Catatan

MUNGKIN ORANG-ORANG TAK MESTI DIPERSETANKAN

Sejenak beberapa malam lalu, perbualan kami mengganggu bunyi angin yang senyap. Suhu malam 15 darjah Celcius, langit menghitung musim. Tergantung antara musim panas dan sejuk, musim bunga atau musim luruh, mungkin kedua-duanya.  Betapa cantiknya pohon-pohon yang kering dan terbiar, andai dia tak peduli.  Semuanya istimewa. Langit malam itu yang gelap tanpa bintang. Jalan-jalan yang tak begitu bersih. Suara-suara yang bising dan belum reti diam. Tapi tak semua orang mahu fikir begitu. Kenapa mahu? Kerana kita terlalu berhak ke atas apa yang kita percaya. Tak ada paksaan untuk kita berfikir apa-apa. Malah sekiranya kotak fikir ini bertelanjang sekarang, tak ada topeng yang sempat membendung dari mana-mana. Sayang, bukan? Kebebasan fikir yang begitu mutlak, tapi selalu kita memilih terbelenggu. Malah keputusan-keputusan jatuh kerana hendak dirantai persepsi. Kemas. Begitulah orang-orang berkuasa mengurung kita sampai mati. Tak ada sesiapa yang merdeka sehendakn...

Woobly Wobbly Wushhhhhh

Imej
Here's the truth. I thought I had managed myself quite well all these time. Being tough and trying to keep my composure while continously fighting over self-doubt and stereotype. I tried. I did try my best, for my works, for my kids, for my studies, for my relationships. I, who never easily remembering names, yet I know each kids in our school, I remember each family backgrounds, study level of each students. I did spend my time with close friends, hanging out now and then. I did spend my time to write poems whenever the words are tingling on my forehead. I did spend my time to join book discussions till midnight crawl over me. I did spend my time to be the playwright for theaters, or writing songs for that. Yes. I did my study too, every night. When everyone else were busy finding patients, study for OSCE, VIVA, Competency tests, quizzes, writing the reports, I just prepared myself enough. Or nearly enough. My everyday were classes at the morning, clinics at the evening,  contin...

sepotong senja yang kosong

"Apa khabar anak-anak?" kak Faz bisik di telinga sambil menarik pinggang aku rapat untuk ambil gambar bersama. Aku senyum dan jawapan masih sama, klise. "Okay je, alhamdulillah," Esok, genap sebulan aku tinggalkan anak-anak Syria seramai 66 orang di Jordan sana. Perasaan? Perpisahan adalah sesuatu yang tak lagi menakutkan aku. Aku selalu akan merenggangkan diri lebih awal daripada waktu, pelukan anak-anak ketika melepaskan sepatutnya menjadi kekuatan mereka dan kita. Bukannya kami tutup sekolah sepanjang kami kakak-kakak dan abang-abang pulang bercuti ke Malaysia ni. Ada yang menjaga mereka di sana. Adik-adik kami, pelajar Malaysia yang menyanggupi untuk menyangkut beban di bahu. Sebenarnya kita sudah sampai tempoh melepaskan, kakak-kakak dan abang-abang, generasi ketiga TFTN For Syria perlahan-lahan harus pergi. Jadi kami memang sudah dalam proses melatih adik-adik generasi keempat menjadi pengganti. Boleh saja kalau kami nak tutup sekolah sebulan ni untuk ...

setitis yang tidak penting tentang UADC 2017

Imej
I Saksi keberanian yang tertumpul. Mac, F ajak makan. Aku taklah begitu sangsi walaupun F tak pernah berkelakuan begitu. Cuma ya. Aku menanti apa yang mahu dikhabarkan. Selesai makan,  F perlahan-lahan menyusun perkataan. Katanya mahu aku turut sama merealisasikan mimpi. Ini tahun akhir dia punya kesempatan, dan dia perlu pasukan. Aku yang terharu terus terima tanpa jeda, walau aku tahu yang kisah-kisah lepas membuktikan ahli pasukannya harus terlalu tegar untuk bertahan. Latihan bermula. Empat jam sekali latihan. Selang sehari. Aku cuba. Dengan jadual yang sedia padat, kuliah, klinik, peperiksaan, requirements, sekolah TFTN, kerja penulisan, aku masih cuba. Aku tak mahu mengalah. Ada objektif yang mahu aku capai; aku yakin selesai pertandingan ini Ogos nanti, aku sudah menjadi Hidayu yang baru. Yang boleh berhujah fasih dalam Bahasa Inggeris.  F bertimbang rasa. Banyak jadual yang cuba dilonggarkan untuk aku. Kadang-kadang kami berlatih cuma 2 jam. Ta...

mercu buana hati yang sementara

Imej
“Aku selalu akan merenggangkan diriku lebih awal dari waktunya, supaya perpisahan tak terasa beban,” Dev memelukku erat. Seakan tak mahu waktu berlalu. “Kenapa kita tak bertemu lebih awal,” Arlin turut merangkul ke dalam pelukan. “Tak mengapa. Kita akan bertemu lagi, inshaa Allah.” Dev senyum. “Aku tak percaya itu. Manusia memang hadir untuk kembali pergi. Pertemuan wajib menemui perpisahan,” “Don't say that..” "Inshaa Allah kita ketemu tahun hadapan." “Ya. Jangan berjanji.”

HARI SATU KEMBOJA

Imej
Penerbangan kami seharusnya dijadualkan pada jam 3 petang, tapi entah ada masalah apa, jam 5 baru dipanggil masuk ke dalam pesawat. Jam 6 petang waktu Kemboja kami mendarat ke Pnom Phen, dalam kepala masing-masing tak fikir apa-apa. Keluar dari pintu lapangan terbang balai ketibaan, mata meliar cuba menangkap susuk manusia yang memegang papan tanda UADC untuk bawa kami ke Siem Reap. Anehnya, tak ada. F menyemak semula makluman-makluman penting, lalu tiba-tiba bersuara. “Guys, I am sorry. Actually we should arrive at Siem Reap. Not Pnom Phen. So no one will pick us up here. We should go there ourselves.” Malas nak biarkan angin naik ke kepala, aku dan S ke kaunter informasi dan bertanya tentang jalan-jalan yang boleh kami terokai untuk ke sana. Aduh, enam jam perjalanan. Gila. Katanya jalan paling biasa diambil orang adalah melalui bas malam, dengan harga 20USD. Kami kemudian berbincang lama juga, sampai masing-masing setuju untuk ambil bas saja. Ada seorang lelaki berjubah pu...

Ilusi

Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Malah tak satu manusia pernah memahami sebegitu yang kita fahami. Perasaan adalah tanggungan. Kita rela menjadi hamba kepadanya. Sedangkan ada jalan untuk meluahkan, tapi kita pilih untuk menjauh atau berpura-pura. Luka belum pernah sembuh. Kita, tetap tak mahu belajar berkata tentangnya. Kau tahu, ada pengertian mereka yang belum kau telusuri, seperti pengertianmu yang kau simpan sendiri. Biarkan, biarkan begitu. Sayang. Hidup adalah tragedi yang kita alami sendiri. Tak sesiapa boleh membaca kita. Tak sesiapa melangkah masuk tanpa pintunya dibuka. Ini, bukankah sudah termaktub dalam kitab hidup? Tapi ini, masih satu lagi pengajaran yang cuma dipelajari dari peristiwa.