APA ERTINYA AKU SEORANG MAHASISWA?
“Syuk.” Kaki dihayun seiring rakan di sebelah.
“Hmm.” Syuk tidak menoleh. Langkahnya laju. Angin malam bumi Irbid yang sejuk menampar wajahnya membuatkan dia tidak sabar hendak sampai ke rumah.
“Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” Fizo bertanya.
“Hekkk?” Rahang bawah jatuh. Soalan spesies luar alam apa pulak yang ditanya budak ni malam-malam macam ni. Putus fius ke apa?
“Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” soalan diulang tanya.
“Alaa, jangan la tanya soalan macam ni. Mana la aku tahu.” Syuk menyiku Fizo yang sudah mencebikkan bibir.
Ini bukan yang pertama. Hampir setiap orang yang diajukan pertanyaan serupa melontarkan jawapan yang sama. Jawapan klise yang tak menarik. Langsung.
Aneh. Dalam lincah kaki mengorak langkah saban hari menuju ke kuliah, takkan tak pernah walau sekali kita memikirkan persoalan ini. Atau mungkin saja seandainya soalan ini tak ditanya pada kita, selamanya kita tak terfikir dan berfikir tentang persoalan yang menagih jawapan crucial ini. Bukan crucial menyeksakan, tapi kepentingannya yang crucial. Masalah bahasa anak muda.
Soalan yang seharusnya semua orang punya jawapan, kerana punya jawapan itu sendiri hakikatnya bukan sekadar menjawab persoalan-persoalan yang sengaja dilambakkan, tapi punya jawapan bererti sudah mempunyai satu makna dalam perjalanan memaknakan hidup itu sendiri. Punya jawapan yang membezakan kita dengan insan lain yang turut sama berpenat lelah pergi pagi pulang petang memenuhi jadual kuliah tapi tidak punya destinasi yang pasti.
Apa ertinya aku seorang mahasiswa?
Merungkai satu soalan yang aku kira hakikatnya tidak sepatutnya rumit berselirat begitu namun bila ditanya kepada pejuang-pejuang atas kertas lain seperti aku ternyata tidak ada jawapan yang memuaskan. Tidak ada lontaran-lontaran bernas dari golongan mahasiswa ini. Atau mungkin saja mereka punya jawapan tersendiri yang katanya bimbang jika dikongsi malah bakal ditertawakan. Atau mungkin saja bimbang bertelingkah gara-gara fikrah tidak sehaluan. Aduh, manusia. Rumit sungguh.
Lantas aku cuba menguji segenap penjuru urat saraf mengerah otak bagi mencernakan jawapan yang pasti. Jika dilihat secara harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh dua istilah. ‘MAHA’ yang membawa makna besar dan berkuasa, ‘SISWA’ yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut institusi pengajian tinggi.
Hasil sintesis kedua-dua istilah ini hakikatnya telah memberi makna yang lebih besar lagi yakni MAHASISWA merupakan satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki.
Mungkin saja lantaran sudah terlalu biasa hidup dalam kalangan lambakan mahasiswa, maka entiti mahasiswa itu sendiri akhirnya tanpa sedar sudah kita interpretasikan cukup sekadar dia menyandang beg sekolah, menghadiri kuliah, menduduki peperiksaan, dan akhirnya mendapatkan segulung ijazah sekaligus menamatkan kehidupan sebagai robot pendidikan.
Hakikatnya dalam kita hayati definisi literal itu sendiri sudah membawa makna yang besar andai kita faham dan berjuang untuk terjemahkan dalam tindakan. Belum lagi mahasiswa itu mengisi makna dan pengertian yang lebih signifikan untuk memenuhi kapasiti ‘mahasiswa’ selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu. Bukan sekadar menduduki peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan formal negara, malah mampu faham bahawasanya potensi penggemblengan tenaga seluruh kelompok intelektual ini sangat bersifat idealis bagi menyelesaikan permasalahan dan isu yang sampai kini belum selesai.
Isu yang sampai kini belum selesai? Tak perlu berangan setinggi langit mahu menyelesaikan masalah negara, masalah umat, masalah dunia, andai mahasiswa itu sendiri punya masalah jelik yang menjadikan mereka bukan sekadar angka kosong, malah sudah jatuh paras negatif. Masalah buang bayi, berzina, seks bebas, hedonisme keterlaluan ini tidak asing dalam kelompok yang kita bangga-banggakan ini. Yang ramai memenuhi kelab-kelab malam juga bukan sedikit dari yang namanya mahasiswa. Jijik. Jelik. Apakah golongan ini yang bakal kita harapkan meneraju dunia satu hari nanti?
Memang. Memang mahasiswa Jordan merasakan tidak terbeban dengan keruncingan kepincangan mahasiswa di institusi tempatan. Kita terlalu selesa dengan dunia kita sendiri. Terlalu sibuk mengejar nilai tambah dan sijil-sijil buat meninggikan harga kita sebagai mahasiswa. Syok sendiri mengumpul nilai dalam diri sendiri. Yang nanti akhirnya kita tercampak hidup dalam masyarakat, bukan berseorangan. Memang tak salah mencari nilai tambah. Tapi lihat juga sekeliling, apakah nanti kita hidup dalam masyarakat yang punya nilai begini dalam hidup? Atau mungkin tiada nilai dalam hidup? Atau mungkin hidup mereka sendiri tiada nilai?
Hakikatnya tema seputar mahasiswa lewat keterlibatan dalam emansipasi oleh hedonis kian tenat, dan kita langsung tak peduli. Konon katanya aku sudah berjuang dengan caraku sendiri, padahal hendak bertahan menelaah nota kuliah saja mahasiswa sudah berasa hebat. Perasan. Bukankah tugas menekuni khazanah ilmu itu memang yang teratas dalam matlamat mahasiswa? Apa yang hebat?
Kerana kelompok manusia yang bergelar mahasiswa ini masih belum mengerti makna mahasiswa maka inilah yang terjadi. Kerana kelompok ini masih belum tahu kapasiti yang bakal mereka mainkan dalam universiti yang lebih besar di hadapan. Kerana kelompok ini masih belum sedar mehnah apa bakal mereka temukan dalam universiti kehidupan. Sungguh. Mereka belum pasti, lantaran terlalu asyik hidup dalam zon selesa yang hakikatnya fatamorgana cuma. Kerana yang menanti di hadapan takkan pernah seindah yang diimpikan.
Usah sibuk melaung slogan bebas sedangkan entiti mahasiswa itu belum pernah bebas dalam mencari jati diri. Memegang tiket sebagai mahasiswa tidak pernah membenarkan kita melakukan seenaknya. Andai kita sendiri belum mampu memaknakan hidup dan memaknakan mahasiswa dalam diri kita, masakan kita mampu kuat untuk menjadi orang hebat yang tidak turut lemas, yang jasadnya mampu selamat dalam buas gelora akhir zaman yang menyeksakan.
Kalau dituntut pandangan peribadi melalui cerapan pengalaman bergelar mahasiswa dalam mencari definisi entiti aku sendiri, nescaya aku bukanlah orang yang terbaik untuk bercerita. Tapi sungguh aku punya harapan dalam memaknakan mahasiswa sebagai mahasiswa. Dan aku tahu. Matlamat untuk memanusiakan manusia dan memahasiswakan mahasiswa memang tidak mudah. Tetapi ia juga tidak mustahil. Percayalah, umatmu tidak termaju tanpa teraju pemuda bijak dan berhammasah dalam menyebar manfaat.

Ulasan
Catat Ulasan