Setengah jam pertama di Lithuania.
Jam 1845 dan kami tiba saat matahari hampir jatuh. Dengan backpack yang sudah bertambah muatan kami susun langkah ke Tourist Info seperti selalu. Sedikit beza, sepanjang jalan kami tak ditatap mata-mata yang melihat kami aneh dan pelik. Sama ada orang terlalu sibuk dengan hal masing-masing atau orang sudah terbiasa dan terbuka melihat Muslim. Wanita separuh abad berambut coklat yang duduk di kaunter tanya ni nampak sombong dan tak berapa melayan. Biar saya ingatkan sekali lagi, biasanya orang begini bukan kerana mereka angkuh dan pandang enteng kepada makhluk pendatang seperti kami, tapi lantaran kurang fasih berbahasa Inggeris menatijahkan 'malas' nak melayan pertanyaan yang diaju. Mujur ada seorang lelaki tinggi lampai yang kebetulan lalu, menegur kami dan bertanya kalau-kalau kami perlukan pertolongan. Dahlah kacak, baik pula. Jangan runsing, raut kacak cuma boleh keluar dari definisi saya andai riaknya jernih dan tidak berona jahat. Sudah, kami teruskan jalan menuju ...