.

Tanpa sedar Siti Zubaidah yang tadi pertama namanya disebut sudah memerah muka. Segan agaknya berdiri seorang. 'Orang lain pun mentor juga, tapi dia seorang je yang berdiri.'

Zubaidah malu. Terasa macam dia syok sendiri. Memikirkan apa agaknya pandangan teman lain terhadap dirinya.


Situasi 2:

Sahabat bertiga itu duduk sopan di meja yang sudah siap terhidang lauk pauk masakan ibu Aminah.

"Makanlah, jangan malu malu."

Semua sengih kambing. Perut dah menyanyi minta diisi.

Lauk pauk dipas-paskan.

Nora yang karnivor dan anti sayur cuba mencari ayam yang dipotong kecil dalam sup paprik dihadapannya.

"Hihi, berbeza betul kita. Imah cari sayur. Nora cari ayam," kata Imah tanpa sedar kata-katanya membuatkan Nora rasa nak menyorok bawah meja time tu juga. Yelah, mana tak segannya. Dah lah dekat rumah orang, terkantoi pulak dia memilih lauk nak dimakan. Segan. Nora malu sendiri.

*****

Situasi di atas hanya sekadar contoh yang mampu difikirkan dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang kebetulan adalah tidak disengajakan.

*****


Belajarlah memahami posisi orang lain. Belajar melihat juga dari sudut dia, bukan setakat dari pandangan kita.

Tak salah buat orang suka pada kita, yang salah bila kita tunjuk kekurangan orang. Mungkin kita tak sedar, mungkin juga kita tak sengaja. Mungkin juga perkara itu kadang terlihat kecil pada pandangan kita.

Tapi, belajarlah faham juga perasaan dia. Orang yang salah dan kurang beradab juga punya air muka yang perlu dijaga.

Ini pesanan untuk saya. Dan untuk kalian semua.

"Kadang-kadang perkataan dan perbuatan kita tanpa sedar mengguris rasa banyak orang. Jadi saya minta maaf sangat pada sesiapa yang ada terluka kerana saya".

:')

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu